Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Friday, January 9, 2009

Main Combat


Kisah kehidupan sebelom bertemu titik abadi. Menjadi peringatan bahawasanya titik permulaan hidup itu bermula apabila kita mula mengenal apa yang ada di sekeliling kita. Bila kita renungkan kembali pada umur berapakah kita mulai terkenangkan sejarah hidup kita bermula? Teringat sewaktu berlari bersama kawan-kawan d perbatasan sawah di rumah Tokwan, bermain guli di depan rumah Tokngah Yon dan bermain Combat di dalam kampung di mana 2 pasukan yang mempunyai Kapten masing-masing yang menggunakan daun-daun getah lebar untuk berbuat topi askar.


Aku terfikirkan bagaimanakah pembesaran anak-anak di palestin saat ini yang menjadikan bunyi-bunyian bom dan senapang itu sebagai halwa telinga mereka. Setiap detik setiap saat mereka sentiasa berwaspada dan hanya mampu melihat keadaan sekeliling. Pengalaman-pengalaman ini mengajar mereka bahawa mereka kini adalah pilihan Allah untuk dijadikan renungan oleh semua para hamba. Dan kelesuan tersebut sedikit pon tidak menggoyangkan rasa cinta pada Dia. Mereka begitu pasrah dan mengharapkan bantuan namun dari arah manakah bantuan akan di terima?


Pada peristiwa Qarbala, Allah telah memilih cucunda Rasul mulia Saww untuk dijadikan korban untuk suatu petanda bahwasanya Islam ini akan bangkit dan akan terus bangkit. Air dari sungai furat di sekat pada rombongan Cucunda Rasul . Seramai 20 000 askar mengepung 72 orang termasuk kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak berdaya selama 10 hari.Bekalan makanan dan makanan telah tiada lagi dan sebatang sungai yang mengalirkan air juga tidak diberi peluang oleh pasukan tersebut untuk digunakan. Orang-orang Islam di tempat-tempat lain tidak mampu untuk menolong cucunda kesanayan Rasul kerna takut akan penguasa pada saat itu. Dan pada hari yang pengabisan maka tertegaklah Islam itu dengan syahidnya Imam Hussayn (as) dan peristiwa itu bagai terbangkit dan menyaksikan kezaliman penguasa-penguasa. Pembantaian yang tidak semua orang tahu, dan orang tidak akan terus tahu tentang sejarah dunia ini kerana ia adalah suatu kejadian yang telah berlalu dan tidak akan meninggalkan sedikit pon kesan pada orang-orang yang beragama kerana peristiwa ini pasti dihapuskan.


Dan peristiwa tersebut kembali lagi pada versi moden ini, Rezim zionist yang tidak menghiraukan apapon terus membantai sekelompok yang kecil. Palestin dikepong oleh negara-negara arab disekeliling mereka. Bahan makanan, ubatan disekat serta hospital-hospital dan mesjid-mesjid di sana di bedil oleh pihak musuh. Dan di sini juga kita dapat lihat pembahagian n-negara-negara yang beragama telah nampak jelas. Negara-negara Islam tidak mampu untuk membantu oleh kerana takut akan kuasa-kuasa besar. Banyak negara-negara Islam hanya mampu bersedih dan tidak tahu berbuat sesuatu. Perpecahan pendapat serta tiada pegangan pada suatu pemimpin atau Rahbar di pergunakan.


Wahai umat dunia, kembalilah kepada kepimpinan Ilahi, berpegang pada satu pemimpin yang dipilih oleh Dia. Kerna manusia telah begitu jaoh menyimpang daripada landasan Ilahi ini. Landasan Al Wilayah iaitu landasan para Imam selepas Rasulullullah Saww yang akan menjaga umat Muhammad sehingga bertemu dengan beliau di telaga al Kautsar. Berpeganglah pada Satu tali dan pasti kita akan menuju kepada Allah Swt.


Ya Ilahi Ameen...



Imam Khomeini ra pada beberapa pertemuan dalam perkataan dibawah ini memperkenalkan kebangkitan suci Karbala sebagai contoh teladan seluruh kaum muslimin:"Perbuatan Imam Husain as (Seluruh hari adalah Asyura, setiap tempat adalah Karbala) merupakan aturan bagi semua untuk meneruskan kebangkitan tersebut setiap hari pada setiap tempat. Imam Husain as dengan sejumlah pengikut yang sedikit telah melakukan pengorbanan untuk Islam dalam melawan imperium besar. Mereka tegak berdiri dan mengatakan tidak. Maka setiap hari dan di seluruh tempat perkataan 'tidak' harus tetap terjaga".Sahifeh-e Emam jld.10 hal. 315.
Powered By Blogger