Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Wednesday, October 15, 2008

Madzhab Cinta

"Melakar cinta yg satu" inilah suatu ungkapan yang ku baca d suatu blog kepunyaan teman baru. Ia menggambarkan suatu rasa dan anugerah Ilahi ttg cinta itu. Cinta adalah kurniaan Allah yg d semaikan dalam jiwa setiap insan yg berperasaan yg unik ini. Cinta d tafsirkan oleh pelbagaian sudut dan bicara. Apakah Definasi cinta yg tepat?

Muhammad Al Musytofa adalah Seorg Rasul yg d utuz untuk rahmat sekelian alam. Baginda adalah Kekasih Allah, Al-ameen, Penghulu segala Nabi dan d ciptakan dari Cahaya Allah. Apakah ada makhluk lain lagi yg layak d beri maqam seperti ini d sisi Sang Maha pengaseh dan Maha pemurah ini? ini adalah Rahsia Allah yg paling agung dalam penciptaan Rahsia. Dalam suatu Riwayat mengatakan Nur Muhammad d ciptakan sebelom adanya penciptaan cahaya dan masa.

Kecintaan pada diri membolehkan sampainya sesuatu tujuan pada percintaan yg sebenar dalam erti kata mengenal suatu makrifat. Dalam pasca keluhuran ini akan tersingkap dari mana asalnya kewujudan cinta pada jiwa dan erosi yang akan kembali pada bentuk kesempurnaan haq penciptaan. Selapot- selapot penciptaan manusia itu sebenarnya adalah kesempurnaan. Ini boleh d lihat dalam kewujudan penciptaam Adam a.s. Kesempurnaan yg tiada bandingan melebihi penciptaan makhluk2 lain. Apakah sebenarnya tujuan penciptaan manusia ini? kerna setiap yg d jadikan oleh Allah ada sebab dan musabab. Apakah sebenar hakikatnya penciptaan ini?

Cinta yg suci akan D hadirkan dalam setiap nafaz yg terhembuz untuk sesuatu yg suci juga. Contoh cinta yg paling agung adalah kecintaan pada Allah dan RasulNya. Apakah hati2 yg jiwanya tidak tenteram akan mendapat tempat untuk cintakan sesuatu yg amat Agung? Kita hanya mendapat secebiz cinta-cinta yg berlandazkan nafsu dan cintakan al haq iaitu cintakan ibu dan ayah kerna hanya cinta 'biasa ini' yg bisa Allah kurniakan setimpal apa yg hati kita amalkan.

Umpama buaian ngeri manusia akan bersemi dengan kecintaan setimpal dengan keluhuran dan tingkatan dan tidak lebih dari itu. Hanya dada yang d bersihkan dengan zikrullah akan teruz menembusi suatu maqam d sisiNya. Secangkir cinta bisa d rasakan jika pencarian cinta yg sebenar itu bisa d rombak untuk kecintaan yg sebenar-benar cinta.


Selamat melayari erti cinta sebenar dalam tangisan 'Madzhab Cinta'

Balada Meruntun

Hari ini hari yang ke-14 Syawal d rayakan oleh semua umat Islam. Ada yg selesai mengerjakan ibadah sunat dan ada yg masih mencari-cari suatu hakikat yg bisa berombak lesu. Pelbagai keraian d sambut d bulan yg penuh kegembiraan ini tanda kemenangan untuk suatu kemenangan. Kadang2 aku terfikirkan apakah semua yg d raikan mendapat keredhoan Allah untuk suatu keputusan yg berlandazkan sikap2 para HambaNya yg begitu bijak dalam memilih kehidupan?.

Ya.. pelbagai ragam manusia yang dapat kita lihat hari ini. Kepelbagaian itu mencerminkan kuasa Dia yg telah memberikan pelbagai anugerah untuk d renungkan. Ada yg memilih jalan untuk membuat kezaliman, ada yg berbaur sombong, baik, bijak, angkuh, jujur, menolong, dan berbagai tindakan lagi yg bisa d ertikan sehari-hari. Dalam kepayahan mengiramakan kurniaan Allah ini.. kadangkala kita merasakan sesuatu yg d luar jangkauan. Apakah kita d ciptakan untuk melayari semua ini? Bersuka ria, sebok dengan urusan dan tanggungjawab serta kadangkala mersakan jika kita tidak berusaha pasti kita tidak akan berjaya. Apakah benar?

Doa dan bersedekah boleh merubah takdir? bagai d rasuk sesuatu yang murni, aku senang menerima hadis2 sebegini. Aku ingin merubah takdir hidupku agar menjadi lebih baik dari apa yg aku impikan kerna manusia hanya menggunakan senjata berdoa sebagai yg terakhir dan kalimah Basmalah adalah yg paling menakjubkan. "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.." itulah ungkapan yg terbaik, yang telah d anugerahkan oleh allah untuk Sang kekasih. Tiada makhluk lain yg menyamai al mustofa rahmat sekelian alam kecuali Sulaiman a.s kerna basmalah ini. Moga ucapan bismillahirrohmaanirrohimku tumbuh kecintaan ku pada Muhammad dan ahlul baytnya yg suci.. Ya Ilahi.. ameen...

Ketakutan pada sesuatu benda selain dosa-dosa yg kita lakukan adalah bukan suatu ketakutan yang baik. perumpamaan ketakutan pada suatu hakikat yg tidak sebenarnya perlu kita takuti. metafora diri kadang2 menyemaikan ketakutan itu untuk sebuah pencarian yg entah apa2 yg kadang2 boleh melemahkan suatu kepercayaan pada al Haq!. dan ia adalah suatu ketakutan yg ngeri. Apakah kita mampu utk tunduk dan takut selain itu? Belajarlah berjalan untuk suatu ilmu yg bermunafaat supaya mata hati yg d anugerahkan akan tersingkap dan ketika itu dunia ini bagaikan suatu yg amat indah jika kita mengambil apa2 yg berbakti untuk suatu nafaz d sana.

Salamz kemaafan untuk suatu renungan buat teman yg bisa mengerti apa itu lafaz. Aku berterima kaseh untuk insan yang sudi menghamburkan masa dan keringat untuk sebuah kebaikan yang kadang2 aku pon tidak dapat mengerti apa itu kebaikan. Kerna suatu perasaan itulah yg akan membuat suatu keputusan yang bakal d uluzkan oleh jiwa2 yg inginkan suatu pengharapan. Dan tidak semua pengharapan itu bisa beroleh kemenangan. Kerna ia d ciptakan untuk sesuatu yg mulia d sisiNya bersama illusi- illusi terindah.

Tekadkan Jiwa Untuk sebuah Keinsafan.
Powered By Blogger