Sudut Kreatif

Saturday, July 21, 2012

RINDUKAN KEBERKATAN-MU

Dah seminggu lebih aku mulakan kerjaya aku yang lama yakni berniaga. Baru bukak 3 hari dah cuti pasal aku kena balik kampung sebab Mak aku yang dikasihi sakit di kampung. Mula-mula aku dapat berita tentang mak aku, aku berkira-kira nak balik atau takmau. Serba salah sebab aku baru mula berniaga, dok bajet2 hujung bulan ni kompom kantoi nak Rolling balik gaji. Tiba-tiba aku teringat satu ayat yang berbunyi,

"Cintailah Allah dan Rasulmu melebihi kedua orangtuamu."

Menurut pemahaman aku, Ayah dan Ibu duduk di tingkatan yang ketiga selepas Allah dan rasul-Nya. mana taknya, hampa pernah dengar kata-kata "Surga itu di bawah telapak kaki ibu?", dan ada hadis yang masyhur tentang seorang sahabat yang bertanyakan kepada Rasulullah SAWW tentang siapakah yang paling perlu kita hormti, dan Rasulullah SAWW menjawab 3 kali "ibumu" dan kali keempat "ayahmu." Masih lagi tentang ayah dan ibu.

Dan aku dok pikiaq lagi, rezeki sememangnya di tangan Allah yang akan mengurniakan kepada para hamba-Nya yang beriman. Ziarah Emak di kampung juga adalah suatu kewajipan. Dan Aku baca 3 kali surah Al Ikhlas dan bukak al-Quran buat istiqoroh. Keluar ayat yang baik dan bersetuju untuk aku pulang ke kampung.

Alhamdulillah, dengan kepulangan aku dan adik beradik aku yang lain, Emak nampaknya beransur pulih. Tambahan lagi dengan hiruk-pikuk kebisingan di rumahnya dengan suara cucu-cucu, membuatkan beliau merasa sedikit segar dan gembira. Aku amat bersyukur karena Allah senantiasa memimpinku di dalam naungan-Nya.

Tasik Bukit Merah, Selama
                                                         
Dan selepas 3 hari aku pulang ke kampung tempat kelahiranku, kini aku kembali untuk berjuang mencari sesuap rezeki yang bertebaran di muka bumi ini. Harapanku hanyalah agar apa yang aku usahakan ini, akan memberikan sumber rezeki yang halal yang tidak terlibat dengan unsur-unsur penipuan dan sebagainya. Walaupon pada peringkat permulaan perniagaan aku ini agak 'slow' namun aku rasa Hepi! Mungkin inilah apa yang naluriku inginkan, mencari sesuatu yang diredzoi oleh-Mu wahai sesembahanku!

Jika kalian terbaca warkah yang sedang tercoret ini, aku bermohon pada kalian wahai para 'manusia', jangan lupakan doa untukku di dalam munajat2 kalian kepada Tuhan kita yakni Allah 'Azzawajalla. Dan Ramadzon al Mubarokah telah tiba, aku berharap pada tahun ini, aku dianugerahkan pelbagai hikmah dan kemuliaan yang terdapat di dalam bulan pilihan Allah ini.



Nampaknya sampai di sini dahulu tulisan aku buat kali ini, muga Allah dan rasul-Nya serta para kekasih-Nya merestui serta memberi syafaat buatku serta keluargaku dan juga teman2ku di dunia dan akhirat. Mohon kemaafan andaikata semasa sepanjang perkenalan kita di arena tanpa suara ini ada yang terguris dan terhiris. InsyaAllah. salawat dan salam dipersembahkan buat penghulu segala Nabi, yakni Nabi Muhammad Al-Mustofa SAWW dan Ahlul bayt baginda yang terpilih. Segala puji bagi Allah yang mengutuskan mereka bagi membimbing kesemua para manusia menuju ke sisi-Nya.

Salam kemaafan untuk semua.