Sudut Kreatif

Saturday, February 7, 2009

Balik Ipoh...



ain ain: pok cik



ain ain:



pakoz: aik.. naper?



ain ain: xde pe2



ain ain:



pakoz: oww.. ingatkn per ntah..



pakoz: http://kapohera.blogspot.com/



pakoz: der ungkapan tauhid skeet..



pakoz: bacerlah..



pakoz:



ain ain: ok.



pakoz: n renung2kan sesuatu yg haq tersebut..



pakoz: sbb telah bnyk yg batil kita ikuti.. yg bermaksud tak sepatutnya..



pakoz: dan yg haq itu kita abaikan..



pakoz: bagaimana kita akan btemu dgn DIA?



pakoz: kerna DIA sememamngnya menetapkan sgala-galanya..



pakoz: DIA maha bijaksana mengaturkan ttg Ad-Din Nya..



pakoz: dan terus akan mmbimbing manusia hgga bertemu rasul d alkautsar..InsyaAllah..



pakoz: inilah hikmahnya Agama utk manusia.. pimpinan Ilahi.. yg menganugerahkan segala2Nya yg smpurna untuk kita..



pakoz: "Sesungguhnya wali kalian hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang menunaikan zakat dalam keadaan rukuk (al-Maidah: 55)



pakoz: 'Sesungguhnya' ini adalah ayat perkabaran yg Allah tetapkan..



pakoz: “Wahai Orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul dan Ulil Amri di kalangan kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. " (An-Nisa;59).



pakoz: dan ayat tersebut juga mengkabarkan ttg ayat ini..



pakoz: Inilah pimpinan Ilahi...



pakoz: Dan ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, ia menunaikannya. Allah berfirman, "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia." Ibrahim berkata, "Bagaimana dengan ke-turunanku?" Allah berfirman, "Janji-Ku ini tidak mengenai orang-orang yang lalim."(al-Baqarah:124)



pakoz: dan inilah ayat yg menunjukkan kita mempunyai pimpinan setiap zaman.. pimpinan Ilahi tersebut...



pakoz: Nabi, Rasul, dan Imam adalah 3 perkara yang Allah utuskan utk para hambaNya untuk membawa kita menuju ke jalanNya...





pakoz: lihatlah.. bagaimana ibrahim as adalah seorang Nabi, kemudian d pilih menjadi rasul seterusnya d angkat menjadi Imam... untuk seluruh umat manusia.. dan juga keturunannya..



pakoz: bermakna.. maqam imam ini lebih tinggi dari nabi dan rasul.. selain Penghulu segala Nabi iaitu Muhammad al Musytofa... sbb baginda adalah setinggi2 maqam d sisi Allah...



pakoz: salawat!



pakoz:



ain ain:



pakoz: mmm... tak faham atau takbleh fikir?



ain ain: plik.knapa plk imam



pakoz: siapa yg akan mengajarkan Islam ini dengan tepat kepada kita?



pakoz: apakah Islam ini satu agama sejarah atau sepanjang zaman hingga hari kiamat?



pakoz: seperti mana yang Allah kehendaki.. kita beribadah kepadaNya...



pakoz: takan Allah beri nikmat beragama pada hambaNya.. kemudian tidak mengutuskan sesiapa kepada kita utk mengajarkan kita ttg apa yg DIA mao?



pakoz: sbb keberadaan imam adalah rasul saww adalah Rasul yg terakhir.. telah d tetapkan...



pakoz: pintu kenabian itu d tutop...



pakoz: dan pintu imamah pula d buka.. iaitu mereka2 yang Allah pilih d dalam nasz atau hadis2 nabi.. yg akan menggantikan Rasul saww selepas kewafatan baginda..



pakoz: orang2 ini adalah yg maksum juga seperti para nabi.. yg d tunjukkan oleh nasz2 Allah...



pakoz: bukan orang2 yg biasa yg memberikan pendapat2 yg berbeza2.. ttg islam ni..



pakoz: itu yg menyebabkan terjadinya 4 madzhab



pakoz: pendapat2 masing2...



pakoz: adakah yg paling tepat seperti yang Allah nak?



pakoz: tak tepat kan?



pakoz: maknanya..imam selepas nabi yg memimpin umat muhammad ini hendaklah seorang maksum.. seperti nabi saww.. namun beliau bukan nabi...



pakoz: contoh org2 biasa yg Allah sucikan dosanya adalah maryam binti imran.. bundanya isa as.



pakoz: beliau bukan nabi.. org biasa.. tapi Allah sucikan dosanya d dalam nasz..



pakoz: faham tak?



pakoz: jarak kita dgn Rasul saww begitu jaoh.. tinggal sejarah... dan siapa yg paling tepat utk mengajarkan Kalamullah?



pakoz: dia adalah ulu amri yang Allah sebut2 kan d dalam surah an-nisa ayat 59 tersebut yg berketurunan dari nabi Ibrahim as... dan juga dari jalur.. org2 beriman yg memberikan zakat d dalam rukuk.



pakoz: tengok asbabun nuzul ayat 55 surah al maidah tersebut...

pakoz: ok..? dapat pencerahan tentang ini?



pakoz: blom lagi?..ok...



ain ain has canceled the file transfer.



ain ain: eh..



ain ain: send lg sx



pakoz: anty boleh tengok ayat 59 surah an-Nisa tu.. Allah meletakkan sebaris pada satu kalimat Allah, rasul dan Ulul Amri... kalau kita tafsir ulul Amri ini adalah kepimpinan d kalangan kita.. iaitu para ulamak dan pemimpin2 kita.. ini adalah melanggar kesucian ayat tersebut.. apakah rasul itu sama dengan para pemimpin kita yg keimanannya ada pasang surutnya?



pakoz: inilah kepimpinan Ilahi yg DIA suruh para hamba renungkan... dan taat..



pakoz: bukan taat pada orang2 yg bukan2.. tentang Islam ni?



pakoz: betul?



ain ain: kiranya,slps rasul SAW nk kna mksum jgkla



pakoz: ini adalah pendapat ana..yg ngaji SPM nii..



ain ain has closed photo sharing.



pakoz: yerp.. sbb hikmahnya kepimpinan yg Allah aturkan dari Adam hinggalah hari kiamat...



ain ain: bknka nabi SAW nabi akhir zaman



pakoz: yerp.. tak d nafikan ..

pakoz: pintu kenabian.. itu d tutop dgn al mustofa...



pakoz: apakah Allah itu tidak bijak untuk mengutuskan para pemimpin yg mengganti Rasulullah saww.. untuk membimbing umat Muhammad?



pakoz: mereka adalah dari keluarga yg suci juga.. iaitu...



ain ain: itula slps Nabi SAW disebut khalifah...pengganti rasul untuk mmimpin



pakoz: keluarga Muhammad saww..juga...



pakoz: khalifah itu bagaimana?



pakoz: dipilih oleh allah?



ain ain: baiah drpd org ramai dengan izin allah



pakoz: sapa yg mengizinkan?



pakoz: terdapat dalam nasz yg disuruh kita mengikuti sahabat?



pakoz: bagaimana dgn ayat 55 surah al maidah tadi?



pakoz: itu bukan pimpinan Ilahi...



ain ain: jap2 sy tgh mkn



ain ain:



pakoz: mmm..ana nak kuar...



pakoz: nak balik ipoh..

pakoz: byee..



ain ain: org ipoh k



pakoz: yerp.. ipoh dan kulim..



ain ain: pok cik ni dah kwin k



pakoz: yerp.. da 3 anak..



ain ain: ya k



pakoz: tak pernah main2



ain ain: kim salam kt ank2 pok cik



ain ain: ye



pakoz: mmm..



pakoz: inilah Agama Allah....



pakoz: Allah yg menentukan segala-galanya hinggalah ke hari kiamat...



pakoz: ini pendapat ana..



ain ain: ok



pakoz: kalau rasa ada kebenaran... sila kaji..utk menambahkan pengetahuan anty..



pakoz: dan kalau ada apa2 tanyalah...



pakoz: ada tak madzhab yg mengikuti keluarga Rasul saww?



pakoz: inilah madzhab yg benar yg ana rasakan...



ain ain: mksud nta



pakoz: carii.. madzhab mana yg 100% yg mengikuti sunnah rasul yg d ambil dari keluarga rasulullah sendiri...



pakoz: inilah pimpinan Ilahi yg ana maksudkann..



pakoz: go! GO! cari!



ain ain:



ain ain:



ain ain:



pakoz:



pakoz:



ain ain: jgn lupa kimsalam pada ank2 pok cik ye



pakoz: MADZHAB CINTAKAN ALLAH,RASUL DAN PEMIMPIN SELEPAS RASUL YG DIPILIH OLEH ALLAH DAN RASULNYA.



pakoz: 'MADZHAB CINTA'



ain ain: dr mn datangnya mazhab cinta plk



ain ain: ada k



pakoz:



pakoz: BYEE.....



ain ain:



pakoz: YEI YEIII..BALIK KAMPONG! YEI YEI!



pakoz:



ain ain: pok cik pok cik..

Dia,rasul dan pemimpin


Allah itu mengaturkan segala-galanya. Itulah ungkapan yang terilhamkan oleh-Nya yang terbaru buatku. Ketika aku hendak bersolat zuhur dan asar, tiba2 terlintas di fikiranku bagaimana agama Allah ini dipimpin olehNya sejak dari adam as hinggalah hari kiamat. sungguh!

Ketika kita hendak pergi mengembara ke laut, kita perlukan fikirkan apakah barangan yang paling utama yg kita akan bawa. Dan kita bertanyakan pendapat orang-orang yang pernah berlayar. Dan mereka akan memberikan idea-idea barangan yang manakah yg perlu kita bawa banyak, dan barangan yang manakah kita perlu bawa sikit. Barangan yang manakah yg paling penting, dan barangan yang manakah tidak perlu. Ini adalah pendapat-pendapat mereka. Tetapi sebenarnya kesemua barang tersebut kita perlu bawa. Ini bermakna kita tak sure barang yang mana dan perlu bawa semua.

Begitu juga perjalan menuju kepada Allah. manusia melalui sebuah perjalanan yang panjang. Di perjalanan tersebut kita mempelajari kepelbagaian ilmu. Dengan orang yang faham akan agama ini. tetapi mereka juga adalah manusia biasa seperti kita yang keimanannya ada pasang surutnya. melainkan seorang rasul yg Allah telah pelihara mereka dari sebarang perkara yang keji besar mahupon kecil. rasul dipilih oleh Allah untuk menyempurnakan spiritual diri manusia itu. Kerna ada hadis yang berbunyi.. bayi itu dilahirkan puteh, bersih suci.. bermakna..kita tiada dosa apa-apa pada masa dilahirkan.

Dengan pengutusan kita sebagai para hambaNya, Allah membekalkan kita perasaan, akal, serta para nabi untuk mengajarkan kita tentang kalamullah, apa yang Allah inginkan kepatuhan dari para hambaNya. Tetapi, ini berlaku pada 1430 tahun yang lalu di masa kewujudan Nabi saww itu. Jarak diantara kita dengan baginda saww amatlah jaoh. Siapakah yang akan mengajarkan tentang Islam dan sebuah Agama Allah ini dengan tepat sperti yang Allah kehendaki?.

Inilah keberadaan seorang pemimpin yang dipilih oleh Allah itu perlu ada setiap zaman manusia silih berganti. Hikmah pimpinan Ilahi itu terus memegang tangan-tangan manusia sehinggalah hari yang dijanjikan Allah itu tiba. Inilah dalil aqli keberadaan imam tersebut. Imam yang dipilih oleh Allah. Berada di atas landasan pimpinan Ilahi bersama para nabi dan para rasul. Taatlah kepada Allah, Rasul dan Ulul amri dikalangan kalian.-firman Allah

keberadaan seorang imam yang dipilih oleh allah ini diibaratkan seperti jantung kepada manusia. Dengan pengantara jantung inilah manusia dapat hidup. jantung menjadi pengantara nyawa manusia dengan Allah. Jantung akan mengalirkan darah ke sisi organ-organ yang lain. Dan organ-organ ini akan menghantar kembali darah yang dilepaskan kepada jantung semula. Dan jika organ-organ ini tidak memulangkan darah tadi ke jantung maka apa akan terjadi?. Manusia akan mati.

Begitu juga dengan keberadaan imam yang menjaga manusia ini, jika umat Muhammad saww tidak berpegang pada imam yang dilantik oleh Allah dan rasulNya.. maka manusia akan mati akal dan fikirannya serta hatinya tidak akan nampak makna-makna yang tersirat dibalik kalam-kalam Allah iaitu Al-QurannurQarim. Jadi berpegang pada pemimpin yang dipilih oleh Allah ini adalah satu sudut keimanan..dan setiap orang islam perlu beriman kepada pimpinan Ilahi ini seperti mana kita beriman kepada para Rasul.

Sedikit pencerahan yang aku dapat ini menandakan aku melangkah untuk membaiki diri aku untuk seterusnya. Aku berjanji dengan diriku bahawa aku akan patuh dengan syarat-syarat yang Allah tunjukkan buatku. Dan aku akan terus mengkaji di dalam Al-quran nan indah itu agar aku bisa menyempurnakan kembali makrifat asal muasal kejadianku iaitu bersih, puteh dan suci itu. InsyaAllah.

Ya imamullah.. bantulah aku, memimpin aku menuju Dia yang Maha Besar. Sungguh aku adalah dikalangan orang yang beruntung kerna dibukakan minda dan mata hati untuk melihat mukjizat-mukjizat Al-Quran itu. Sesungguhnya aku amat kerdil dihadapanmu wahai imam, apatah lagi dihadapan Tuhanmu. Ampunilah segala dosaku sejak aku melakukannya hinggalah aku menghembuzkan nafas yang terakhir nanti. Ya Ilahi ameen.. dengan pengantara para kekasih-kekasihMu.. kau dengarkanlah segala rintihan ini, kau permudahkanlah segala kerja2 duniaku, sesungguhnya aku menganggap dunia ini di belakangku. Kau berhentikanlah dunia ini sementara aku inginkan diriMu Ya ilahi. Sejahteralah ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad.