Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Tuesday, February 24, 2009

Suara pertanyaan kubur


Bismillah, Alhmdulillah, Asyhaduallailahaillallah wahdahu la syariikalah, Wa asyhaduannamuhammadan 'abduhu warosuuluh. Allahummsollia'la Muhammad Wa aali Muhammad.
Imam ali bin Abi tholib, adalah wasyinya al musytofa, Penghulu segala wali Allah, Hujjah Allah,Dan beliau as adalah kota ilmu rasulullah. Beliau adalah pembahagi syurga dan neraka kerna yang mencintai dan mentaati beliau adalah mukmin dan yang membenci dan tidak mengikuti beliau adalah Munafik. Beliau as adalah Amirul Mukminin, Ketua orang2 mukmin kerna dengan peliharaan Allah 'Azza wajalla seperti mana yang digelarkan oleh kalian karamullahhiwajhu iaitu org yang tidak pernah menyukutukan Allah 'Azzawajalla. Inilah Islam yang sejati yang mengembankan Agama Nabi terakhir Muhammad saww.Islam yang suci yang dipimpin oleh orang2 yang suci dan barulah Islam ini terpelihara dari segala musibah dan kecalaran oleh anasir2 yang tidak sepatutnya.Hanya Imam Ali as yang layak digelarkan AMIRUL MUKMININ dan jika dilihat fakta dan sejarah para khalifah islam yang lain amatlah menyedihkan dengan 'rekod2' mereka yang agak tercalar dan kita mengikuti mereka dan akhirnya kita pon bermula kehidupan kita dengan berdosa seperti mereka jua. Bukan mao memburokkan mereka atau mencerca mereka, tetapi ini adalah fakta dan sejarah, ini tidak akan boleh berubah lagi dan apakah Agama Allah ini boleh d campur adukkan dengan tangan2 yang tidak terpelihara? Di mana kesucian Islam tersebut? Apakah Allah mengutuskan Kitabullah kepada umat zaman ini dan membiarkan orang2 biasa menafsirkan sewenang-wenangnya apa yang Allah bermaksud ingin sampaikan? Apakah pemahaman orang2 biasa boleh menafsirkan setepat Tafsiran Rasul saww dan kota ilmu baginda?
Renung2kanlah wahai hamba Allah yang beragama, kerna Islam ini tidak akan tamat selagi tidak habis pemerintahan 12 orang khalifah dari bangsa Quraisy.
Sesungguhnya wali kita adalah Allah, RasulNya dan orang2 beriman yang memberikan sedeqah di dalam rukuk. Dan Taatlah kita kepada Allah, Rasul dan Ulul amri pimpinan Allah.. bukan ulul amri yang merosakkan umat islam ini dan kerana ulul amri pilihan manusia dunia menjadi kucar kacir, dan tidak sekata, Islam yang ada hanya luaran dan tidak dalaman.. kembalilah kita kepada Islam Munafiq seperti mana D zaman Rasul saww yang terakhir dahulu.
Allah telah memakbulkan doa Nabi Allah Ibrahim as dengan menjadikan diri beliau as sebagai Imam selepas di angkat menjadi nabi dan Rasul. Dan nabi Allah Ibrahim as ini jua mendoakan untuk anak cucu beliau as juga supaya dilantik menjadi imam untuk seluruh umat manusia.Dan doa beliau as diperkenankan oleh Allah.
Selawat serta salamz buat Nabi junjungan ahmad al-musytofa serta ahlul baytnya yang suci.
Alhamdulillah...

Malam itu Rahsia


Kemudian saya mulai berpikir, apakah saya harus menyerang ataukah menanggung dengan tenang kegelapan membutakan dan azab, di mana orang dewasa menjadi lemah dan orang muda menjadi tua, dan orang mukmin yang sesungguhnya hidup di bawah tekanan sampai ia menemui Allah (saat matinya). Saya dapati bahwa kesabaran atasnya lebih bijaksana. Maka saya mengambil kesabaran, walaupun ia menusuk di mata dan mencekik di kerongkongan. Saya melihat perampokan warisan saya sampai orang yang pertama menemui ajalnya, tetapi mengalihkan kekhalifahan kepada Ibnu Khaththab sesudah dirinya.


Seterusnya sila klik;http://pakoz.wordpress.com/2009/02/24/pilihan-manusia-v s-pimpinan-ilahi/


NB Wrote-Pengkhianatan kepada Agama Semakin Hari semakin jelas. Bukakan minda dengan mencari kebenaran yang haq!Umat terdahulu tidak menanggung kesalahan2 yang mereka berikan.Mereka tak mampu memberikan syafaat pon.. Mereka ini pilihan mesyuarah, bukan pimpinan Ilahi. renung2kan wahai orang2 yang inginkan kebaikan.Salawat!

Music dan Jiwa


Ziarah Ali Yassin


alHakimi.wma

Korek Lobang Tampal Lobang


Ada kisah yg amat mendukacitakan tentang peristiwa sebelom baginda(selawat!)wafat ataup0n nama fam0usnye tragedi hari khamis. peristiwa ini dicatat oleh semua ulama,ahli hadis dan sejarawan ahlulsunnah serta syiah apatahlagi..

berikut adalah uraian peristiwa itu secara ringkas..


3 hari sebelum wafatnya Nabi saw,para sahabat berkumpul dirumah Rasul saw.Nabi mulia yg amat kita sanjungi itu memerintahkan mereka megambil kertas dan dakwat agar dituliskan kpd mereka suatu wasiat yg akan memelihara mereka dari kesesatan.


Namun..para sahabat berselisih.Sebagian mereka enggan mematuhinya dan bahkan menuduh Nabi saw yg mulia dan sempurna itu telah meracau menyebabkan Nabi saw marah sekali dan mengusir mereka dari rumahnya tanpa menulis apa-apa.


perinciannya adalah seperti berkut:


Ibnu Abbas berkata "Hari khamis,oh hari khamis.Waktu Rasul merintih kesakitan,beliau berkata,mari kutuliskan utk kalian suatu pesan agar kalian kelak tidak akan tersesat.Umar berkata bahwa "nabi sudah meracau(yahjur) sementara Alquran ada disisi kami.Cukuplah bagi kami kitab Allah".lalu 0rg yg berada didalam rumah nabi berselisih dan bertengkar.Ada yg mengatakan berikan kepada Nabi kertas agar baginda dapat menulis sesuatu pesan dimana kalian tidak akan tersesat setelahnya.Ada sebagian lain yg berpendapat seperti pendapatnya Umar.


Ketika pertengkaran sahabat disisi Nabi mulai semakin hangat dan riuh..Nabi p0n berkata,"pergilah kalian dari disisiku"...


Ibnu Abbas berkata:"Tragedi yg paling menyedihkan Nabi,adalah larangan seta pertengkaran mereka dihadapan Rasul yg ingin menuliskan sesuatu pesan utk mereka".

peristiwa ini benar2 terjadi.

tidakkah kita berasa hairan akan seorang Umar yg amat diagungkan 0leh mazhab kita(SUNNAH)sanggup mengatakan Nabi yg amat kita sanjungi itu MERACAU!(yahjur)

dalam bahasa melayu..meracau nih ditujukan kepada seseorang yg kurang waras(gila) atau sedang berkhayal atau sedang bermimpi

adakah Nabi berada dalam kateg0ri2 diatas semasa beliau memerintahkan para sahabat memberikannya kertas dan dakwat agar dapat dituliskan satu pesan supaya kita tidak tersesat?????

kenapa se0rang Umar yg amat kita kagumi sanggup menggelar seorang Rasul sebagai sedang meracau?layakkah Baginda mendapat gelaran terbabit sedangkan Baginda se0rang manusia yg sempurna dan se0rang Rasul akhir zaman serta HABIBALLAH!!!!..

fikirkanlah perkara ini..dan tentukan yg mana benar yg mana salah..jangan berhenti dari mengkaji kerana ia akan menemukan kita dengan kebenaran..=D

p/s=guru hadis sy semasa sy menggali ilmu di sebuah pasentran ind0nesia pernah berkata."kita tidak mengajar sejarah islam disini kerana

sejarah islam silam byk dinodai darah,penipuan dan pengkhianatan"..

sumber rujukan:

-Tarikh ibnu Athir jil.2 hal 320


-serta sebuah buku oleh DR ahmad tijani bab tragedi hari khamis terjemahan oleh Kumpulan pengajian islam Universiti islam antarabangsa.

NB Wrote- Kalau Rasulullah saww tidak menunjukkan sesiapa selepas kewafatan baginda, kenapa khalifah Islam sunni yang pertama menunjukkan Khalifah yang kedua sebagai pengganti beliau? Sunnah yang mana yg diikuti oleh beliau? Dan kata-kata khalifah yang kedua "cukop kita berpegang pada al-Quran." Beliau tak sebut pon al quran dan sunnah... fikir2kan wahai muslimin dan muslimat yg mengikuti para khalifah yang terawal ini. Ana tegaskan , ISLAM ADALAH AGAMA ALLAH!! ALLAHLAH YANG BERHAK MENENTUKAN SIAPA YG AKAN MENJADI PEMIMPIN KITA SELEPAS KEWAFATAN NABI SAWW.!! Ini bukan perkara main2, ini perkara antara hidup dan matinya para hambaNya. DIAlah yg memilih Adam as sehinggalah tibanya Sang Imam yg ditunggu Al Mehdi afs. Salawat ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad yang suci!!


ambilan dari
http://silentillusionist.wordpress.com/

Sampai kapan?


Dunia menyaksikan pendarahan para manusia kerna ilmu menzalimi. Kalau dulu jin dan qas qas menguasai dunia, namun DIA telah menciptakan manusia dengan suatu amanat yang dipilih untuk sesuatu hukum dan perintah. Dengan beberapa kalimat, manusia dijanjikan perkara-perkara yang pasti yang jika direnungi akan mengembalikan manusia pada situasi permulaan manusia itu sendiri, iaitu bersih dan suci.
Jika Qabil sanggop membunuh habil demi kaseh sayang dari Ayahnya, manusia juga sanggop melakukan apa sahaja untuk pelbagai tujuan yang bukannya tujuan utama. Melingkari wilayah-wilayah usang mewarnai titis keringat yang membasahi dahi-dahi manusia. Hanya satu penyangkal pada semua itu iaitu memegang pimpinan DIA untuk seumur hidup seterusnya bersama landasan-landasan Ilahi untuk menuju ke suatu arah yang akan mententeramkan jiwa-jiwa yang bersujud apabila mendengar nama DIA dihentakkan.
3 golongan manusia ini pasti merempuh hebat apa yang tersangat diperlukan, qeqal selamanya tidakkan terpadamkan. Makhluk-makhluk yang lain juga akan bersedih di atas segala kelalaian manusia itu sendiri. Dibangkitkan roh yang paling utama di sisi seorang diri dengan berkat rahmat. Yang terpisahkan akan meminta belas syafaat jika tersongsang dan setia menyintai yang al-Haq.
Salamz perkenalan untuk yang merenungi makna-makna muhkam dan mutasyabeh diri. Teruskan mencari sesuatu yang telah lama anda impikan, dan itu adalah sebaik-baik usaha untuk pengiktirafan DIA yang menciptakan kosong sekalipon. Salamz gerimis mengundang.
Powered By Blogger