Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Tuesday, February 24, 2009

Suara pertanyaan kubur


Bismillah, Alhmdulillah, Asyhaduallailahaillallah wahdahu la syariikalah, Wa asyhaduannamuhammadan 'abduhu warosuuluh. Allahummsollia'la Muhammad Wa aali Muhammad.
Imam ali bin Abi tholib, adalah wasyinya al musytofa, Penghulu segala wali Allah, Hujjah Allah,Dan beliau as adalah kota ilmu rasulullah. Beliau adalah pembahagi syurga dan neraka kerna yang mencintai dan mentaati beliau adalah mukmin dan yang membenci dan tidak mengikuti beliau adalah Munafik. Beliau as adalah Amirul Mukminin, Ketua orang2 mukmin kerna dengan peliharaan Allah 'Azza wajalla seperti mana yang digelarkan oleh kalian karamullahhiwajhu iaitu org yang tidak pernah menyukutukan Allah 'Azzawajalla. Inilah Islam yang sejati yang mengembankan Agama Nabi terakhir Muhammad saww.Islam yang suci yang dipimpin oleh orang2 yang suci dan barulah Islam ini terpelihara dari segala musibah dan kecalaran oleh anasir2 yang tidak sepatutnya.Hanya Imam Ali as yang layak digelarkan AMIRUL MUKMININ dan jika dilihat fakta dan sejarah para khalifah islam yang lain amatlah menyedihkan dengan 'rekod2' mereka yang agak tercalar dan kita mengikuti mereka dan akhirnya kita pon bermula kehidupan kita dengan berdosa seperti mereka jua. Bukan mao memburokkan mereka atau mencerca mereka, tetapi ini adalah fakta dan sejarah, ini tidak akan boleh berubah lagi dan apakah Agama Allah ini boleh d campur adukkan dengan tangan2 yang tidak terpelihara? Di mana kesucian Islam tersebut? Apakah Allah mengutuskan Kitabullah kepada umat zaman ini dan membiarkan orang2 biasa menafsirkan sewenang-wenangnya apa yang Allah bermaksud ingin sampaikan? Apakah pemahaman orang2 biasa boleh menafsirkan setepat Tafsiran Rasul saww dan kota ilmu baginda?
Renung2kanlah wahai hamba Allah yang beragama, kerna Islam ini tidak akan tamat selagi tidak habis pemerintahan 12 orang khalifah dari bangsa Quraisy.
Sesungguhnya wali kita adalah Allah, RasulNya dan orang2 beriman yang memberikan sedeqah di dalam rukuk. Dan Taatlah kita kepada Allah, Rasul dan Ulul amri pimpinan Allah.. bukan ulul amri yang merosakkan umat islam ini dan kerana ulul amri pilihan manusia dunia menjadi kucar kacir, dan tidak sekata, Islam yang ada hanya luaran dan tidak dalaman.. kembalilah kita kepada Islam Munafiq seperti mana D zaman Rasul saww yang terakhir dahulu.
Allah telah memakbulkan doa Nabi Allah Ibrahim as dengan menjadikan diri beliau as sebagai Imam selepas di angkat menjadi nabi dan Rasul. Dan nabi Allah Ibrahim as ini jua mendoakan untuk anak cucu beliau as juga supaya dilantik menjadi imam untuk seluruh umat manusia.Dan doa beliau as diperkenankan oleh Allah.
Selawat serta salamz buat Nabi junjungan ahmad al-musytofa serta ahlul baytnya yang suci.
Alhamdulillah...

No comments:

Powered By Blogger