Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Saturday, April 30, 2011

SIAPA PERASAAN KITA?



Dalam Fenomena rasa, suara sering melantunkan erosi yang pelbagai. Apakah kita menyatakan sesuatu itu dengan ilmu atau sekadar perasaan yang akan membuatkan kita menjadi salah di sisi manusia dan juga di samping Ilahi?
Pelbagai jawaban yang kita temui dalam diri pasti ada jawapannya setelah kita melakukan sesuatu.  Perbuatan-perbuatan ini bukannya satu kesalahan. Sebenarnya setiap yang kita lantunkan ini adalah titik pelajaran yang akan mengajarkan pemikir agar menjadi lebih bersatu dengan apa yang kita lakukan. 
Jika setiap hari kita memikirkan tentang apokalips diri pasti ianya akan mengikuti sebuah fitrah yang akan menerangkan makna diri. Jawapan-jawapan yang kita temui pasti berkenaan dengan diri sendiri. Menjurus apa yang diilhamkan dan apa yang dirasakan.
Ilham datang dari apa yang terkandung dalam pemikiran, dan perbuatan berdasarkan perasaan yang disokong idea.  Manusia boleh membuat sesuatu keputusan berdasarkan sokongan dan juga rasa.  Temui semua spekulasi yang menggetarkan akalmu!
Powered By Blogger