Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Wednesday, December 31, 2008

Sakinah


Tak sampai hati tapak kecil itu
Melangkah jasad-jasad yang mazlum
Matanya tak berkelip, merenung dada Ayah yang lebur

Setiap langkah tapak kecil itu
Diiringi airmata yang turutsama meluruh
Sakinah dalam kepenjaraan semakin derita
Bukan kerna sakitnya cuping telinga yang direntap
Tapi kerna terampasnya anting-anting istimewa dari Ayah

Di setiap penjuru hanya tergambar senyuman dan ciuman dari Ayah
Memandang ke arah Makcik Zainab
Tergambar kepiluan kerna darah Ayah dikerudungnya

Memaling ke arah Abangnya (Imam Sajjad)
Air matanya kian mencurah-curah
“Semasa Ayah hendak disembelih
Abang tidak sedarkan diri, tidak mampu berbuat apa selain disuruh berdiam diri
Pasti Abang lebih merindui
Kerna selepas sedar Abang, Ayah sudah tiada lagi”.

Sakinah hanyut dalam pelukan si Ayah
Tatkala memandang ke dunia luar
Matanya melekat pada seorang anak kecil yang dipimpin Ayahnya..,
Air matanya kian mencurah-curah
Rindunya pada dodoian Husein semakin menebal,
Sentuhan si Ayah masih dirasai seluruh anggota
Tangisannya tidak erti siang atau malam.

Rasanya baru sebentar tadi
Telapak kecil itu mengusap-usap dada Ayah suci
Baru sebentar matanya terlena terlena diulik mimpi
Baru semalam Sakinah mengelap peluh Ayah di dahi
Menghulur segelas minuman untuk meredakan Ayah yang letih
Leher yang disembelih itu! Leher yang disembelih itu…
Itulah tempat Sakinah sering berpaut
Apabila Ayah hendak mengkendong
Itulah yang pertamanya Ayah hulur
Kini sudah terpisah semua itu
Hilang sudah tempat puteri comel itu bergantung
Semasa di Madinah sebelah petangnya
Abang Ali Akbar pasti mengejar-ngejar Sakinah

Dan Sakinah sentiasa berlindung dalam dakapan si Ayah
Manakala sebelah malamnya
Saat si Ayah keluar bekerja
Sakinah didodoi oleh Abangnya

Oh, alangkah tenteramnya hidup puteri comel di sisi keluarganya.

------
p/s; Sakinah merupakan puteri kecintaan Sayidina Husein yg bersama2 mengikuti bapanya ketika peperangan di Karbala menentang musuh Islam.

Wednesday, December 24, 2008

Papa & Mama


Selamat bercuti d ucapkan. Menjelang musim percutian yg agak panjang ini pasti pelbagai aktiviti telah d rancang oleh ibu-bapa untuk anak2 yang maseh berbaki cuti sekolah mereka. Dengan kadar harga minyak telah turun ini pastilah kita tidak melepaskan peluang untuk merancang perjalanan jauh untuk keluarga. Dinasti yang bagaimanakah yang menjadi pilihan anda?


Mengikut pendapat aku, destinasi pulang menziarahi sanak saudaralah yang paling bermakna daripada smua destinasi. Ini dapat merapatkan hubungan persaudaraan serta menambahkan pengalaman anak-anak tinggal d desa yang penuh dengan kejadian alam yang sukar d dapati d kota2. Dan jika ada kenduri kenadara pastilah d situ akan terdapatnya perjumpaan2 saudara2 lama dan rakan2.


Dahulu aku pernah terdengar satu ungkapan dari seseorang yg mengatakan, ada tiga perkara yang jika kita tidak hadiri pasti perhubungan dengan keluarga akan menjadi jauh. Pertama, apabila ada kematian, kenduri dan juga hari raya. 3 kisah ini jika kita tidak dapat bersama pasti kita tak akan bertemu lagi perhimpunan keluarga. semaikan pada jiwa anak2 serta para remaja agar sensitif dengan 3 hal ini, pasti perhubungan saudara jauh dan dekat dapat d jalinkan.


Ibu dan Bapalah hamba Allah yang paling gembira jika dapat menghadirkan satu perasaan pada anak-anak untuk 3 perkara tadi. Kepatuhan anak-anak terhadap orangtua berasal dari pengetahuan yang benar dari Allah, sebab tidak ada amal kebajikan yang dapat membawa orang yang melaksanakannya lebih dekat kepada keridhaan Dia daripada kepatuhan untuk mempercayai apa yg d ajarkan oleh kedua orangtua demi Allah.


Berbahagialah mereka yang dengar dan patuh d atas segala perintah dan larangan Allah sekaligus menyemarakkan diri pada kepatuhan untuk ibu bapa.


Jika mereka keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan yang lain, sedangkan kamu tidak mempunyai pengetahuan apa-apa tentang itu, maka janganlah kamu turuti mereka itu. namun pergaulilah mereka dengan sebaik-baiknya selama hidup di dunia ini. Ikutilah jalan-jalan orang yang suka kembali tobat kepada-Ku. Kemudian kepada-Kulah kamu sekalian akan kembali pulang. (QS. Luqman [31]: 15)


Jadilah ibubapa yang baik yang mengajarkan anak2 tentang Dunia dan akhirat. Dan anak2 ini pasti suatu hari akan memilih untuk sebuah kebaikan yang mutlak. Salamz kemaafan buat semua.

Saturday, December 20, 2008

Riwayat Kehidupan


Perjalanan yang mengasyikkan boleh membuatkan kita terbuai untuk pelbagai pemandangan. Dalam hiruk pikuk kita mengejar kehidupan yang lebih selesa kadang-kadang kita lupa sebenarnya apa yang kita cari itu bukanlah pencarian kita yang sebenar. Karena apabila kita mendapat sesuatu yang kita impikan kita menjadi puas dan kita akan memasang satu impian lagi untuk dipenuhi. Dan kita akan membuat sesuatu itu berjaya dikecapi lagi sehinggalah perjalanan kita terhenti pada satu titik di bawah suatu huruf barulah impian itu terhenti.


Suasana yang nyaman, bersama alam sekeliling bagai memberikan satu impak yang agak menghairahkan nurani. Dalam erti kata lain itu bukanlah impian kita yang sebenar jika kita masih lagi mencari impian seteruznya jika kita berjaya memenuhi impian pada permulaan. Landasan kehidupan itulah yang membuatkan kita tidak menilai dengan mata hati apakah impian sebenar manusia. Dahulu pada awal penciptaan manusia manusia adalah d ciptakan d dalam suatu tingkatan kebaikan dan berada d bawah tingkatan 'al-Furqan' iaitu lebih kebaikan @ extra kebaikan dan tidakakan melakukan keburukan. Ini adalah asal m uasal penciptaan tanah kepada bentuk manusia yang telah d anugerahkan semua kondisi keilmuan agar menjadi yang terbaik. Dan pada akhirnya manusia ini semakin hilang pedoman dan akan terus lalai hingga menjadi tingkatan yang kronik dan menyesakkan.


Inilah yg dinamakan perhitungan diri. Jika tidak ada sesuatu pun yang dapat membuat seseorang berpaling pada perhitungan diri (muhasabah) selain rasa malu akan dibawa ke penghadapan Sang Ilahi dan aib karena selubung rahsia-rahsianya terbuka, manusia akan menerjunkan dirinya dari puncak-puncak gunung dan bukan mencari perlindungan di dalam sebuah bangunan, atau makan, atau tidur, kecuali jika ia memerlukannya untuk mempertahankan kehidupannya. Kemana manusia dapat lari? Di mana Manusia dapat tinggal? manusia hanya dapat berlari pulang kepangkuan Tuannya.

Friday, December 5, 2008

Suatu Kisah


Salamz sejahtera untuk yg d wajibkan menjawab salamz. Ungkapan dalam makna yg sangat baik untuk semangat dan berkat Sang Pencipta. Mendoakan seseorang dengan kalimat yg amat redzo. Bagai limpahan air yang mengalir masuk ke dalam sebuah takungan dan teruz melimpah ketakungan yang lain dan seteruznya. Airnya tenang dan biru, nyaman serta mengasyikkan untuk para pemberi selamat sejahtera pada para Hamba Allah.


Ketika Zulaikha berjumpa dengan Yusuff as putranya Ya`kub as d dalam gerigil besi, beliau terpegun lagi dengan ketampanan Utusan Allah tersebut. Kali ini Zulaikha datang dengan seribu penyesalan kerana perbuatan yang terlampau terhadap pemuda yang kacak ini d dalam qamar d raja. Dia memuji ketampanan Yusuf as dengan perasaan kagum dan terpegun dengan anugerah Allah pada Yusuf as. Dan ketika itu Yusuf as mengatakan ada seorang pemuda yang bernama Muhammad yang akan hadir yang wajahnya bagaikan bulan purnama d kelilingi cahaya rahmad dan nur2 Arasy mengelilingi beliau.


Zulaikha merasakan kebenaran kata2 Yusuf as, dan mengakui pernyataan Yusuf as. Dan Yusuf as bagaikan terhantuk bertanyakan bagaimana zulaikha boleh percaya akan kata2nya sedangkan dia tidak pernah melihat wajah Muhammad. Zulaikha mengatakan dari Nama Muhammad yg d ungkapkan itu hatinya sudah menjadi tenteram. dan ia mengakui kebenaran itu. Dengan ini Allah meredhoi akan zulaikha sehingga akhir hayat beliau.


Ungkapan2 syahdu pasti lahir dari hati2 yang menunggu sesuatu bicara. baik mahupon burok terpulang pada ilmu para hamba. Dengan demikian catatkan sedikit ungkapan baik untuk menjadi suatu munafaat pada dunia yang akan hadir demi untuk kebaikan orang lain.


sampaikan salamz buat AyahBonda. Dan Selamat AidilAdzha untuk pengorbanan sesuatu yang baik. Salawat!

Sunday, November 30, 2008

Suara Erosi


Bisikan Kedamaian mengiramakan keutuhan

Bilamana kesaksian d saksikan

Rahsia Alam bagai menggamit-gamit untuk d layari

rakuz menghina manusia


Apakah mulia yang penuh kebaikan

menjadi tak karuan sehingga warna pelangi-pelangi indah

bertukar menjadi mendung yang akan meruntuhkan amarah-Nya?

tengkorokan adalah saksi akhir


Ayat-ayat ketika berbicara

Kembali pada yang memulakan perbicaraan

Apa yang telah merasuk dan terusik

untuk perjalanan duka d sana yang bagai berbait emas jingga


singkapkan kenangan untuk suatu pengalaman yang ngeri

Pada raksa yang bisa memungkirkan keindahan jiwa dan erosi terpaut harum.


Thursday, November 27, 2008

Ayat2 Cinta-Maria


Keindahan sesuatu dapat d nilai dengan sesuatu yang amat payah d mengertikan. Prinsip hidup dan keyakinan adalah yang paling utama d dalam sebuah penghidupan. Apa yang d yakini itulah yg akan menjadi pendorong pada sesuatu gerakan.


Percaya pada konsep Ketuhanan contohnya, ia amat penting untuk seseorang yang berugama yg memaparkan keyakinan yang tuluz dan tiada tolok bandingnya. Ini dapat d rumuzkan nahawa setiap manusia itu perlulah menghormati ketauhidan dan keimanan para hamba yang lain kerana ia mempunyai suatu identity yg jitu.


Dah dua hari aku baca novel 'ayat-ayat cinta' karya habiburrahman syirazzi. dengan penggunaan pengalaman yang luas serta ilmu2 yg telah mengharmonizkan jalan cerita buku ini membuatkan aku teruz melekat ingin tahu tentang pemikirannya penulis tersebut.


Nabi saw pernah bersabda tuntutlah ilmu sedari d dalam buaian hinggalah ke liang lahad. Sabda Baginda ini amatlah dalam pengertian kalau kita menghuraikan dengan ilmu yang kita pelajari. Kekosongan jiwa boleh d rungkaikan dengan membaca dan menukilkan sesuatu. Membaca juga adalah jambatan ilmu. Kata2 ini terngiang-ngiang d sudut pemikiranku. Aku masih ingat lagi, ketika akau d dalam kelas darjah lima, masa tu guru kelas kami cikgu zainuddin yang begitu relex n kool mengajarkan kami ilmu2 yang berguna. Dialah yang telah melafazkan ungkapan membaca jambatan ilmu ini. Dan kami d arahkan membuat lukisan yang menggunakan huruf2 d dalam blog untuk lukisan poster. Teringat kembali zaman kanak2 kami yang begitu mengasyikkan dan sentiasa ingin belajar apa yang lalu d depan mata.


Dua tiga hari ni aku amat konfiden dan sentiasa melakukan tindakan2 yang amat drastik seperti ada sesuatu keyakinan yang menusuk teruz d dalam mindaku. Aku perbuatkan apa yang aku fikirkan kena dan tidak melanggar batas2 hukum Allah dan aku tidak mahu memikirkan sesiapa pon yang mahu menegurku, silakan. Aku banyak melayan perasaan yang amat tenang dan ada kalanya pemikiran aku nampak standart saja. Soal2 agama sekarang ni aku lebih open. Dan Teman2 sekerjaku amat rapat denganku walaupon sikapku kadang2 menyusahkan mereka dan menyenangkan aku.


Pemikiran kita akan menjadi lebih terbuka kalau kita sentiasa memulihkan dengan pengalaman2 baru serta perbanyakkan jenis2 pembacaan. Itu yang aku rumuskan, bagaimana sikapku yang lebih banyak berfikir sebelom aku melakukan sesuatu. Dan jika setiap perbuatanku itu pasti sudah ku tahu akhirnya nanti(risiko) apa yang akan terjadi.


Di dalam kehidupan yang amat payah bagi para hamba yang memikirkan kepayahan duniawi ini, suatu tujuan perlu d arahkan. Dan apapon yang kita coretkan pastikan tujuan kita tetap sama. Aku membayangkan pada ketika umurku 40 tahun, targetku, aku mahu pencen sudah. pencen bukan bermakna relex setelah penat bekerja, namun pencen yang mendatangkan munafaat pada setiap perbuatan yang aku lakukan kini. Ini menjadi satu tunjang yang kukuh dalam diriku. Aku tak kisah kalau pelbagai pengalaman yang aku tempuh kini menyukarkan, pahit,manis , pedih dan adakalanya tertekan namun, targetku tetap yang sama. Dan aku hanya berserah pada takdir Allah selepaz aku berusaha sebaik mungki n sesuai dengan kemampuanku. Aku perlu banyak berusaha, belajar, bersedeqah dan yang terakhir sekali berdoa. Inilah yang akan mengubah takdir hidup manusia. InsyaAllah.


Lepas ni aku nk continue lagi baca buku ayat-ayat cinta ni. Sekarang baru sampai part Si Fahri membalas surat Nurul untuk membina semula kekuatan Nurul yang agak goyah selepaz cintanya d tolak. Dan aku terus menunggu2 berita tentang Maria, yang akhir sekali wataknya d masukkan selepas semasa dia bersama adiknya menziarahi kediaman baru Fahri dan Aisha. Aku rasa aku mengkagumi watak Maria kerana pengarang berjaya mengeluarkan faktor-faktor yang amat menarik tentang Maria. Maria jadi aper yerk lepas ni... kita sambung lagi.. byee...


Monday, November 10, 2008

10-11-2008 21:33 ISNIN

Hari ni aku ambik cuti, pening and rasa bosan. Taktau nak buat apa. Aku edit satu blog aku yg lama, wordpress. Aku rasa dah bosan pulak ngan blogspot nih. takleh maju aku rasa. tengok wordpress best jugak. kita tak payah nak teruk2 edit macam2. semua sudah d sediakan. kita juz follow instruction jer. Siap boleh buat background sendiri. Tapi lom siap agi. Aku tengah peringkat percubaan. Tungggu seminggu dua lagi. Aku nak buat tema apa pon taktau agi blog tu. juz tengok2 dulu. Ingat2 nak join venture ngan seseorang blog tu. Tapi blom tau lagi ngan sapa. Tunggu...

Tengah syok2 aku melepak tengok ulangan AF3 konsert first terdengar deringan telefon Nokiaku. Owh! no sapa la pulak ni. 03- something.. no cam area bangsar. Owh.. nih mesti Naza nyer org. sbb seminggu lepas aku der oder kereta. Maybe diorg nak tanya aku pasal dokumen2 yg aku hantar. mmm.. betul dugaanku. Siap namer penuh diorang tanyakan aku. No telefon rumahla, no telefon ofis la.. n macam2 lagi.. nak kompomkan kater diorg sebelom submit loan aku. mmm harap2 approvela.. tapi kalo tak approve pon aku nak wat camner. Aku try kat tempat lain lak kan..

Tiba2 perut aku rasa nak makan nasik pulak. Adus.. perasaan ..perasaan.. macam2 rasa kalo tak buat apa tuh.. Aku bukak periuk ambik pinggan n bukak tudung lauk. Mmmm der ayam masak lemak.. rezeki2. hehe lauk smalamz pon smalamz lah.. aku panazkan dan mkn smbil ngadap beberapa mesej friendster dari beberapa orang teman. Ader lagi hari ni member yg mintak approvekan untuk view aku punya private photo. Kali ni member aku kat johor. Syah namer dia. Nak approve ker tanak hah... ish biar dlu lah.. bukan untung apa apa pon klo dapat nengok pict2 tak hensem aku.. aduss.. aku ingat cuma der 4 orang jew yg dapat view akunyer private tu. Tupon sedare2 terdekat yg selalu nengok aku. Orang lain.. bertaur panjang oo nak view.. tapi buat dek jer. Bukan tanak tunjuk, tapi segan la.. Tak hensem. hehe Dah setahun lebih dah aku main friendster tu. member pon dah ader dekat2 2000 org dah. Tapi sekeping gambar aku pon tak aku public kan.. sebab aku nih mmg tak ske muker aku d peratontonkan. hehe

Malamku solat Meghrib, Isyak pastuh aku buat qadzo meghrib isyak smalamz. Mlm tadi betui2 aku letih, pas smayang asar aku bantai tido smpai kui enam pagi. Segar raser pagi tadi. Apa lagi bangun ja.. aku on suiz komputer. Ngadap blog ni japs. pastuh solart subuh n kuar anta anak skoll. hehe pastuh beli sarapan. Nasik berlauk ayam ngan nasik kerabu. Sedap gak pagi2 makan makanan berat2 nih.. kenyang...alhamdulillah...

Ops, aku der kejer sikit nih, nak kuar japs.. nak p beli beraz. Beras dah abih.. hehe beginilah rutin hidup yang sementara ni. kais pagi makan pagi kais petang makan malam.. So aku rasa cukop dulu untuk waktu ni. Jam pon menunjukkan dah kui 9.32 minit malam. Aku nak kuar japs.

Baiiii........

Hidayah Untuk Si Pencari Hidayah


Amira Mayorga, lahir dari keluarga Kristen Protestan yang taat. Kakek dan neneknya seorang pastor, sementara Amira sendiri mengajar sekolah minggu untuk anak-anak. Doktrin Trinitas begitu melekat dalam kehidupan keseharian Amira.

Tak heran kalau Amira agak sulit menerima informasi tentang ajaran Islam, ketika ia bertemu dengan teman-temannya yang Muslim dan berdiskusi tentang Islam, saat ia berkesempatan berkunjung ke Washington DC empat tahun yang lalu.

Ketika itu kata Amira, teman-teman Muslimnya selalu berkata, "Saya tidak memaksa kamu untuk menjadi seorang Muslim, saya hanya menjelaskan tentang Islam." Amira sendiri tidak terlalu menaruh perhatian pada penjelasan teman-teman Muslimnya tentang Islam, Amira bahkan berpikir bahwa teman-teman Muslimnya-lah yang salah dan ia tetap menganut agamanya, Kristen Protestan.

Suatu ketika, saat berkunjung ke Guatemala, Amira bertemu dengan seseorang asal Aljazair lewat forum chatting di internet. Keduanya kemudian menjadi sahabat baik dan banyak berdiskusi tentang Islam, terutama tentang konsep ketuhanan dalam ajaran Kristen.

Amira mengakui, ia kehabisan argumen untuk mendukung konsep ketuhanan dalam Kristen. Dan itu mendorongnya menjelajahi dunia maya guna menggali banyak informasi tentang ajaran Islam.

"Saya banyak membaca tentang keindahan Islam dan mulai menyadari bahwa Yesus tidak pernah menyuruh umatnya untuk menyembah dirinya, tapi Yesus menyerukan umatnya untuk menyembah Tuhan yang Esa.

Amira makin tertarik dengan Islam dan pada Ramadhan, ia mulai ikut berpuasa meski puasanya masih belum sempurna.

Selanjutnya, Amira banyak mengikuti kelompok-kelompok diskusi Islam di internet, mulai dari kelompok milis Amr Diab (nama seorang penyanyi asal Mesir) sampai kelompok Allah Alone. Dari dunia maya, Amira banyak bertemu Muslim dari berbagai negara, yang menjadi tempatnya untuk bertanya segala hal tentang Islam.

Amira mulai memilih nama Muslim yang akan digunakannya, tapi ia belum berani untuk mengucap syahadat. Alasannya, sebagai seorang keturunan latin Amerika, ia belum bisa meninggalkan tradisi masyarakat Latin yang tidak jauh dari pesta, minuman beralkohol dan dansa-dansi.

Amira mulai membaca al-Quran yang dibelinya. Suatu saat ketika minum kopi bersama seorang temannya, Amira mengatakan bahwa ia merasakan kedamaian mengikuti "filosofi" yang ada dalam ajaran Islam dan mengungkapkan keinginannya untuk masuk Islam. Tapi teman baiknya malah menjawab, " You are crazy."

Namun Amira tetap mempelajari Islam. Hingga suatu malam ia mimpi aneh. Dalam mimpi itu, Amira dan sahabatnya tadi berada dalam sebuah gedung yang sangat luas dan ia duduk di lantai yang sangat tinggi. Di hadapannya ada seberkas sinar yang menembus kaca jendela, dan Amira mengajak sahabatnya untuk keluar dan melihat sinar apakah itu. Sahabatnya takut, namun Amira terus membujuknya.

Sahabat Amira itu akhirnya mau keluar dan mereka menyaksikan sebuah kota yang kosong, gedung-gedung di kota itu nampak tua dan kotor. Keduanya lalu melihat seorang laki-laki datang dengan membawa cemeti. Amira dan temannya ketakutan dan pada saat itu, laki-laki dalam mimpi Amira berkata,"Kamu mengatakan bahwa kamu sudah mengetahui kebenaran, mintalah pertolongan pada Tuhan-mu dari semua ini."

Sebelum sempat menjawab, Amira terbangun dari tidurnya dan merasa tubuhnya sangat lemah, ia bahkan merasa lumpuh dan tak bisa bergerak sedikitpun. Ia menceritakan mimpinya pada salah seorang sahabat Muslimnya. Sahabatnya itu menyarakan agar Amira segera masuk Islam. Teman Amira lainnya yang beragama Katolik menganggap Amira sedang bingung dan menyarankannya untuk meminta pertolongan "Tuhan" (Yesus) untuk menemukan kedamaian
Amira masih belum tergerak hatinya untuk memeluk Islam dan kembali melakukan riset di internet tentang Islam dan bertemu dengan seorang Muslimah bernama Dina Stova yang mengirimkannya email-ermail tentang Islam. Amira masih juga mencari-cari alasan ketika Dina menanyakan mengapa ia belum juga mengucap syahadat, hingga sahabatnya itu mengatakan, "Islam adalah agama yang mengajarkan toleransi, cobalah setahap demi setahap."


Mendengar perkataan Dina, Amira akhirnya menyatakan ingin masuk Islam dan langsung mengucapkan dua kalimat syahadat. "Setelah mengucapkan kalimat syahadat, tiba-tiba saja saya merasakan kedamaian itu. Kedamaian hati yang selama ini saya cari dalam hidup saya. Rasanya sudah jelas, jawabannya adalah Islam. Sekarang dan selamanya, saya adalah seorang Muslimah," tukas Amira.

Namun Amira harus menghadapi tantangan berat dari keluarganya. Saudara laki-lakinya, sempat setahun tidak mengajaknya bicara setelah tahu ia memeluk Islam. Tapi Allah Maha Besar, pada 16 Oktober 2007 saudara laki-lakinya itu malah ikut masuk Islam dan mengucap dua kalimat syahadat.

Saat ini, Amira terus melakukan pendekatan pada keluarganya, agar seluruh keluarganya juga mau masuk Islam dan menerima pesan-pesan Islam yang disampaikannya. Sebuah perjuangan yang tidak ringan bagi seorang mualaf seperti Amira.

Konsep Manusia di 3 Hari (Semalamz, Hari ini dan juga Esok)

Semalamz, Hari ahad dan suatu hari yang amat resah.. namun relex. Aku banyak membincangkan soal2 Ushuluddin sejak duamenjak nih. Ntahla, kenapa aku pon tak mengerti. Yang aku tau aku baru dapat balik buku Ushuluddin yang baru di kedai buku di mesjid Sri Petaling. Dulu aku dah ada buku ni, tapi dah bagi kat member.

Kitab Ushuluddin karya Prof. Muhsin qiraati keluaran cahaya ini mengisarkan masalah2 ketauhidan. Ianya banyak berkisarkan tentang pertanyaan2 yang selama ini terlintas dalam benak fikiran tentang makna ketuhanan, kenabian, keadilan, dan hari akhir.

Apabila kita pernah berbicara dengan fikiran kita, dalam hati, atau dalam percakapan dengan orang lain tentang persoalan ushuluddin, maka persoalan2 tentang 5 perkara asas inilah yang menjadi titik mula untuk seorang manusia beragama. Segala seluk beluk keagamaan di dalam bab akhidah perlu kita pelajari bagi setiap orang yg mengaku beragama. Ia peringkat tertinggi sebelom kita mempelajari syariat2 serta hakikat2 fiqh.

Ini dapat kita ketahui untuk apa kita beragama dan benarkah Allah itu yang menciptakan segala-galanya. Dan Apakah kepatuhan dan sembah kita pada Allah itu suatu kewajipan. Inilah Hakikatnya beragama.

Ketika di tengah malam buta, rumah anda tiba2 diketuk seseorang yang belum anda kenal betul dan tidak dapat terlihat secara jelas, tentu anda tidak akan segera membuka pintu.

Ketika tidak mengetahui bagaimana cuaca kota yang akan kita tuju, pasti kita tidak akan mengetahui jenis pakaian apa yang harus di bawa. Pabila kita tidak mengetahui apakah undangan yang ditujukan untuk kita berupa undangan dukacita atau pernikahan, jelas kita tidak akan bisa memutuskan pakaian macam manakah yang mesti kita kenakan.

Dengan demikian, agar tugas-tugas yang akan dilaksanakan menjadi jelas, kita terlebih dahulu harus memiliki pandangan serta pengenalan yang jelas terhadapnya. Kerana itu, akidah, bentuk pemikiran, serta pengenalan (yg keseluruhannya bisa diistilahkan dengan "pandangan dunia") yg ada pada diri kita akan berpengaruh terhadap seluruh perilaku serta pilihan2 kita.

Untuk menguatkan lagi ketauhidan kita, amalan sehari2 perlu d perkukuhkan dan sentiasa kita perbincangkan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Aku bagaikan seorang budak kecil yg begitu dahagakan secangkir ilmu sentiasa memburu untuk sesuatu. Dan dengan keimanan yang lemah kadang2 kita boleh terlalai dan melakukan sesuatu yg boleh mengsyirikkan Dia.

Perjalanan hari ini, semalamz dan hari2 yang berikutnya bagaikan satu kurniaan dan nikmat yang Allah berikan pada kita jika dihayati. Perjalanan ini begitu mengasyikkan dan jika kita lalai kita akan teruz terbuai oleh sesuatu yg sentiasa merasuki kita. Kerna itulah keinsafan dan muhasabah diri perlu ada bagi setiap yang bernafaz. rasakan sesuatu di mana asalnya penciptaan kita, untuk apa kita dilahirkan dan apakah kita berhak menjalani kehidupan ini dengan tiada bimbingan?

Aku perlu meneruzkan hidup ini. Hidup yang akan memberi peluang untukku menempuhi pelbagai perjalanan. Yang akan dihisab setiap perbuatanku. Dan untuk hidup yang lebih indah di sini dan di sana, aku perlu mencari sesuatu yang paling bermunafaat untuk berada di sisi-Nya.

Ya Ilahi...Bagaimana aku meminta kepada-Mu sedangkan aku adalah aku (bnyk kekurangan), dan bagaimana aku memutuskan harapanku kepada-Mu sedangkan engkau adalah Engkau (Allah yg baik), wahai Tuhanku, belum lagi aku minta pada-Mu Engkau telah berikan, siapakah yang aku minta (selain Allah) yang akan mengabulkanku. Wahai Tuhanku aku merengek kepada-Mu maka Engkau menyayangiku, siapakah jika aku merengek (selain Allah) yang akan menyayangiku. Wahai Tuhanku sebagaimana Engkau telah membelah laut untuk Musa as. dan Engkau selamatkan dia. Aku meminta kepada-Mu curahkanlah selawat atas Muhammad dan keluarganya agar kau menyelamatkan aku dari derita dan Kau bebaskan dari aku derita itu secepat-cepatnya tidak diperlambat dengan kurnia-Mu dan rahmat-Mu wahai penyayang di antara yang penyayang.

Sunday, November 9, 2008

3 Kalimat


Rindukan sesuatu untuk sebuah syafaat yang berombak tenang, biru, nyaman dan sukar untuk d tafsirkan. Lambaian nyiur merentangi sisir pantai bagai menjerumuz diriku kedalam suatu jurang yang amat tajam, apakah ini jurang takdir? Tidak, takdir itu boleh d rubah dengan berdoa dan bersedekah. Dan jika ketentuan memang d ciptakan apakah kita mesti rindukan sesuatu yang amat mudah untuk d hadapi, sesungguhnya epiloq2 cintakan mimbar adalah epiloq2 ciptaan akalnya yang merangsang sesuatu yg akan berombakan pada setitiz hening.. layarilah.. untuk kata2 pujangga yg akan memberi syafaat d al kautsar.-pakoz

Semalamz hari ini dan juga esok


Impian bukan beerti harus berirama seiring dengan apa yg kita impikan. Namun berusaha ke arah impian itu adalah sesuatu yg agak maniz dan penuh nikmat jika d layari. Kehidupn biasanya ada bermacam-macam percaturan untuk masa depan dan hari ini. Semalamz adalah suatu kenangan dan dlm kenangan tersebut beribu muhasabah diri dan pelbagai idea boleh d cetuzkan untuk teruz melayari impian2 yg baru. Adakala kisah hidup ini d bukukan, d coretkan atau d rakamkan dengan baik bagi yg menilai dan mencari hakikatnya diri sendiri.


Keluhuran impian adalah suatu pertanyaan yg bisa terjawabkn ketika impian2 kita tercapais seperti yg d harapkan. Kita mampu tersenyum untuk sesuatu yg kita impikan tersebut. Namun kegagalan juga adalah suatu kemanisan. Kerna kita berjaya melalui pengalaman2 d dalam kegagalan tersebut. Itulah untaian nikmat kehidupan. Dan jangan terlalu bergembira dengan apa yg telah d anugerahklan dalam impian kita kerna pasti impian2 itu tidak akan kekal lama seperti yg sebenarnya lamunan perjalanan seorang musafir yg dapat singgah sebentar d sebuah gerai yg menghidangi banyaknya air2 yg begitu segar untuk tekak yg sedang kehausan. Namun setelah perjalanan bermula kembali semua itu menjadi kenangan dan harus memulakan impian yang baru.


Bergema pada suatu impian itu amatlah berperasaan. Tidak kira ia sedih atau gembira , ia adalah impian yg telah kita lalui. Hanya nilaian mata hati yang akan menentukan impian seteruznya. Apakah kita ingin teruz mengejar impian2 yg kita targetkan atau kita akan melayari impian yg telah kita kecapi. Atau kita tidak mahu bermimpi lagi. Itulah gejolak jiwa dan pemikiran untuk seseorang yang amseh d pinjamkan nafaznya. Pasti tidak dapat lari dan ia akan terhenti jika kita berhenti membuat pelbagai spekulasi untuk diri kita.


Satukan jiwa dalam pelbagai impian dan juruzkan pada sesuatu yg bermunafaat untuk diri. dan seteruznya dakapkan apa yg kita tidak terdakapkan kerna ia adalah suatu impian yg besar dan hebat!

Saturday, November 8, 2008

Satu Hari

Pagi ini aku merasakan sesuatu keresahan yg melanda. Perasaan ini agak berbaur sejak semalamz namun goncangan jiwa ini lebih parah pada hari ini. Sesuatu yg agak sesak dan tidak mententeramkan bagai ketidakpuasan hati, resah, sensitif dan aku lebih banyak berbicara yang agak penting-penting sahaja. Suasana pagi d jalan-jalan d sekitar petaling jaya menuju ke shah alam ku rasakan cepat berlalu. Pantas tanpa menunggu sesiapa pon.

Begitu juga aku fikirkan tentang kehidupan yang semakin pendek dan cepat masa berlalu. Jika baru dua minggu lepaz saja aku balik kampung, tup tup, harini dah hari sabtu n esok ahad, 3 hari lepaz ni balik kg lagi. cepat aku rasakan masa yang tiba. Perjalanan dari satu waktu ke satu waktu solat, bangun pagi subuh, pergi kerja dalam beberapa ketika dah masuk zuhur kemudian asar,makan minum borak dah masuk meghrib dan Isya'. Rehat kejap Tidur besok mulakan lagi hidup.

Sebenarnya semua umat manusia menunggu datangnya ajal. semua orang pon tak tahu bila ajal mereka akan sampai. Kalau kita perhatikan setiap hari berpuloh atau beratus ribu kematian d seluruh dunia yang kita saksikan. Apakah kita sudah bersedia untuk pulang ke sebuah rumah yang sememangnya asalnya muasal kita?

Jiwa yang bersih, baik perlu untuk sebuah masa yang bermunafaat. Di dalam kitab cerminan Hidayah pesan seorang ayah kepada anaknya, ada satu kisah yang amat menarik perhatianku. Di mana seseorang yang telah Allah masukkan ke dalam syurga masih menangisi kedudukannya di syurga tersebut. Mengapa? sedangkan Allah telah memasukkan ke dalam tempat yang Allah janjikan. Rupanya masih ada lagi ruang2 masa yang masih kita sisakan dengan tidak mengingati Allah Sang Maha pencipta. Dan sesuai dengan ibadah dan amalan kita kita hanya layak berada di suatu temapt (syurga Allah) hanya pada peringkat biasa. Masih ada lagi syurga2 yang indah d maqam yang tertinggi sesuai dengan setiap tingkatan Al-Furqannya kita.

Sebenarnya syurga dan Neraka ini adalah pembalasan yang Allah telah janjikan pada semua para hambanya. Tidak kira baik atau buruk sebesar zahrah pon akan di nilai oleh-Nya. Yang paling utama ibadah kesyukuran para Nabi dan para solihin bukanlah syurga tersebut , namun di sisi Allah. Itu adalah sebaik tempat.

Jam menunjukkan lagi 15 minit pukul 2 petang. Keresahan pada jiwaku tidak reda. Aku perlu pergi menunaikan kewajipanku pada Dia. InsyaAllah pengisian jiwa dengan kalimat2 yang sempurna pasti merubat dan menyucikan erosinya manusia. selamilah sedikit demi sedikit Mukjizat Nabi saww ini. dan patuhilah syariat2 yg telah d tetapkan pasti terubat cinta anda yang inginkan sesuatu cinta yg kekal. Cintakan sang Maha pencinta.

Salam sejahtera untuk yg mengharunmgi secangkir ujian2 duniawi. Moga setiap munafaat itu menjadi kebaikan untuk kita semua dan jalani kehidupan denagn penuh kesyukuran.

Alhamdulillah... (///_^)

Friday, November 7, 2008

Nukilan Resah 15:35


Perjanjian adalah suatu manupulasi yang perlu d kotakan pada secangkir kehidupan yang sementara ini. Bisakah Hidup dengan tidak mengerti maksud sesuatu itu? Bisa, namun keluhuran jiwa pasti tidakkan tenteram selagi amarah erosi tidak berbaur keinsafan dan selagi nafaz yg d pinjamkan mengutarakan sejuta amalan2 yg memosongkan. Keluhuran Duniawi adalah singkapan makna-makna zaher bagi yg membukakan dua mata sahaja. Namun jika d singkapkan sesuatu itu pasti kehinaan tak terjawab dan fillosof diri akan menjadi semakin kecil dan teruz kotor dalam merentangi keajaiban sesuatu. Simpulkan sesuatu demi suatu amanat yang sama.. yeargghh...

Asrar Haura

Bila Al Quran Mula Bersuara Waktu engkau masih kanak-kanak............. kau laksana kawan sejatiku Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang Aku,kau junjung dan kau pelajari Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari Setelah selesai engkau menciumku mesra Sekarang engkau telah dewasa.............. Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku... Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji....... Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu. Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian. Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman. Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau..... Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan... Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah). Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu Mengasyikkan. Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku......... E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV. Menonton siaran telivisyen Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah Waktupun cepat berlalu......... Aku semakin kusam dalam laci-laci mu Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali Itupun hanya beberapa lembar dariku. Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku Atau waktu kematian saudara atau taulan mu Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu? Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu... Setiap saat berlalu... Dan akhirnya..... kubur yang setia menunggu mu........... Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati... Di kuburmu nanti.... Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan. Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat. Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu. Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari. Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci. Yang berasal dari Allah Azzawajalla Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu....... Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu. Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu. Sentuhilah Aku kembali... Baca dan pelajari lagi Aku.... Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil Di surau kecil kampungmu yang damai Jangan aku engkau biarkan aku sendiri.... Dalam bisu dan sepi....

Bermula Keadilan

Kerna terpaksa aku melangkah pergi. Itulah ungkapan yang kadang-kadang mengisyaratkan suatu ceritera manusia pada sesuatu kisah atau epiloq yang berbaur pasrah. Dalam menghadapi dunia yang makin mengelirukan, kadang2 manusia akan membuat keputusan yang drastik tanpa memandang risiko2 yang bakal terjadi. Untuk berapa lama ia akan terjadi adalah sukar ditafsirkan oleh para hamba yang dilahirkan.

Kebaikan itu datangnya dari Tuhan, dan jika kebaikan yang selalu kita impikan dan keburukan juga kita ingin hindari pasti Dia akan mengutuzkan sesuatu ilham untuk kita mencari kebaikan tersebut.

Aku terbaca d dalam satu buku yangmana tahap kebaikan manusia itu ada pasang surutnya. Tapi apabila kita inginkan sesuatu yang berlaku setiap hari adalah kebaikan dan bila terjadinya benda-benda yang agak tidak elok, kita pon bersedih. Dan d dalam alkuran kita sering dengar perkataan alfurqan. D dalam buku tersebut jika darjat kebaikan kita d angkat kita akan sampai ke tahap ini (alfurqan). Iaitu Tuhan akan menghindari kita dari melakukan kejahatan, dan sentiasa akan memelihara kita. Inilah darjatnya yg tinggi. Darjatnya para Nabi dan para solihin. Takmaukah wahai teman2?

Ungkapan kerna terpaksa aku melangkah juga boleh d sabitkan dengan kematian. terpaksakah kita? Apakah kita tidak rindukan sebuah pertemuan dengan Sang Pencipta? Apakah kita sudah lupa perjanjian d antara manusia dan Tuhan d Luh Mahfuz? Siti Fathimah az Zahro, belahan jiwa Rasulullah begitu merindukan Allah dan RasulNya. Setelah wafatnya Ayahanda beliau, 6 Bulan selepaz itu beliau juga telah d jemput oleh Allah untuk berada d samping Kekasih Allah ini Nabi junjungan kita. Walaupon sedih pilu untuk meninggalkan pemuka pemuda syurga Al Hassan dan Al Hussayn ketika itu yang masih kecil, namun beliau redzo. Inilah kejadian alam yang amat menyayat hati. Bukan terpaksa tetapi redzo kerna tempat manusia itu pasti d sana. Kita sedang berada d ataz sebuah jalan yg menuju ke rumah kita yang sebenarnya. Inilah Hakikatnya.

Kerna terpaksa aku melangkah juga memberikan gambaran yang begitu optimiz dengan perjalanan rutin manusia membuat suatu keputusan yang sukar. Tapi itu adalah suatu kebaikan jika kita renung2kan sebenarnya. Metafora spiritual ini menjadi suatu keputusan dengan secangkir fikiran atau ungkapan terburu-buru kerna suatu permasaalahan. Jika tiada ini manusia tidak akan berbuat demikian. Malahan kita akan terus merasakan sesuatu yang sedang d alami ini membahagiakan atau menyedihkan. Namun setelah melangkah menuju ke suatu arah kita akan dapat melihat situasi ini dari pelbagai sudut dan menjadikan ianya suatu pengalaman.

Salamz kemaafan untuk semua.

Thursday, November 6, 2008

Kedamaian

SUARA HATI


Umpama Ungkapan Yg terlebar melangkah teruz merasakan amarahnya suatu perjalanan,

Biar keredupan memesongkan sejuta impian,

Namun bertaut pada sesuatu yg mungkar pasti parah dan bersengketa

Tabahkan Hati untuk sesuatu yg pasti beroleh ketenangan..

Biar berombak lesu namun kayuhan sedetik demi sedetik takkan berungkap luka,


Silangka berbias cinta untuk para hamba yg inginkan sesuatu yg logika

Membelai dan membuah selagi hembusan nafaz yg berbingkai menguasai

Namun untuk suatu detik yg d gagahi tetap akan beroleh siulan..

rasakan alkali secangkir cahaya untuk pencari kebaikan...

teruzkan hayunan itu...

Tuesday, October 28, 2008

'LAW OF LONDON'

Pemandangan yg agak aneh bila ku lihat ada manusia2 yg langsung tidak mengendahkan syariat Tuhan. Apa mungkin mereka tidak mahu tahu atau mereka tidak tahu? Bila kita fikirkan setiap perbuatan kita apakah sudah d tentukan atau kita yang berfikir untuk sesuatu perkara tersebut.

Baru-baru ini aku bertanyakan seorg teman tentang manusia dan kehidupan. Pertanyaan ini muncul apabila ketika kami sedang minum d sebuah restoren dekat dengan pejabat kami lalu seorang pemuda yang amat kemas serta agak tampan. Pemuda tersebut nampak macam orang normal tetapi ada seorang dua rakan-rakanku yang pernah melihat dia bercakap seorang diri. Kami membincangkan hal pemuda ini, kenapa dia boleh jadi begini dan apakah sebab utamanya? Rakanku yg seorang ini menyatakan mungkin pemuda tersebut mengalami tekanan jiwa d ataz terputuznya hubungan dengan teman perempuannya. Boleh jadi itulah penyebab utama sehingga pemuda tersebut menjadi begitu. Dan aku dan seorang temanku yg lagi seorang mengiyakan pendapatnya. Mungkin kerana usia pemuda tersebut terlalu muda untuk bercakap seorg diri maka kami pon bersetuju dengan idea tersebut kerana muda-mudi zaman sekarang macam-macam kejadian di luar jangkaan kita yang boleh mereka lakukan. Dan aku menambah mungkin pemuda tersebut menciptakan dirinya seperti itu di luar jangkaannya. Kunun-kunun macam cerita 'Mohabbatein' la.. Datuk Shah Rukh Khan erk! dapat ker Shah Rukh Khan tu datuk? hehe yang boleh bercakap ngan 'aweknyew' dalam alam bayangan. haha (pengaruh TV).

Temanku yang tadi mulai berbicara tentang otak manusia yang telah dia baca dalam satu buku. Katanya manusia mempunyai dua otak. satu otak adalah untuk memberikan idea-idea untuk satu kotak otak lagi yg lebih kecil tetapi otak inilah yang akan membuat kepututusan jika terjadi sesuatu perkara. Tugaz otak kecil ini amat penting katanya. Jika otak yang pertama tadi memberikan maklumat-maklumat yang tidak jelas, maka otak yang utama ini akan berfikir sejenak untuk menimbang semula idea-idea dari otak yang pertama tadi.

Katanya lagi, kadangkala otak yang utama ini akan membuat keputusan yang tiba-tiba. Contohnya jika kita sedang menonton televisyen di rumah katanya, tiba-tiba anak kita berdiri d hadapan TV. Untuk pertama kalinya otak yang pertama tadi akan memberikan idea supaya menyuruh anak kita tadi pergi tepi sikit. Dan anak kita masih lagi tidak beranjak dari depan TV tersebut, kita masih lagi menyuruhnya untuk beredar kerana kita mahu menonton. Tetapi untuk ketiga kalinya otak yang utama tadi akan terus membuat keputusan dengan cepat tanpa mempertimbangkan idea-idea dari otak pertama tadi dan mengambil rotan atau apa sahaja yang sempat dan akan cuba menghalang anak kita tadi dari terus berdiri di depan TV. Dan setelah beberapa minit berlalu selepas kita merotan anak kita contohnya, kita akan mula merasa menyesal dan mula mempertimbangkan apa yang telah kita lakukan. Katanya lagi untuk mengatasi masalah otak kedua berfikir secara tidak normal kita bolehlah mengira satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan hingga sepuluh jika terjadi situasi otak pertama lambat berfikir untuk proses memperlahankan otak kedua membuat keputusan yang melulu. Ia makan mengalami proses untuk bertindak. Dan idea ini juga perlu selalu di praktikkan jika terjadi perkara seperti ini tambahnya lagi. Aku berfikir sejenak, "boleh pakai jugak idea nih..hehe".

Ini juga sering terjadi apabila kita sedang memandu kenderaan. Dengan tak semena-mena sebiji kenderaan dengan tergesa-gesa memotong dengan bahaya di hadapan kita. Tiba-tiba perasaan kita akan terus marah dan tidak puas hati. Ini juga di sebabkan otak kita yang utama itu yang telah membuat keputusan yang tergesa-gesa tanpa memikirkannya terlebih dahulu.Dan kalau lebih teruk lagi kita akan cuba mengejar kenderaan yang memotong kita tadi dan terjadilah 'KL Drift' versi live kat jalan raya. silap-silap kita yg 'drift' jatuh longkang. haha baru padan muker..

Kembali pada awal perbicaraan ini tadi, manusia akan menciptakan dunianya yang tersendiri. Jika dia berminat tentang dunia perniagaan contohnya, dia akan menciptakan apa sahaja yang akan meningkatkan perniagaannya. Contohnya mereka akan mengambil kursus-kursus tentang perniagaan, tentang kereta apa yang ahli perniagaan pakai serta tak kurang juga dengan media masa, mereka akan cari apa-apa sahaja radio atau televisyen yang bersangkutan dengan bidang yang mereka 'create' kan tersebut. Malahan golongan 'businessman' ini akan lakukan 'apa sahaja' demi kejayaan dalam bidang yang mereka masuki ini. Bagi yang menceburi bidang nyanyian ataupon lebih tepat lagi hiburan, dunia mereka akan berubah 100% dari segi gaya penampilan, lifestyle serta apa sahaja berkenaan dengan hiburan, mereka akan mendapatkan segala maklumat. Ada yang boleh membuat announcement kat media2 yang mengtakan mereka tak biasa bangun pagi, ada juga yang terlibat dengan gejala dadah dan tidak segan silu memberitahu dunia inilah kehidupan seorang artis yang terpaksa mereka hadapi demi mencari sesuap nasi. alhamdulillah katanya kalau ada menang anugerah apa-apa di pertandingan-pertandingan yang di anjurkan. Perkataan Alhamdulillah tu bagus dah, tapi tak kena tempat kot.. "Bang Mawi, Kenduri jgn gempak sangat, nanti verai pon gempak gak.." aduss.. nilah kehidupan yang telah di cetuskan untuk golongan ini. adush...

Tidak kurang juga para ahli agama, ada yang ingin menjadi tahfidz, ada yang ingin menjadi ulamak serta pelbagai perkara lain lagi yang bersangkutan dengan apa yang mereka ciptakan untuk diri mereka sendiri. Tapi untuk idea menjadi ahli agama ini baguz sebenarnya. Kerna ada hadis yang pernah mengatakan 'tuntutlah ilmu sampai ke negeri China'. Dan ada hadis yang lain mengatakan ' Tuntulah ilmu sejak dari buaian sampailah ke liang lahad!'. Apakah Nabi menyuruh kita menuntut ilmu-ilmu 'LAW OF LONDON?'

Persoalannya sekarang ini, jeniz kehidupan yang bagaimanakah yang sebenar2nya yang ingin kita tetapkan untuk diri kita? Apakah dengan pelajaran dan juga ilmu-ilmu yang kita tuntut itu mendapat tempat di sisi Sang Pencipta?

Inilah sebenar-benar kehidupan. Inginkan sesuatu di sisi Allah. Jika kita belajar di London contohnya 'LAW OF LONDON'. Law of London lagi, (hehe) kemudian bila kita selesai belajar dan dapat menjadi peguam lima enam tahun kemudian kita dijemput oleh-Nya pulang ke Rahmatullah. bagaimana ya? Apakah tidak rugi atas apa yang telah kita pelajari itu?. Mungkin kita dapat mempertingkat ekonomi keluarga kita dengan menjadi peguam contohnya. Ya, ini baik. Keluarga kita dapat hidup senang dan tidak akan meminta-minta terhadap orang lain. Bagus, tetapi apakah dengan ilmu nya 'London' ini kita dapat meninggalkan 3 perkara yang telah d sabdakan oleh Nabi? pertama, Anak-anak yang soleh, kedua, sedekah jariah dan yang ketiga ilmu yang di munafaatkan. Kerna jika ini sabda Nabi saww, ia adalah yang terpenting dan tidak ada perkara lain lagi yang sepenting ini untuk para umat Baginda. Jika boleh, Alhamdulillah dan syabas saya ucapkan. Anda beroleh ketenangan di dunia dan akhirat. Inilah sebaik2 ketenangan.

Manusia tetap akan menciptakan sesuatu untuk dirinya. Jika hal yang di ciptakan yang pertama tidak berlaku, kita akan terus menciptakan apa sahaja untuk kepuasan naluri kita. Dan dengan ilmu-ilmu yang bermunafaatlah kita dapat menciptakan dunia kita dengan penuh kebaikan di samping bersedekah dan berdoa kerna bersedekah dan berdoa pasti akan merubah takdir hidup kita. Inilah kata kunci yang amat besar dan dalam maknanya untuk seorang yang telah di ciptakan oleh Tuannya untuk para hamba.

Menyingkap denai-denai dalam unggun yang berbaur terik,
Berjalan d antara pondok ke pondok renyai,
Apakah tersingkap akan makna dan hakikat lembayung angin yang berhembuz,
tanpa perlu di singkap?

Larian anak-anak yang menuju ke suatu busur yang terarah,
meluaskan secebis kain puteh untuk d loretkan warna-warna pada,
suatu Troly yang bergeser d antara hijau dan jingga..
Manakah janji - janji sblom angin itu d hembuzkan pada suatu kalimat?

Berlarilah mengejarnya kembali untuk sekuntum bunga yang bercahaya,
Bunga yg telah melahirkan keselamatan untuk anak-anak dunia berleretan menuju
ke arah suatu padang yang amat indah jika d singkap makna2 duniawi...

(BUNGA NARGIS)

Saturday, October 25, 2008

Faisal Tehrani

Apa sudah jadi? Blog faisal Tehrani telah d remove oleh pihak Blogger. Blog beliau adalah antara yang terpopular kerana ramai pengikut setia Blog ini. Camner yerk.. Hasil kerja sejak dari 2005 Faisal terbuang sia-sia. Pemenang anugerah sasterawan negara 2006 ni akan 'come back' dont' worry be happy."Buat web lain plak, pakai wordpress plak brader". Mesti ada sebab kenapa pihak Blogger 'meremove' kan blog beliau. kita nak tau sebabkan. Manalah tahu ada tata susila yang tidak tertib telah d langgar oleh pihak FT (Faisal Tehrani).Kadangkala dalam keasyikan berkarya kita tidak sedar akan menyinggung sesetengah pihak. Tapi apakah kesinggungan itu begitu penting dari luahan2 rasa anak2 malaysia yang begitu berbakat dan geniuz ini?. dari siapakah setiap kebaikan itu?

Cobaan dan dugaan ini amat berat bagi FT. Moga beliau tabah dalam setiap ujian-ujian yg telah d uji pada beliau. berpeganglah pada satu hadis Nabi saww." Jangan sangkakan kamu seorg yang beriman sebelum d datangi ujian-ujian." Kerna dada-dada yang telah d uji keimanannya sahajalah yang dapat menerima rahmad serta jalan-jalan yang telah d janjikan oleh-Nya. Urusan Allah ini amat sulit dan d persulitkan oleh Allah untuk para hamba merenung dan berfikir setiap anugerah dan kurniaan utk suatu nikmat yang kekal. Sebenar-benar nikmat.

Harapan kami dari sahabat-sahabatmu FT, jangan berputuz asa dan teruzkan perjuangan d dalam menyampaikan apa yang d ilhamkan oleh Allah untuk suatu kebaikan. Perjalanan menuju suatu makrifat ini adalah sesuatu yang bisa d pamerkan dgn ilmu2 yang berguna. Bukankah Rasul pernah bersabda," manusia mati meninggalkan 3 perkara, anak-anak yang soleh, sedeqah jariah dan juga ilmu yang bermunafaat." Yah! tinggalkan semua ini tiada yang lain sebaik ini untuk renungan semua umat Baginda saww. Dan sesungguhnya setiap perkara tidak kira baik atau burok itu pasti akan d balaz. Sesungguhnya janji Allah untuk semua para hamba. salamz sejahtera untuk semua.



Friday, October 24, 2008

Merekakah itu?


Kenangan Dalam Suara Kerikil

Mengalunkan Dedaun Lembut Menderu

Melagukan Sesuatu Ungkapan Dalam Sirna Rahsia

Apa mungkin bersujud menyembah bumi tidak terpandangkan sesuatu?

Bibit tali-tali d antara langit dan bumi terus di saksi,

hanya dada-dada yang memeluhkan keringat yang pasti akan jalan-jalan ini.

Untuk setiap posisi memberi hujah-hujah berdiri

Saksikanlah dan renungkanlah

Ini adalah janji-janji yang pasti terpatri...

Bersaksilah... jika ada atau tiada.

kerna kesaksian ini adalah saksi yang paling utama utk suatu rukuk dn sujud..

Thursday, October 23, 2008

Suara Keinsafan Dalam Hidayah Allah

Hakikat tudung

sebuah kisah...

"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.
Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!
Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati
Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??
Isteri jiranku: Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?
Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..
Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...
Annisa: apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..
Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka...
belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..
Subhanallah ...
Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah
saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

Tuesday, October 21, 2008

Kata Akar

"Adapon hak ayahmu adalah engkau haruz tahu bahwa dia adalah asal-muasalmu. Bila bukan kerananya, engkau tidak akan ada. Maka, apapon yang engkau lihat dalam dirimu, jgn membuatmu kagum. Ketahuilah bahwa ayahmu adalah penyebab engkau mendapat kenikmatan." - Ali Zainal Abidin

Titik Hitam Dalam Jiwa


Dunia dan roda basikal, terkadang kita d ataz dan terkadang kita d bawah. Itulah pusingan kehidupan. hehe apa aku nk cerita ntah. Dua tiga arini aku agak sebok meng 'upgradekan' Blog ni. Nak bagi nampak tersusun sikit. Itu ari cam malaz jew nak layan. Tapi dua tiga arini asyik-asyik aku masuk kluar jew dalam page ni. ntah naper ntah. Habis member YM, Friendster n member2 jiran2 aku aku invite masuk blog nih. excited gila. macam la ni blog aku yg pertama. Sedangkan blog nih yg ke empat aku wart. haha gila..

Ada sedikit keresahan dalam hati aku pasal org Islam zaman millennium ni. Aku dah terserempak dua tiga kali abg2 kakak2 yg mmg aku tao mmg org Islam dari cara pakai, muka melayu n cakap mereka mkn kat kedai bukan org Islam. betul, itulah hakikatnya. Dulu maser aku buat servis pest control kat Sebuah Restoren Seafood d ss13 PJ, Ada satu couple suami isteri dgn bosz mat salleh mkn kart restoren tu. kalo korg nak tau mmg restoran tew restoran seafood, makanan laut, tetapi d balik tabir restoren tew, mmm susah nk cakap.. aku sebagai seorg pembunuh upahan (bunuh lipaz n serangga perosak la..) haha aku lebih arif ttg keadaan dan situasi serta selok belok d bahagian dapur tempat masak diorg. mmm.. ish ish payah nk cakap.. ader kuali2 n itik2 gantung serta binatg2 yg tak pernah ku lihat d mana2 kecuali d restoren2 chinese dan d dalam kebun tok siak berhampiran ngan rumah aku maser aku skolah rendah dulu. Cuba teka makhluk Allah yg manakah itu? huhu.. (najiz mugholazoh..) haha.

Aku kesian tengok pasangan tew. Nak kata tak tak pandai, tengok dari gaya macam golongan yg terpelajar. Ada gaya2 golongan pertengahan. datg naik Alphard lak tew. mmm susah nak cakap. tu yg aku hairan, Nabi kata tuntutlah ilmu sejak dari buaian hinggalah ke liang lahad. Ilmu apa? Law of London kah? ish ish.. lu pk la sendiri la kan.. susah gak.. nak komen. Ikut ilmu mak bapak masing2 kan nk suruh anak dia mengaji ilmu apakan.Aku rasa la.. Nabi suh tuntut ilmu2 akhirat kerna kalau kita ikutkan dunia ni hanya sementara. Dan apakah ilmu2 dunia ni memberikan kita munafaat d ataz secebiz nafaz yg d pinjamkan ini? mmm.. Ajarkanlah anak2mu memanah, ada satu lagi hadis Nabi. Tengok mak abah kita nak sasarkan busur panahan kita ke mana. Kalo busur panah tersebut d sasarkan ke akhirat, InsyaAllah.. senanglah kita hendak meniti titian sirath kan.. mmm renung-renungkanlah .

Pagi tadi aku nampak lagi kat petaling Garden berhampiran kawasan umah aku, ada satu kedai mamak. Dulu aku mmg ingat kedai ni kedai mamak sbb muker2 org2 yg bekerja kat kedai tew cam sahabat2 kita dari India yg slalu mamak2 import untuk bekerja d kedai diorg. Dulu aku ada gak beli roti canai n kadang2 beli rokok suria batg2 skali skala. Tapi selepaz dua bulan yg lalu, mereka telah merenovationkan kedai mkn tersebut. Nah! baru nampak kenakmuntahan aku masa tew. Rupa2nya kedai india. Sbb ada tokong sikit punya besaq deppa letak kat sudut tepi konter depan2 lak tew. uwerrkk... ish ish uwerrkk.. perut buncit siap ada bunger lagi kat tengkuk. Agak2 paraz dada aku ada la.. tinggi tokong tew.. dok dalam bekaz. Bawah dia ada air terjun. ish ish. Tapi yg tu bukanlah topiknya. Masalahnya masih ada lagi kakak2 yg pakai tudung n brader2 yg muker melayu dok layan mkn kat situ pagi2 n malam2. Bila lalu situ aku mesti usha punya. aduss... dengan lahapnya depa mkn berlatar belakangkan ketui batu tadi. ish ish.. Apa nk jadi yerk?

Yang tulah yg aku nk coretkan buat teman2 yg boring2 yg dok baca tulisan aku nih. Sbb makan2 nilah aku rasa mcm2 hal terjadi pada kita sekarang ni. Tak pilih tempat, 'selesa' katanya. boleh lepak2 smbil tengok2 org lalu-lalang. owh.. D mana kesensitivity kita dalam bab-bab macam ni? Semua org pon ngaku org Islam, n aku nak tanya dari sumber yg benarkah Islam kita ini? Dengan kejadian2 serta masalah2 yg terlampau bnyk zaman ini serta bnyk bencana2 yg berlaku, tidakkah kita terfikir untuk meng'upgrade'kan Iman serta ilmu kita? Adakah cukop apa yg kita ada skang untuk bertemu sang Pencipta? "Allah Tidak Akan mengubah Nasib Sesuatu Kaum Melainkan Kaum itu Sendiri Yg Merubahnya"- fiman Allah.

Aku rasa cukop smpai d sini dulu utk harini. Moga segala yg kita pelajari menjadi suatu munafaat, berkat serta redzo d sisi Allah. Salawart!






Sunday, October 19, 2008

Setia Selamanya


MInum Milo Anda Jadi Sehart Dan Kuat!.

Buat teman2 yg sudi meluahkan sesuatu yg bisa bergema ruang otak dalam secangkir perlayaran aku amat berterima kaseh kerna kalian tahu yg kalian hadirkan itu akan membawa suatu munafaat walopon sekecil sikenit. Dan untuk sahabat2 terdekat aku mahu berpesan jgn kauorg suka2 sgt d dalam setiap kebaikan yg kauorg terima dan jgn bersedih sangat d ataz apa yg d datangkan ujian untuk kauorg-kauorg.. jgn lupa truzkan spray hati korg dengan ilmiyyah-ilmiyyah yg teruz menggugah erosi kalian..

Salamz kenal utk jiwa2 yg d ciptakan kerna suatu golongan.

- bEReL

Wednesday, October 15, 2008

Madzhab Cinta

"Melakar cinta yg satu" inilah suatu ungkapan yang ku baca d suatu blog kepunyaan teman baru. Ia menggambarkan suatu rasa dan anugerah Ilahi ttg cinta itu. Cinta adalah kurniaan Allah yg d semaikan dalam jiwa setiap insan yg berperasaan yg unik ini. Cinta d tafsirkan oleh pelbagaian sudut dan bicara. Apakah Definasi cinta yg tepat?

Muhammad Al Musytofa adalah Seorg Rasul yg d utuz untuk rahmat sekelian alam. Baginda adalah Kekasih Allah, Al-ameen, Penghulu segala Nabi dan d ciptakan dari Cahaya Allah. Apakah ada makhluk lain lagi yg layak d beri maqam seperti ini d sisi Sang Maha pengaseh dan Maha pemurah ini? ini adalah Rahsia Allah yg paling agung dalam penciptaan Rahsia. Dalam suatu Riwayat mengatakan Nur Muhammad d ciptakan sebelom adanya penciptaan cahaya dan masa.

Kecintaan pada diri membolehkan sampainya sesuatu tujuan pada percintaan yg sebenar dalam erti kata mengenal suatu makrifat. Dalam pasca keluhuran ini akan tersingkap dari mana asalnya kewujudan cinta pada jiwa dan erosi yang akan kembali pada bentuk kesempurnaan haq penciptaan. Selapot- selapot penciptaan manusia itu sebenarnya adalah kesempurnaan. Ini boleh d lihat dalam kewujudan penciptaam Adam a.s. Kesempurnaan yg tiada bandingan melebihi penciptaan makhluk2 lain. Apakah sebenarnya tujuan penciptaan manusia ini? kerna setiap yg d jadikan oleh Allah ada sebab dan musabab. Apakah sebenar hakikatnya penciptaan ini?

Cinta yg suci akan D hadirkan dalam setiap nafaz yg terhembuz untuk sesuatu yg suci juga. Contoh cinta yg paling agung adalah kecintaan pada Allah dan RasulNya. Apakah hati2 yg jiwanya tidak tenteram akan mendapat tempat untuk cintakan sesuatu yg amat Agung? Kita hanya mendapat secebiz cinta-cinta yg berlandazkan nafsu dan cintakan al haq iaitu cintakan ibu dan ayah kerna hanya cinta 'biasa ini' yg bisa Allah kurniakan setimpal apa yg hati kita amalkan.

Umpama buaian ngeri manusia akan bersemi dengan kecintaan setimpal dengan keluhuran dan tingkatan dan tidak lebih dari itu. Hanya dada yang d bersihkan dengan zikrullah akan teruz menembusi suatu maqam d sisiNya. Secangkir cinta bisa d rasakan jika pencarian cinta yg sebenar itu bisa d rombak untuk kecintaan yg sebenar-benar cinta.


Selamat melayari erti cinta sebenar dalam tangisan 'Madzhab Cinta'

Balada Meruntun

Hari ini hari yang ke-14 Syawal d rayakan oleh semua umat Islam. Ada yg selesai mengerjakan ibadah sunat dan ada yg masih mencari-cari suatu hakikat yg bisa berombak lesu. Pelbagai keraian d sambut d bulan yg penuh kegembiraan ini tanda kemenangan untuk suatu kemenangan. Kadang2 aku terfikirkan apakah semua yg d raikan mendapat keredhoan Allah untuk suatu keputusan yg berlandazkan sikap2 para HambaNya yg begitu bijak dalam memilih kehidupan?.

Ya.. pelbagai ragam manusia yang dapat kita lihat hari ini. Kepelbagaian itu mencerminkan kuasa Dia yg telah memberikan pelbagai anugerah untuk d renungkan. Ada yg memilih jalan untuk membuat kezaliman, ada yg berbaur sombong, baik, bijak, angkuh, jujur, menolong, dan berbagai tindakan lagi yg bisa d ertikan sehari-hari. Dalam kepayahan mengiramakan kurniaan Allah ini.. kadangkala kita merasakan sesuatu yg d luar jangkauan. Apakah kita d ciptakan untuk melayari semua ini? Bersuka ria, sebok dengan urusan dan tanggungjawab serta kadangkala mersakan jika kita tidak berusaha pasti kita tidak akan berjaya. Apakah benar?

Doa dan bersedekah boleh merubah takdir? bagai d rasuk sesuatu yang murni, aku senang menerima hadis2 sebegini. Aku ingin merubah takdir hidupku agar menjadi lebih baik dari apa yg aku impikan kerna manusia hanya menggunakan senjata berdoa sebagai yg terakhir dan kalimah Basmalah adalah yg paling menakjubkan. "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.." itulah ungkapan yg terbaik, yang telah d anugerahkan oleh allah untuk Sang kekasih. Tiada makhluk lain yg menyamai al mustofa rahmat sekelian alam kecuali Sulaiman a.s kerna basmalah ini. Moga ucapan bismillahirrohmaanirrohimku tumbuh kecintaan ku pada Muhammad dan ahlul baytnya yg suci.. Ya Ilahi.. ameen...

Ketakutan pada sesuatu benda selain dosa-dosa yg kita lakukan adalah bukan suatu ketakutan yang baik. perumpamaan ketakutan pada suatu hakikat yg tidak sebenarnya perlu kita takuti. metafora diri kadang2 menyemaikan ketakutan itu untuk sebuah pencarian yg entah apa2 yg kadang2 boleh melemahkan suatu kepercayaan pada al Haq!. dan ia adalah suatu ketakutan yg ngeri. Apakah kita mampu utk tunduk dan takut selain itu? Belajarlah berjalan untuk suatu ilmu yg bermunafaat supaya mata hati yg d anugerahkan akan tersingkap dan ketika itu dunia ini bagaikan suatu yg amat indah jika kita mengambil apa2 yg berbakti untuk suatu nafaz d sana.

Salamz kemaafan untuk suatu renungan buat teman yg bisa mengerti apa itu lafaz. Aku berterima kaseh untuk insan yang sudi menghamburkan masa dan keringat untuk sebuah kebaikan yang kadang2 aku pon tidak dapat mengerti apa itu kebaikan. Kerna suatu perasaan itulah yg akan membuat suatu keputusan yang bakal d uluzkan oleh jiwa2 yg inginkan suatu pengharapan. Dan tidak semua pengharapan itu bisa beroleh kemenangan. Kerna ia d ciptakan untuk sesuatu yg mulia d sisiNya bersama illusi- illusi terindah.

Tekadkan Jiwa Untuk sebuah Keinsafan.

Tuesday, October 14, 2008

EPISOD LUKA

AMARAHKAN UNGKAPAN YG TAK BERBAUR
PADA SEBUAH PENGHARAPAN YANG MUNGKIN TERABUR
D ANTARA SUATU RASA DAN JIWA
APOKALIPS SEPI M`ALUNKAN SESUATU

BERMULA SERUNGKAI KATA
BERAKHIR SUATU RASA
IA AMAT MEMBERI SUATU KURNIA YG TAK TERHINGGA
JALANAN YANG MEMUNGKIN SUATU PENGHARAPAN

EPISOD-EPISOD SILAMZ BERGANTI TANDA JANJI TERPATRI ANTARA DUA
KELUHURAN MENCERMINKAN SUATU AMANAH YG SESUATU DALAM RENUNGAN EROSI
BERUNGKAI HIKMAH DAN SILANGKA ..

AMARAHKAN JIWA AMARAHKAN AMARAH
BERBINGKAI KECIL DALAM SEIRAZ RASA YG TERPAUT BERGUNTAI SEPI
SILAP ANTARA PERHITUNGAN DAN PERJUANGAN BERENTAK AMARAHKAN DUNIA

LAYARILAH SUATU KENIKMATAN YANG PERLU D UNGKAPKAN...

Thursday, October 9, 2008

(E)- Sebuah Perjalanan Ramadzon

salamz sejahtera buat teman2 , sahabat2 serta untuk yang d pinjamkan nafaz oleh Sang pencipta. Sudah agak lama aku tidak mencoretkan sesuatu d dalam blogger ini. Mungkin kerana saat dan ketika ini banyak masa aku ditumpukan untuk pekerjaan dan aku tidak punya banyak masa untuk meluahkan sesuatu.

Dalam Kehidupan yang agak melemazkan ini, sumber2 sesuatu yg mana kita teruz menghadapinya dari hari ke hari amat luas pengertiannya. Suatu ketika manusia tidak boleh berbuat apa-apa setelah berusaha bersungguh2 pada sesuatu perkara yang d lakukan. Dan pada peringkat ini, hanya pada sesuatu yang paling menentukanlah kita akan bertawakkal. Kadang-kadang fikiran2 yang agak kurang bernaz menjadi faktor pada ssuatu perkara untuk kita membuat keputusan. Dan dengan ilmulah kita tahu menilai sesuatu itu baik atau burok.

mmm.. bagaikan suatu ketenangan yang tak tergambar terhias d wajahku dan dapat d rasakan oleh orang2 yang berdekatan dgnku. mereka merasakan aku agak ceria kebelakangan ini. mungkin faktor2 sekeliling telah merubah segala pemikiranku kini. Aku tidak lagi melayan segala yg aku ketahui dan meluahkan pendapat serta kefahaman ku pada orang lain. Aku banyak tumpukan konsentrasi pada sesuatu persoalan itu perlahan demi perlahan. Alhamdulillah.. dengan cara ini aku dapat berfikir dengan lebih tenang dan merenung.

Suatu ketenangan itu dapat d tafsirkan melalui kekuatan dalaman diri yg mendesak fikiran untuk suatu keputusan hati yg bukannya dari nafsu, tetapi dari ilmu. Patutlah ku lihat org2 yg berpendidikan tinggi agak lain dan formal pemikiran mereka. Mereka tidak cepat melatah jika sesuatu masalah itu menimpa. Cuma sesekali berkaitan dengan jiwa mereka agak gugup untuk sebuah keputusan. namun kembali pada hakikat ketenangan itu sendiri ia adalah suatu kebaikan. dan dengan kebaikan ini akan mencipta lebih banyak kebaikan untuk sesuatu kebaikan.

Renung renungkan lah pada suatu titik pada penghayatan kehidupan manusia ini. Pelayaran d pukul ombak, angin melintang, panahan terik Sang mentari dan berbagai dugaan mesti d tempuhi. Namun perlayaran haruz d teruzkan untuk suatu perlabuhan. Mesti akan berakhir juga. Kalau seekor helang terbang dengan bebasnya d langit, tidak kira apapon keadaannya, untuk apa sebuah pencarian itu? apakah suatu perlakuan itu suatu yang sia2? renugkan makrifat sesuatu pergerakan, pasti ada sebab dan musabab pada suatu cerita.

Oh! bertemu dan berpisah adalah kejadian2 yg pastinya ada yg gembira dan ada yg menyakitkan. Selagi opera kehidupan teruz d hayati dunia ini akan teruz bergelombangkan sesuatu yg sukar dan payah d tafsirkan. Jika d bukakan pintu2 yg tersirat ini maka suatu cahaya akan teruz memancar dan tak akan padam dan ini adalah sebenar benar cahaya. Cahaya yg dapat memingsankan Musa a.s d tursina, dan cahaya2 yg telah mengajarkan Jibrail siapa Tuhannya dan siapa dirinya. Ini adalah suatu Rahsia yg perlu d singkapkan bagi dada2 yg telah d rombak menjadi suatu yg istimewa.

Bisikan, belaian, ungkapan dan perasaan dapat menghiburkan dan mencetuzkan suatu idea untuk manusia menilai kebaikan dan keburukan. Namun dengan nafsu yg meronta semua tadi menjadi suatu keresahan yg amat berpanjangan. Dan hanya landasan2 serta jalan2 yang benar yg dapat mengubat pada erosi dan jiwa2 yg maseh bernafaz.

Salamz aidilfitri bagi yg merayakan syariat dan hakikat.

Dan salamz ketenangan untuk Si pemberi ketenangan dan untuk penghiaz ketenangan jua. Alhmdulillah...

TERIMA KASEH!

Tuesday, August 19, 2008

BUMI D DEPAN PASTI BINASA

Mencari sesuatu yang munafaatnya adalah secangkir kebaikan yg mutlak..

Apakah pencarian dalam hal2 yg menguntungkan sahaja d perlukan pada pemikiran dunia alaf ini? Aku maseh terpinga2 dalam keadaan yg sedar bahawasanya kesedaran yg seriuz perlu pada sebuah pemikiran. Walau d datangi ujian2 serta pembalasan2 sebagai pengampunan dari yg Esa tapi.. jika jiwa itu d dalamnya adalah suatu kekotoron pasti.. kebaikan itu d terima bagi si pembuat kebaikan.. dan jika tiada kebaikan d dalam jiwa2 yg tidak mencari sebuah kebaikan itu maka.. segala kejahatan dan perilaku burok si pembuat baik berpindah pada si pembuat burok yg tiada kebaikan tadi.. kata2 ini aku petik dari kata2 seorang imam yg d dalam dirinya sememangnya adalah sesuatu yg baik..

Ungkapan permasaalahan ini bermula apabila pegangan sesuatu keputusan yg paling Agung itu d perlakukan sebebaz-bebaznya tanpa menerima apa2 balasan dari Si Pemilik Kalam.. dan jgn sangka pembalasan tersebut Allah hindari sesungguhnya Dia akan membalaz setiap perbuatan para HambaNya.. tanpa sedikit pon terbuangan..tak kira ia baik ataupon burok.. itu JanjiNya.. dan bagi org2 dan para hamba yg maseh d dalam suatu nafaz yg keluar masuk setiap hari d dalam rongga badan bagaikan tidak percaya bahawa setiap milik kita adalah suatu penciptaanNya.. dan Dia tidakm untung sedikit pon dan rugi sedikit pon d ataz segala perlakuan HambaNYa...

Sehari dua nie aku rasa amat sakit, payah, tertekan dan kadang2 aku tidak menghiraukan keadaan sekeliling.. aku teruz membaca, mendengar dan kepelbagaian info aku masukkan ke dalam benakku.. tak kira sukan Olimpik kew, Radio 24 Saluran berita dan pandangan ker, Astro Box office ker.. astro ceria ker.. zombie kg pisang ker,, Radio Sinar ker semua aku masuk... d samping buku2 kegemaran ku sekarang... 500 AYAT UNTUK ALI BIN ABi THOLIB, FIQIH IMAM JAA`FAR ASY SHODIQ, KERANA IMAM HUSSIEN AKU SYIAH dan semestinya NAHJUL BALAGHAH. Dan aku teruz membaca KARYA NAN INDAH UNTUK SEMUA Faisal Tehrani... aku tak peduli apa nak jadi... aku gila membaca now... dan aku mengidamkan... TUNGGU TEDUH DULU dan TUHAN MANUSIA karya Faisal juga... InsyaAllah.. cukop bulan! dan TUNGGU TEDUH DULU dah aku pastikan kedai nya.. dekat opiz aku... sebelah Restoren Rina Cafe.. (sebenarnya aku yg oder kart mamak tew, siap bagi laman web www.ameenbooks.com kart diorg)... ader lagi la dua tiga kedai yg aku promote si Faisal ni.. hehe sapa yg cargaz aku ambik dulu... huhu

Dan belahan jiwaku maseh berjauhan denganku.. sebenarnya aku rindu dgn mereka dan dalam kesempatan mereka tiada ini aku cuba memperbaiki diriku dan memperlahankan serta muhasabah jiwa aku. Kadang2 aku fikir aku begitu pantaz mengeksploitasikan bermacam2 ilmu untuk jiwa-jiwaku ini.. dan aku fikir mereka cuba2 mengikut rentak serta tarian kehidupan sepertiku... aku pasrah, moga hidayah2 kebaikan berlumuran membajai erosi2 jiwa yg d ajarkan sesuatu dan fikiran2 mereka adalah suatu anugerah Allah.. aku cuba menyelami hakikat sebenar.. manusia itu.

Ini adalah coretan aku yg keberapa aku tak ingat tapi aku sememangnya tak edit apa2 kalau dah aku tulizkan' juz' mengikut apa yg aku ada dalam fikiran dan hatiku.. ikut rasa binasa ikut hati mati... betul ker? aku ada terfikir pepatah melayu ni. Tapi kalau kita ikut rasa dgn ilmu InsyaAllah dan ikut hati dgn iman pon aku rasa takde masalah kot... 'up to you' lu orang fikir la sendiri...... salam....


SELAMAT D LAHIRKAN NAJWA BALQISH!

Monday, August 11, 2008

Umpama Realiti dan Fantasi....

Hidup umpama Roda yg berpusing.. kadangkala kita d ataz dan kadang kala kita d bawah... inilah falsafah hidup aku pada suatu ketika dulu... ia adalah suatu peringatan untuk manusia agar dapart menerima segala ketentuan yg menduga dan cabaran2 yg perlu ada utk seseorang dan lama kelamaan falsafah ini hilang begitu sja dari kehidupanku atau mgkin sudah sebati dgn jiwaku.. aku pon tark mengerti... kerna setiap masalah2 atau problema2 yg menimpa aku tidark merasakan terlalu berat untuk d harungi.. dan aku menjadi tabah!
Seumpama Roda yg berputar.. ada rakanku yg menambahkan..mungkin untuk berlawak.. katanya ibarat roda d ataz dan d bawah ini kadangkala kita terpercik taik ayamk, aduyaiii.. busuk tark? hehe saper2 yg biasa terkena najiz pekart dan hijau..ini pasti mengetahui betapa busuknya.. taik ayam nih.. kadang2 raser cam nark sembelih pulark ayam yg telah melepazkan najiznya itu.. eeiiii.. hehe So, apa pendapart korang ttg pasang surutnya kehidupan ini? Aku teringartkan suatu Hadis.. dalam kitab bukhari dari isteri Nabi.. A`asyah beliau mendengar Nabi S.A.W.W bersabda Setiap muslimin dan muslimat atau org Islam yg d timpa malapetaka atau kecelakaan itu adalah sebuah pengampunan untuk dirinya..walaupon terkena duri.. mmm so apa yg kita nak khuatirkan kalau kita selalu mendapat susah, sakit, bencana , bala atau ujian2 dari Yg Esa? kerna jangan kamu sangkakan kamu seorg yg beriman sebelum kamu d datangi ujian2... mmm.. beskan kalau selalu2 demam baturk n sakit2 yg lain.. dosa terampon... alhmdulillah.. so bersyukur setiap apa yg d berikan Allah unturk para hambaNya kerna ia amart pemurah lagi Maha mengasihani.. ameeen..
Ish ish! Hari2 Topirk yg samer jew yg dapart aku uraikan..untuk luahan akuh nih.. naper yerk... tension gark kenaper aku tark boleh kuar dari kepompong diri ini. adakah pusat pemikiran serta jiwa aku kini mmg tengah kosentrete dgn benda2 nih semua... atau mmg akuh taktau pasai2 isu lain? ish ish.. tension tension... nark layan lagu japs lah!
"Sudah menjadi biasa.... hidupku sepi.... sejak kehilangan... dan semenjak itu.. tertutop hatiku....usah kau bertanya..bertanyakan ttg ... siapa d hatiku.. menjadi penghibur..kala ku sendiri....." ceewah!
Lagu ni da lamer betui ni.. lagu zaman2 kebangkitan Rock kapark 15 tawun dulu nih.. hehe lagu punca kumpulan Dayana. maser tew aku ingart makan rock tido rock p skolah rock n macam2 rock... rambut tark kisah panjang pendek.. tapi abju mesti hitam.. Rock.. maser tew aku kart peneng kott... sempart jugark la.. tempah suar bob cut.. kechik ataih besaq bawah.. untuk akuh p fun fair.. layan konsert May kart butterworth (bagan) atau Search n Ella kart Seberang jaya ekspo n WingS kart Pesta sg. Nibong.. fuuHH! line panaz maser tew beb! mater mesti kuyu.. kepala mesti rongga huhu.. ahakS!
Alhmdulillah.. kerna begitu banyak akuh d expose ngan bnyk golongan , mgkin pengalaman2 tersebut membuatkan aku ramai member.. tark kire maner golongan.. muder,tuer, kanak2 laki pompuan, geng rock,geng brozs, mat black, mat hippies, kaki stim, pak lebai, ustadz sampailah golongan businessman, pelajar2 or aper sajew friends yg datang akuh boleh masuk.. alhmdulillah.. bukan senang nark dapart semua tew.. kena layan beb! smpai maser akuh kechik2 dulu klo mak akuh sruh p kedai or panggil aku akuh boley pk dulu sekali dua.. tapi klo member aku panggil tark sempart abiz namer akuh diorg jerit akuh dah smpai... betapa besarnya kawan2 buat akuh! huhu... sampai merungurt mak aku.. maafkan "ceq" mak...
uih! da smpai mana akuh nih... hehe.. akuh raser skang nih akuh dah tau camner nark atasi masalah2 akuh kalau akuh berhadapan dengan masalah.. yg aku tau manusia d ciptakan unturk beribadah d samping tugaz2 yg lain.. kalau bab beribadah kita boleh kontrol yg lain2 InsyaAllah.. Letarkkan dunia ini d belakang kita.. ia akan teruz mengejar kita.. dan tiba waktu2 beibadah ia akan berdiri menunggu Tuannya dan ia akan sentiasa menjadi penolong yg baik kepada Tuannya.. dan jika kita meletarkkan dunia itu d hadapan.. pasti kita tidark akan dapart mengejar Reality Dunia itu yg sebenar.. kita pasti kelesuan sehinggalah kita d kuburkan d dalam perut dunia tersebut! pastikan dunia d belakang!
Moga bertemu d lain kalimah .ceewah..kalimah plark..hehe akuh sebenarnya bnyk kejew nih.. tapi arini raser cam nark menuliz lark.. so akuh pon layanlah.. hehe oo..pagi tadi akuh dengar berita dan bicara kart Radio favourite akuh radio 24 93.9 d samping IKIM.fm 91.5 yg mengatakan sorg pemuda.. d korea yg bermain permainan game depan komputer d cyber cafe selama 50 jam tanpa henti mati! uhuk! nih sindrom yg baguz nih untuk teknologi2 masakini ni.. selain dari dadah.. komputer pon dah boleh bagi org mati... hehe.. sebenarnya ini adalah penyebab kepada kematian.. kerna setiap kematian tew pasti bersebab.. aku pernah dengar suatu riwayat yg mengatakan malaikat maut yg tugaznya mencabut nyawa manusia menemui Allah Sang pencipta, dan ia meminta agar manusia tidark akan mencercanya kerna sememamngnya tugaznya yg sebgitu.. maka Allah telah berjanji pada izrael bahwa.. setiap kematian itu pasti ada penyebabnya dan secara tark langsung keluarga kepada si mati tidark akan menyalahkan Malaikat pencabut nyawa... ahaks! kelakarkan.. manusia2 yg tark dapart menerima yg kita suatu hari nanti akan mati dan d bangkitkan kembali selepaz kematian... Wallahualam wa ahkam!
REALITY DAN FANTASY - crossfire
Kita sering d batasi...
reality dan fantasy
saat cinta bersemi..
bersama berilusi...
d situlah kita.....
mengenal ertinya budi...
kaseh sayang insani
dan.. peribadi....
co/
pada detik yg ngeri...
yg tark pernah termimpi...
ku dibaluti sepi...
kenangan membara lagi..meracuni hati yang...
keterlanjuran...
baru kini ku akui..
kau masih milikku lagi
dan teruz bersemadi... hingga akhir nanti....
piZZ!!
Powered By Blogger