Sudut Kreatif

Saturday, January 31, 2009

Orang Kemaman boikot tak?


Berapa ramai yang boikot barangan Israel dan Amerika? Itulah pertanyaan yang berlegar2 dalam kepala aku kini. Berapa ramai yang sedar akan hal ini. Atau sedar namun tak mampu berbuat apa2.(mustahil) atau ambik mudah dan tiada kesan di dalam jiwa tentang ilmu2 dalam jiwa ini.


Sudah sebulan lebih peristiwa pembantaian rakyat Gaza berlalu. Kita boleh lihat di dalam pasaraya2 orang ramai bepusu-pusu untuk membeli keperluan harian setelah dapat gaji. Melewati setiap rak2 yang terdapat di dalam pasaraya tersebut kita maseh boleh lihat lagi longgokan2 produk2 yang kita bencikan itu. Milo, kotex, Huggies, kit kat, nescafe dan macam2 produk2 ini maseh tersusun kemas. Bukan nak salahkan penjual barangan namun yang saya fikirkan kalau saya ada pasaraya yang besar saya akan tahan semua produk zionis ini.


Kesiankan, untuk diri kita juga dan yang lebih kesian lagi, kerajaan langsung tak war-warkan pemboikotan ini. Pemboikotan untuk selamanya dalam jiwa rakyat Malaysia. Orang kata apa akan jadi kalau kita boikot barang mereka ini, bagaimana kawan2 dan sahabat handai kita yang bekerja di sana? ini melibatkan banyak pihak.


Betul, itu pon salah satu penyebab kenapa kerajaan tak tinggikan isu ini. Kerna ia maseh berpeluang menyediakan pekerjaan untuk rakyat. Dan, pernahkah anda mendengar ungkapan "berkorban apa saja, harta atau pon nyawa, itulah kaseh mesra.. sejati yang mulia" lagu Allayarham Doktor Tan sri P. Ramlee (semoga Allah mengampuni dosa anda) ? Apa definasi yang boleh kita kaitkan dengan ungkapan tersebut?


Wahai anak2 Malaysia, bangunlah, bersemangatlah, dan hidupkan kecintaan yang mendalam pada agama. Kerna kecintaan kita ini pasti beroleh ketenangan di sisi-Nya. Inilah kurniaannya Agama. Untuk kita pupukkan nilai2 murni yang akan membawa kita terus menuju ke rumah yang telah Dia janjikan.


Salamz kegigihan untuk yang terus memboikot!!