Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Monday, February 23, 2009

Hatiku Munafik


Suatu ketika kita amat marah akan zionis kerna melanggari hak-hak asasi manusia sehingga mereka melancarkan peperangan sewenang-wenangnya pada pihak palestin.Rejim Zionis ini dilihatkan bagaikan satu pasukan samseng yang tak akan berhenti selamanya memerangi sesiapa sahaja yang mereka inginkan.

Setakat manakah kesedaran kita terhadap mereka? Sekadar merasakan sedih ketika mereka menyerang dan kini perasaan tersebut semakin kendur. Kita kembali mengepit puntungan-puntungan rokok keluaran mereka. Kita sudah mulai membeli makanan-makanan segera keluaran mereka. Dan jiwa Islam kita tak lagi merasai kesakitan saudara-saudara kita di sana.

Jiwa yang bersinarkan keislaman sejati adalah yang merasai suatu kesakitan, kesensitiviti kerohanian serta spiritual yang tinggi untuk membela agama Allah ini. Jika perasaan ini tidak lagi terasa anda perlu merenungi semula kesakitannya erosi manusia anda. Apakah anda melakukan ibadah setiap hari itu bisa menampung keluhuran dan kecintaan cintakan DIA? Atau keagamaan anda tersebut hanya semata-mata di bibir dan tidak sampai di hati. Renung-renungkanlah kesakitan diri anda terhadap Allah dan RasulNya.

Powered By Blogger