Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Friday, April 20, 2012

Syukur 110


Semalam aku agak ada yg tak kena. Dah lama aku tak Excident. Tup! tup terlanggaq sebuah pick-up HILUX kat jln serindit Puchong. Tulah agaknya kenapa ada undang2 yg digubal agar tak pakai henset semasa memandu.  Aku tengah sms kawan aku masa kejadian tu berlaku. Tup! tup! tayar depan masuk lubang masa tengah korner. Apalagi straight van meluncur perlahan membaham pintu pick-up tu tepat dan aku sempat elak sikit. Sekali gesel daa.. Abis bumper van kompeni aku sebelah driver bersepai. Lampu masuk ke dalam n pintu belah driver takleh nak bukak. Dua hari aku kena turun naik van tu ikut pintu penumpang.. hahaha...

Tapi Alhamdulillah apa yg penting takde kejadian nyawa melayang. Cuma eksiden kecil sj. Timbul di kepala aku, mungkin berkat amalan aku selalu bersalawat, kejadian ni jadi kecil dan tak memudhoratkan. Alhamdulillah.. terima kasih kat kawan2 aku yang ada dalam van tu, dan kepada pemandu pick-up tu tak tumbuk aku. Sebab tu aku kata salawat tu memang manusia perlukan.  Allah dan rasul-Nya tak perlukan salawat kita. Kita salawat ka tak salawat ka... Nabi tu tetap di maqam beliau.

Macam solat jugak, kita solat atau pon tidak Allah tu tetaplah Tuhgan Yg Tertinggi Zat-Nya. Kita yang memerlukan solat kita sebenarnya. Untuk kesempurnaan diri dan kesempurnaan kehidupan. Bukankah dalam Al-Quran Allah SWT berfirman, setiap kebajikan yang dilakukan manusia itu adalah kembali pada mereka kembali. Aku bersyukur sangat-sangat kerana pelbagai perkara yang telah terjadi semalam. banyak hikmahnya sebenarnya.

Mungkin kita tak suka dengan sesuatu perkara, namun itulah yang terbaik untuk kita, dan mungkin kita gembira dengan sesuatu perkara namun ianya bisa menghancurkan kita. Kembali pada kebijaksanaan Tuhan. Dia-lah yang menciptakan manusia sudah pasti Dia mengetahui apa yang terbaik untuk para hamba-Nya.

Aku rasa cukup sampai di sini saja yang dapat aku coretkan buat harini. Mohon doa teman2 agar aku dan keluarga diperolehkan keselamatan seharian. Aku jg mendoakan kalian agar senantiasa dirahmati selalu. salam dan salawat buat rasul junjungan Al Mustofa saww serta ahlul bayt baginda yang terpilih.

Wednesday, April 18, 2012

KEBENARAN SEBUAH KESEMPURNAAN



Bismillah… Alhamdulillah. Asyhaduallaa ilaa haillallah, Wahdahuu laa syariikalah. Wa Asy Haduannamuhammadan ‘Abduhu Warosuuluh. Allahummasolli’ala Muhammad Wa Aali Muhammad. Wa ‘Ajjil Farajahum.

Untuk sekian kalinya kita menulis di atas sebuah warkah yang berintonasikan kesedihan. Bukan karena kita ini dilanda masalah, namun inilah hikayat kehidupan manusia. Sepertimana yang pernah disabdakan oleh Sang Nabi Suci Muhammad Al amin,

“Jika kalian tahu apa yang aku tahu, sudah pasti kalian lebih banyak menangis dari ketawa.”

Begitulah hakikatnya jiwa manusia di penjara dunia ini. Kita dilahirkan untuk hidup dan terbelenggu di dalam beberapa peraturan yang telah ditetapkan oleh-Nya Sang Khalik. Dan kehidupan yang sementara ini menjadi medan pertempuran diantara kebenaran dan juga kebathilan. Salah satu perjuangan yang boleh kita dapati adalah perlawanan melawan hawa nafsu sendiri. Jangan mudah alpa dan tertewas, karena hawa nafsu yang berkobar di dalam diri ini adakalanya dipandu oleh syaiton yang terus menjahanamkan diri-diri yang ketandusan secangkir kesucian.

”Tidakkah kalian pernah melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan mereka?”

Begitulah adanya ceritera kita di dalam penciptaan dunia yang penuh fatamorgana ini. Sedikit demi sedikit manusia itu ditewaskan hingga menjadi segerombolan kambing yang semuanya telah dibaham serigala. Hanya mereka yang menjumpai jalan menuju Tuhannya yang akan terus bertahan di dalam pelbagai situasi peperiksaan ini. Itulah pengikut agama Tuhan yang benar, dan terus memakai pakaian para utusan yang telah dijadikan sebagai pedoman untuk melayari hidup ini sebelum tiba masa yang telah dijanjikan buat seluruh manusia. Imam Jaafar Asy Sodiq AS pernah berkata,

”Manusia itu semuanya tidur, dan apabila nafas berada di kerongkongan, barulah ianya terjaga.”

Gunakanlah mata hati dan perbuatan untuk menjejaki jalan Tuhan yang telah ditetapkan. Jika kita jauh menyimpang sudah pasti titian sirath yang kita impikan tersebut akan hancur di mahsyar kelak. Jalan ini sebenarnya berlegar-legar diantara sebuah pemandangan matahati dan kesucian. Berwudzuklah wahai anak-anak Adam agar kau beroleh semua kesucian yang telah dipatrikan. Karena DIA Al Qayyum adalah Maha Suci yang telah menciptakan apa sahaja yang berkenaan sebuah kesempurnaan.

”Selamat untukmu wahai Putera Abu Thalib. Kini kau adalah maulaku dan maula setiap orang mukmin, laki-laki dan perempuan.”

16 april 2012
12.45 a.m

Saturday, April 14, 2012

HEPI BESDAY

Salam dan salawat.. Malas aku nak tulis panjang-panjang rasanya harini. Masa pon tak mengizinkan. Namun aku tengah berlatih menulis setiap hari. Ini dinamakan latihan demi latihan.

Dalam kehidupan kita sebagai manusia, apa yang kita praktikkan setiap hari akan menjadi amalan kita. Contohnya, kalau 15 tahun yang lampau kita berlatih bermain bola, setiap hari bak kata orang lani, makan bola, tidur bola minum coca-cola (*PS: Coca-cola mengandungi 12 sudu gula yang mana kalau kita bancuh teh seteko dalam setengah liter tu pon hanya letak 4-5 sudu saja. untuk satu botol  500ml Coke, bayangkan kehidupan anda di usiia 50 tahun nanti. Sudah tentu anda akan kehilangan jejari kaki atau yang lebih kronik lagi hilang terus anda di dunia ni karena kencing manis.) Sudah tentu sekarang nie, kita mewakili pasukan atleast pon pasukan Terengganu dalam liga M. Itu adalah hasil dari latihan yang kita terapkan setiap hari dari sudut amalan seharian.

Cuba bayangkan atau latihkan diri kita bercakap benar contohnya setiap hari, mungkin suatu hari nanti kita menjadi seorang yang paling jujur dalam masyarakat setempat kita. Lihat contoh Rasulullah SAWW yg diberikan amanah untuk meletakkan batu hajaratul aswad di makkah tak lama dulu. Sebab apa? Kejujuran baginda yang diakui oleh semua. Tidak dapat dinafikan lagi. Saya teringat satu kata-kata falsafah oleh seorang teman, dan saya taktau kat mana dia cilok kata2 tu.. hehe yg berbunyi lebih kurang macamni. " Jika semua manusia di dunia ni jujur, pastilah dunia ini akan aman semuanya." Itulah effect kejujuran hasil dari latihan kita bercakap benar. Takde kebaikan dalam hal ni? Kalau ada kebaikan bermakna ianya datang dari Tuhanmu Sang Maha Kebaikan.

Nak berlatih buat apa lagi? Solat? Yup! yangni penting.. ingat tak masa kecik2 dulu ayah dan mak kita selalu guide kita di setiap waktu solat. Depa bagi latihan kat kita. Aku masih teringat lagi, masa tu tahun 80'an. Takut tak takut aku kat abah aku, bila dia balik aku dengaq ja bunyi kapchai honda 70 dia balik, kelam kabut aku lari p amik ayaq semayang. Lari kelam kabut naik kat beranda umah aku (beranda ni yang masih ada kat umah aku sekarangni, yg lain dah abis abah aku modifight, siap dah ada kolam ayaq terjun, bukan satu dah dua kolam ada kat umah aku. Nanti kalau ada masa aku upload gambaq kolam2 ni kat hampa.) Walaupon kadang2 aku menipu, dok saja.. termenung, tapi itulah latihan yang abah dan mak aku bagi. Satu hari kena solat 5 kali. Effect dia lani, aku memang hargai sangat pelajaran dan pengalaman yang depa bagi kat aku dulu. Banyak munafaat yang aku dapat. Terima kasih mak dan abah. Jasamu tak terhabiskan karena kecintaan pada kalian adalah tingkatan yang ketiga selepas Allah dan Rasul-Nya. Harap kita boleh latih anak2 kita pula solat lepasni. Dan bagi ibu-bapa yang dok latih anak tu.. anda juga disuggestkan agar melatihkan diri solat di awal waktu dan jangan lengah2kan solat kiita. Karena bersolat di awal waktu adalah salah satu kunci ketenangan.

Sori, panjang pula aku bebel harini. So aku rasa setakat harini, alhamdulillah.. terima kasih untuk hampa yang sudi baca artikel2 aku yang agak tak berapa best ni, dan berharap kita terus melayari hidup ni dengan kesabaran dan ketakwaan pada Yang Maha Esa. Perrcayalah, kita akan mati sebentar saja lagi. Jangan takut dan jangan gusar, karena KEMATIAN ITU MENDEKATKAN KITA DENGAN KEDAMAIAN SELAMANYA, DAN JGN TAKUT MISKIN KARENA KITA AKAN KURANG DIHISAB DI MAHSYAR KELAK.

Salam..

pakoz.com

Petaling Jaya 14 APRIL 2012



HEPI BESDAY BUAT SAHABAT AKU YANG BERNAMA MOHAMAD MAHDI HASHEMI. MUGA TERUS TABAH MENGHADAPI SEGALANYA YANG AKAN MENDATANG. INSYAALLAH.

Friday, April 13, 2012

MENANTI DAN TERUS BERIMAN





Salam ke atasmu Wahai pemilik zaman.. Salam Ke atas mu wahai yang terasing dan yang terakhir menegakkan agama Tuhan.. Salam Ke atasmu wahai Hujjah Allah yang terakhir ke atas semua umat manusia.. Salam ke atasmu wahai yang dijanjikan. Salam ke atasmu yang ditunggu oleh semua... dan salam ke atas ayah dan datuk-datukmu yang suci...

Inilah perasaan aku pada hari Jumaat yang penuh berkah hari ini. Aku begitu merindukan Seorang Sang Penyelamat yang akan menggulung agama Allah yakni Islam yang dimulakan dengan Bapak segala Nabi Yaitu Adam as.

"Sesungguhnya Agama di sisi Allah itu hanyalah ISLAM." - QS ALI IMRAN AYAT 19.


Entah mengapa perasaan ini begitu membuak-buak sebagai ketidakpuasan hati di atas keimanan manusia lain yang berada di sisiku. Namun, aku akui bahwa, hanya sedikit pengikut agama Allah yang telah direkodkan dalam kalamullah-Nya. Aku berbahagia di satu sudut, entah dari sudut manapon tidak dapat ditafsirkan. Namun aku merasakan ianya lahir dari sudut jiwaku yang paling dalam. Aku juga merasakan sebuah kedamaian karena telah diselamatkan pemahamanku tentang Tuhan Yg Benar. Apa yang aku pegang dan genggam erat kini semuanya berasal dari dalil yang kukuh takkan terbantahkan. Biar dari sudut manapon.

Oh Tuhan! Aku bersyukur ke hadrat-Mu karena menemukan aku ke jalan-Mu yang lurus, dan tetapkanlah aku di titian ini. Terimalah penyerahan jiwa dan segala yang ada pada diriku yang sememangnya milik-Mu. Tiada apa yang boleh aku banggakan, segala kemuliaan ini adalah berasal dari-Mu Sang Pencipta Tunggal.

Ilahi, bagaimana hendak aku ungkapkan keresahan ini, ujian dan cobaan-Mu makin menambahkan keimananku, karena Nabi-Mu telah bersabda melalui lisan suci baginda, "Jangan sangka Kamu seorang yang beriman sebelum didatangi ujian-ujian." Subhanallah...

Wahai Teman, pelajarilah ilmu-ilmu tentang Tuhan, yang mana ianya adalah sebuah puncak kehidupan. Bertawassullah memohon ke hadrat-Nya melalui perantara kekasih-kekasih-Nya. Ini adalah sebuah jalan dan kewajipan. Ketaatan serta kecintaan pada mereka akan memberikan sumber airmata yang jernih yang akan terkuakkan syafaat Allah buat kita.

Ya Allah limpahkan salawat pada Muhammad penutup para Nabi, pada seluruh nabi dan rasul, para malaikat seluruhnya, para keluarganya yang baik dan suci, para Imam pembawa petunjuk, semuanya. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Thursday, April 12, 2012

RESEPI NASI GORENG

Semalam hari rest aku kat umah sempena pertabalan Agung Negara yg ke -14. Walaupon aku tak berapa setuju dengan 'Ulul Amri' yg ditafsirkan ayat dia buat para pemuka istana ni, dijadikan ketua agama selepas Allah dan Rasul-Nya. Ini sebuah perintah tentang ketaatan di dalam kehidupan kita. Mana boleh para manusia yang kita sudah tau asal usulnya dari keturunan ***** yg kita p buat sebagai KETUA AGAMA. Banyak org yg mungkin berfikiran serupa aku, tapi aku tau tak bleh nak buat apa, menyembunyikan keimanan la konon2 nya..

Lihat kisah2 Firaun dalam al-quran. Kalau mereka nak berhujjah dengan para Nabi Allah tentang KEBENARAN, dah tentu takda maknanya kebenaran dalam diri si Toghut yang zalim ini. Namun mereka ada kuasa. Boleh berbuat sesuka hati mereka. Saya berpandangan semua ini telah termaktub dalam kitab2 Allah SWT yang di dunia ini hanya ada dua HARAKAH, yakni pergerakan Ilahiyyah yg diwakili oleh para utusan-Nya yang disimbolkan buat para nabi, rasul dan para imam dari keluarga Rasul selepas kewafatan Nabi dan Rasul terakhir Muhammad Al Musytofa. Dan satu lagi pergerakan syaitoniyyah.. yg mewakili manusia2 zalim yg berkuasa dan menindas semua manusia.



Malas aku nak cerita pasai depa ni.. kalau aku cerita kat hampa pasai resepi nasi goreng pon best kan? Bleh jugak hampa try2 kat rumah. Resepi ni aku dengaq dari seorg cheff yg dijemput di Radio IKIM tak lama dulu.. Ada pemanggil yg tanya kenapa nasi goreng dia tak sedap. N cheff tadi kata, nasi goreng cukop senang kalau nak buat, yg pertama belen2 sambai belacan malam tadi punya ditumbuk dengan udang kering. Kemudian goreng telur secara scrapple <-- istilah anak aku ajaq aku yakni telur yg digoreng kemudian dihancurkan dalam kuali. Masukkan sambal belacan tadi dan kacau hingga sebati dengan teloq tadi. Sebelum tu, malam tadi.. nasik yg belen2 tak habis tu jgn lupa simpan dalam peti ais supaya dia tak kecai kalau masa hampa goreng. masukkan sedikit garam dan gula.. kemudian keluarkan nasi tu, masukkan dalam kuali. kalau nak cantik kaler dia boh sikit kunyit. kacau hingga lumat, dan sedia utk masukkan di dalam pinggan tambah nasik. N finally jgn lupa potong timun dan tomato sebagai penghias nasik goreng anda. hehe

InsyaAllah boleh cuba, jgn malu2. Pada kita dok saja tengok tb kat rumah baik kita tolong2 sikit bini kat umah measak ka basuh pinggan ka dan apa yg patut. Ini bukan tugas hina, malahan kita selalu dengaq Rasulullah saww selalu menolong isteri beliau melakukan tugas2 kat rumah. So takda kebaikankah kat sini?

OK aku kat Salak Opiz nih nak ke Bangunan Pentadbiran MAS jap lagi. So muga dipanjangkan umur kita semua utk tebus segala kesilapan lama kita. OK Chow

Saturday, April 7, 2012

GIGI

Kenapa kita sakit gigi? Menurut seorang Hujjatul Islam yang memegang sarjana Doktor yang bernama Dr. Ghiffari, permulaan segala penyakit itu bermula dari makanan yang kita makan. Sebab itu Rasulullah saww pernah bersabda, " Kalau tidak akan memberati umatku, maka akan aku perwajibkan bersiwak lima kali sehari sebelum solat." Ini bermakna kebersihan mulut dan gigi itu amatlah penting buat para manusia. Karena setiap yang kita makan itu akan melekat di gigi dan seterusnya akan menjadi 'ulat' gigi.

Teringat masa kecik2 dulu, ada sepasukan petugas dari bahagian pergigian datang ke sekolah untuk mengajar murid2 di sekolah dengan membawa satu sample gigi yang besar dan aku masih ingat lagi depa ajaq kami cara2 berus gigi dengan betui.. dan berpesan satu hari sekurang2nya 2 kali kita kena gosok gigi. Menurut pemahaman aku ketika tu (umuq aku dalam 11 tahun) waktu pagi nak p sekolah dan malam waktu nak tidoq. Effect dia amat menakjubkan aku kalau gosok gigi satu hari dua kali ja.. semua gigi geraham yang ditampal abis berlobang dan ada yang serpih keluaq dia punya simen dan ketika aku berumur 20 tahun memang dah parah. Hari2 setiap kali lepas makan memang seksa nak korek gigi guna pengorek.

Untuk pengetahuan korang jua, aku memang fobia pergi klinik gigi. Sampai ke harini aku tak pernah jengah ke sana. Faktor2 utama yang menyebabkan aku takut adalah karena 'org2 gigi' (kementerian pergigian sekolah pada tahun 1980'an) jugak. Sebab apa hampa nak tau? Depa punya belasah korek gigi budak2 dalam lori depa yg mai sekolah sampai terangkat juboq2 kawan2 aku dan termasuk aku jugak. Adoila... sampai la ni aku phobia nak jumpa doktor gigi. Sebab tu aku lani rajin nasihatkan anak2 aku jaga kebersihan gigi depa supaya jgn jadi gigi macam aku. Siksa wooo... Bukankah Allah sukakan kebersihan.. so rajin2lah gosok gigi setiap kali nak solat. Bayangkan satu hari 5 kali kita gosok gigi. Putih dak gigi kita? bersih dak gigi kita? macam org mandi 5 kali sehari..

Buat pengetahuan korang aku tengah sakit gigi lani. Gigi depan belah bawah, dah goyang. Ini hasil dari aku gigit kambing yg dimasakkan sup. Memang berdenyut. Ingat lagi setahun dua, kompom arwah! Aku dah dapat bayangkan macam mana rupa aku yang berusia 36 tahun takde gigi bawah sebatang. Mesti best. Tu bermakna Tuhan dah tarik nikmat makan benda2 yang keras kat aku. Bukan Tuhan tu zalim, tapi aku yang menzalimi diri aku sendiri dik karena kemalasan aku menjaga kebersihan gigi aku dulu.

Muga jadi iktibar untuk semua. InsyaAllah. Kalian doakan aku dan keluarga aku agar kami sentiasa beroleh keberkatan Tuhan di samping aku juga mendoakan keselamatan kalian di dunia dan akhirat InsyaAllah. Harap kita semua terus bersabar disamping menjalankan tugas2 yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada kita sebagai seorang Khalifah keluarga atau syarikat atau apa jua bidang yang kita ceburi. salawat serta Salam buat Nabi dan keluarga Nabi yang disucikan oleh Allah SWT untuk menunjukkan bahwa Dialah yang paling Sempurna di atas segala kesempurnaan yang dapat dibayangkan ataupon tidak. Salawat!
Powered By Blogger