Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Tuesday, October 28, 2008

'LAW OF LONDON'

Pemandangan yg agak aneh bila ku lihat ada manusia2 yg langsung tidak mengendahkan syariat Tuhan. Apa mungkin mereka tidak mahu tahu atau mereka tidak tahu? Bila kita fikirkan setiap perbuatan kita apakah sudah d tentukan atau kita yang berfikir untuk sesuatu perkara tersebut.

Baru-baru ini aku bertanyakan seorg teman tentang manusia dan kehidupan. Pertanyaan ini muncul apabila ketika kami sedang minum d sebuah restoren dekat dengan pejabat kami lalu seorang pemuda yang amat kemas serta agak tampan. Pemuda tersebut nampak macam orang normal tetapi ada seorang dua rakan-rakanku yang pernah melihat dia bercakap seorang diri. Kami membincangkan hal pemuda ini, kenapa dia boleh jadi begini dan apakah sebab utamanya? Rakanku yg seorang ini menyatakan mungkin pemuda tersebut mengalami tekanan jiwa d ataz terputuznya hubungan dengan teman perempuannya. Boleh jadi itulah penyebab utama sehingga pemuda tersebut menjadi begitu. Dan aku dan seorang temanku yg lagi seorang mengiyakan pendapatnya. Mungkin kerana usia pemuda tersebut terlalu muda untuk bercakap seorg diri maka kami pon bersetuju dengan idea tersebut kerana muda-mudi zaman sekarang macam-macam kejadian di luar jangkaan kita yang boleh mereka lakukan. Dan aku menambah mungkin pemuda tersebut menciptakan dirinya seperti itu di luar jangkaannya. Kunun-kunun macam cerita 'Mohabbatein' la.. Datuk Shah Rukh Khan erk! dapat ker Shah Rukh Khan tu datuk? hehe yang boleh bercakap ngan 'aweknyew' dalam alam bayangan. haha (pengaruh TV).

Temanku yang tadi mulai berbicara tentang otak manusia yang telah dia baca dalam satu buku. Katanya manusia mempunyai dua otak. satu otak adalah untuk memberikan idea-idea untuk satu kotak otak lagi yg lebih kecil tetapi otak inilah yang akan membuat kepututusan jika terjadi sesuatu perkara. Tugaz otak kecil ini amat penting katanya. Jika otak yang pertama tadi memberikan maklumat-maklumat yang tidak jelas, maka otak yang utama ini akan berfikir sejenak untuk menimbang semula idea-idea dari otak yang pertama tadi.

Katanya lagi, kadangkala otak yang utama ini akan membuat keputusan yang tiba-tiba. Contohnya jika kita sedang menonton televisyen di rumah katanya, tiba-tiba anak kita berdiri d hadapan TV. Untuk pertama kalinya otak yang pertama tadi akan memberikan idea supaya menyuruh anak kita tadi pergi tepi sikit. Dan anak kita masih lagi tidak beranjak dari depan TV tersebut, kita masih lagi menyuruhnya untuk beredar kerana kita mahu menonton. Tetapi untuk ketiga kalinya otak yang utama tadi akan terus membuat keputusan dengan cepat tanpa mempertimbangkan idea-idea dari otak pertama tadi dan mengambil rotan atau apa sahaja yang sempat dan akan cuba menghalang anak kita tadi dari terus berdiri di depan TV. Dan setelah beberapa minit berlalu selepas kita merotan anak kita contohnya, kita akan mula merasa menyesal dan mula mempertimbangkan apa yang telah kita lakukan. Katanya lagi untuk mengatasi masalah otak kedua berfikir secara tidak normal kita bolehlah mengira satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan hingga sepuluh jika terjadi situasi otak pertama lambat berfikir untuk proses memperlahankan otak kedua membuat keputusan yang melulu. Ia makan mengalami proses untuk bertindak. Dan idea ini juga perlu selalu di praktikkan jika terjadi perkara seperti ini tambahnya lagi. Aku berfikir sejenak, "boleh pakai jugak idea nih..hehe".

Ini juga sering terjadi apabila kita sedang memandu kenderaan. Dengan tak semena-mena sebiji kenderaan dengan tergesa-gesa memotong dengan bahaya di hadapan kita. Tiba-tiba perasaan kita akan terus marah dan tidak puas hati. Ini juga di sebabkan otak kita yang utama itu yang telah membuat keputusan yang tergesa-gesa tanpa memikirkannya terlebih dahulu.Dan kalau lebih teruk lagi kita akan cuba mengejar kenderaan yang memotong kita tadi dan terjadilah 'KL Drift' versi live kat jalan raya. silap-silap kita yg 'drift' jatuh longkang. haha baru padan muker..

Kembali pada awal perbicaraan ini tadi, manusia akan menciptakan dunianya yang tersendiri. Jika dia berminat tentang dunia perniagaan contohnya, dia akan menciptakan apa sahaja yang akan meningkatkan perniagaannya. Contohnya mereka akan mengambil kursus-kursus tentang perniagaan, tentang kereta apa yang ahli perniagaan pakai serta tak kurang juga dengan media masa, mereka akan cari apa-apa sahaja radio atau televisyen yang bersangkutan dengan bidang yang mereka 'create' kan tersebut. Malahan golongan 'businessman' ini akan lakukan 'apa sahaja' demi kejayaan dalam bidang yang mereka masuki ini. Bagi yang menceburi bidang nyanyian ataupon lebih tepat lagi hiburan, dunia mereka akan berubah 100% dari segi gaya penampilan, lifestyle serta apa sahaja berkenaan dengan hiburan, mereka akan mendapatkan segala maklumat. Ada yang boleh membuat announcement kat media2 yang mengtakan mereka tak biasa bangun pagi, ada juga yang terlibat dengan gejala dadah dan tidak segan silu memberitahu dunia inilah kehidupan seorang artis yang terpaksa mereka hadapi demi mencari sesuap nasi. alhamdulillah katanya kalau ada menang anugerah apa-apa di pertandingan-pertandingan yang di anjurkan. Perkataan Alhamdulillah tu bagus dah, tapi tak kena tempat kot.. "Bang Mawi, Kenduri jgn gempak sangat, nanti verai pon gempak gak.." aduss.. nilah kehidupan yang telah di cetuskan untuk golongan ini. adush...

Tidak kurang juga para ahli agama, ada yang ingin menjadi tahfidz, ada yang ingin menjadi ulamak serta pelbagai perkara lain lagi yang bersangkutan dengan apa yang mereka ciptakan untuk diri mereka sendiri. Tapi untuk idea menjadi ahli agama ini baguz sebenarnya. Kerna ada hadis yang pernah mengatakan 'tuntutlah ilmu sampai ke negeri China'. Dan ada hadis yang lain mengatakan ' Tuntulah ilmu sejak dari buaian sampailah ke liang lahad!'. Apakah Nabi menyuruh kita menuntut ilmu-ilmu 'LAW OF LONDON?'

Persoalannya sekarang ini, jeniz kehidupan yang bagaimanakah yang sebenar2nya yang ingin kita tetapkan untuk diri kita? Apakah dengan pelajaran dan juga ilmu-ilmu yang kita tuntut itu mendapat tempat di sisi Sang Pencipta?

Inilah sebenar-benar kehidupan. Inginkan sesuatu di sisi Allah. Jika kita belajar di London contohnya 'LAW OF LONDON'. Law of London lagi, (hehe) kemudian bila kita selesai belajar dan dapat menjadi peguam lima enam tahun kemudian kita dijemput oleh-Nya pulang ke Rahmatullah. bagaimana ya? Apakah tidak rugi atas apa yang telah kita pelajari itu?. Mungkin kita dapat mempertingkat ekonomi keluarga kita dengan menjadi peguam contohnya. Ya, ini baik. Keluarga kita dapat hidup senang dan tidak akan meminta-minta terhadap orang lain. Bagus, tetapi apakah dengan ilmu nya 'London' ini kita dapat meninggalkan 3 perkara yang telah d sabdakan oleh Nabi? pertama, Anak-anak yang soleh, kedua, sedekah jariah dan yang ketiga ilmu yang di munafaatkan. Kerna jika ini sabda Nabi saww, ia adalah yang terpenting dan tidak ada perkara lain lagi yang sepenting ini untuk para umat Baginda. Jika boleh, Alhamdulillah dan syabas saya ucapkan. Anda beroleh ketenangan di dunia dan akhirat. Inilah sebaik2 ketenangan.

Manusia tetap akan menciptakan sesuatu untuk dirinya. Jika hal yang di ciptakan yang pertama tidak berlaku, kita akan terus menciptakan apa sahaja untuk kepuasan naluri kita. Dan dengan ilmu-ilmu yang bermunafaatlah kita dapat menciptakan dunia kita dengan penuh kebaikan di samping bersedekah dan berdoa kerna bersedekah dan berdoa pasti akan merubah takdir hidup kita. Inilah kata kunci yang amat besar dan dalam maknanya untuk seorang yang telah di ciptakan oleh Tuannya untuk para hamba.

Menyingkap denai-denai dalam unggun yang berbaur terik,
Berjalan d antara pondok ke pondok renyai,
Apakah tersingkap akan makna dan hakikat lembayung angin yang berhembuz,
tanpa perlu di singkap?

Larian anak-anak yang menuju ke suatu busur yang terarah,
meluaskan secebis kain puteh untuk d loretkan warna-warna pada,
suatu Troly yang bergeser d antara hijau dan jingga..
Manakah janji - janji sblom angin itu d hembuzkan pada suatu kalimat?

Berlarilah mengejarnya kembali untuk sekuntum bunga yang bercahaya,
Bunga yg telah melahirkan keselamatan untuk anak-anak dunia berleretan menuju
ke arah suatu padang yang amat indah jika d singkap makna2 duniawi...

(BUNGA NARGIS)
Powered By Blogger