Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Monday, March 2, 2009

Tanya dan tak jawab...


Siapa yang sedar akan kehidupan manusia ini adalah gelap gulita? Tidak nampak apa yang terselindung. Kita boleh lihat Allah? boleh lihat Malaikat? boleh melihat dosa dan pahala? Tak bolehkan.. namun kita wajib percaya akan semua ini disamping terus mengkaji dan akhirnya kita pasti nampak akan sebuah cahaya yang benar. Keimanan pada benda-benda yang ghaib ini adalah satu asasnya kita bergama.

Bagaimana kita harus percaya dengan benda-benda ghaib ini? Sudah tentu di dalam Kalamullah Al-Quran itu sendiri.. kerana Setiap orang islam wajib mencari setiap jawaban untuk segala permasalahan kehidupan di dalam al-quran yang tidak tertiru oleh mana-mana makhluk itu. Kalau anda pandai cubalah buatkan satu al-quran yang sama dengan al-quran tersebut. Boleh?

Dari al-quran, siapakah yang akan menerangkan makna-makna yang Allah utarakan di dalam ayat-ayat tersebut? Apakah kita boleh memahami keseluruhan isi kandungan tersebut? Hanya Nabi-nabi Allah sahajalah yang bisa menerangkan apa makna yang tersurat dan tersirat tentang ini. Nabi Muhammad yang terakhir, macam mana kita nak tau dengan jelas fasal al-Quran ini? Nabi Muhammad saww dah takde lagi, kita nak belajar kat siapa? kat ustadz-ustadz yang mana kita pon boleh jadi ustadz? kat ulamak-ulamak yang kadangkalanya mereka pon terlalai dan berdosa tidak seperti kondisi kenabian? Kat siapa yerk... Aku rasa kita kena belajar al-quran ini dari al Quran itu sendiri, iaitu al Quran yang berbicara. Kerna al Quran itu sendirilah yang paling layak menerangkan tentang dirinya. Setuju tak? Siapa al Quran yang berbicara?

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua perkara, jika kalian berpegang pada kedua ini kalian tidak akan tersesat selamanya. Kitabullah dan itrahku. Mereka ini akan seiring tidak pernah terpisah sehingga bertemu denganku di al kautsar.-sabda rasul saww, Oh! inilah al quran yang berbicara.. mmm.. mari mari... kita ikut keluarga Rasul saww yang terpilih untuk memahami lahiriah dan bathiniah al Quran tersebut. Mereka inilah yang dikatakan di dalam al Quran orang-orang yang di beri ilmu kitab. Mereka inilah kitab mubin yang sering kita ketemukan di dalam al Quran dan mereka inilah yang menggantikan Rasul saww dan membimbingkan umat Nabi sehingga hari kiamat. Untungkan kalau kita jumpa mereka dan mengikuti mereka!
Bagaimana nak jumpa? Hari-hari pergi mesjid dengar tok guru baca kitab tak pernah sebut pon pasai mereka.. Kenapa tok guru tak sebut pasai depa? Atau pon tok guru pon taktau pasai deppa? atau mereka 'itrah' rasul ini sememangnya tak wujud? tak percaya? tapi kalau syurga dan neraka kita percaya, kenapa mereka kita tak percaya? atau memang sejarah mereka ada pihak-pihak yang cuba memadamkan dari lembaran islam? Boleh jadi ... mmm tapi mustahil tok tok guru kita nak padamkan salasilah keluarga Rasul? tapi kenapa kita tak kenal pon siapa keluarga rasul.. pasal kita takmau ambil tahu atau kita memang tak diberitahu?
Habis tu kita belajar islam sekarang dari siapa? Bukan dari keluarga rasul ker? atau dari orang lain? kalau dari orang lain tak sesatkah kita? Sebab orang lain tak seiring dengan al quran.. agak-agak sesat tak kita?
Kenapa ustadz kata selepas rasul saww, Nabi tak tunjuk sapa2 pengganti baginda? Apakah Agama Islam ni dah habis? Siapa yang nak ajarkan tentang al quran? Mana lagi pimpinan Ilahi yang bermula dengan Nabi Adam as sehingga hari kiamat? Apakah kita umat yang bijak dan lagi pandai daripada umat-umat nabi yang terdahulu? tak memerlukan pembimbing dan pimpinan Ilahi? Kalau kita salah dan masuk neraka nanti, kita nak salahkan siapa? salahkan diri sendiri sebab tak ikut al quran? kita dah ikot al quran.. kita dah solat 5 waktu tapi kenapa kita masuk neraka lagi? sebab kita ikot orang-orang yang bukan Allah pilih. atau kita boleh tanya Allah pasaipa Allah habiskan Kenabian tu pada Nabi Muhammad saww saja? lepas dia takde siapa2 pon bimbing kami. Hanya kawan-kawan rasul saww yang serupa macam kami juga. Yang dulunya sebelom islam buat benda-benda yang macam kami buat juga. Tapi bila Rasul saww datang, mereka jadi baik dan soleh. Mana adil kalau macam tu, kami pon nak dilahirkan pada zaman nabi juga! boleh ker tanya Allah macam tu? is is Allah tu maha adilkan.... dia tak biarkan para hambanya terkontang kanteng tanpa bimbingan pimpinanNya kan...
Banyak juga soalan2 yang aku tanya kat aku. hehe kenapa aku boleh tanya soalan2 macamni? sebab aku rasa Tuhan tu maha adil, dia mesti memberikan hidayahNya untuk mereka-mereka yang inginkan jawapan-jawapan. Macam mana Allah boleh bagi jawapan? hey.. dalam al quran dan ada jawapan2 untuk semua persoalan-persoalan. Kan Islamni dah lengkap. Allah dah aturkan segala-galanya sejak dari mula sampai akhir. macam mana boleh kata lepas Rasul saww takde orang yang akan ganti Nabi saww? Siapa pengganti baginda? Nabi mana? hey.. pintu kenabian telah di tutop, dan pintu para 'imam' dari keluarga Rasul saww pula dibuka untuk umat Muhammad, tak percaya? Ikot suka, bukan ramai pon orang yang nak masuk syurga, malahan berbondong-bondong orang beratur nak masuk neraka..sikit je orang yang mencari kebenaran tu kan.. betul ker?
YA ALLAH YA TUHANKU, KENALKANLAH AKU DENGAN ZAT DIRIMU, JIKA ENGKAU TIDAK KENALKAN AKU DENGAN ZAT DIRIMU MAKA AKU TIDAK MENGENALI RASULMU, YA ALLAH YA TUHANKU, KENALKANLAH AKU DENGAN RASULMU, JIKA AKU TIDAK MENGENALI RASULMU AKU TIDAK MENGENALI HUJJAHMU, YA ALLAH YA TUHANKU, KENALKANLAH AKU DENGAN HUJJAHMU, JIKA AKU TIDAK MENGENALI HUJJAHMU, MAKA AKU TERSESAT DI DALAM AGAMAKU. YA ILAHI AMEEN...

'Love Baik'


Sebatang rokok Mild Seven ku kepilkan di tangan dan kuletakkan dibibir. Aku menyalakan lighter kecil cricket bewarna hitam dan di atsnya berwarna gold. Ku sedut asap dalam-dalam, memikirkan apa yang hendakku coretkan di blog yang semakin bertambah kunjungan penggemar-penggemar blogger ini. Sudah 2 hari aku tidak melakarkan sesuatu pada ruangan posting ini kerana aku pulang ke kampung untuk berbuat sesuatu yang penting.

Aku teringatkan kata-kata seorang teman ketika aku berada di penang. Dia mengutarakan permasaalahan tentang dirinya yang ditimpa kemalangan ketika menunggang motosikal sewaktu pulang dari kerja. Dia melanggar seekor anjing di satu selekoh yang sudah beberapa kali terjadinya eksiden. Kebanyakan kejadian kemalangan di tempat tersebut berakhir dengan kematian. Dia bersyukur kerana maseh berkesempatan untuk bernafaz dan muhasabah diri. Aku mendengar dengan teliti setiap apa yang diungkapkan oleh rakanku ini.

Tiba-tiba aku mengesan sesuatu yang pernah aku pelajari. aku mengatakan pada temanku ini, dia patut berterima kaseh kepada anjing yang juga makhluk Allah ini kerna memberikan kesempatan padanya untuk sebuah pengampunan. Ini yang aku dapat berikan pendapatku untuk kejadian yang menimpanya. Tulang rusuknya patah dan dia terpaksa berehat di rumah selama beberapa ketika. Aku mengatakan padanya setiap musibah yang menimpa orang Islam itu adalah suatu pengampunan. Alhamdulillah kataku. Dia tertawa mendengar komenku dan mula memikirkannya.

Dari imam hussain as pernah bersabda, setiap sakit kecil seperti batuk, demam, selsema dan sakit-sakit kecil yang lain adalah pengubat sakit-sakit besar di dalam badan. Kita kadangkala mengeluh kenapa kita sering saja batuk, demam dan sebagainya. Sebenarnya ini adalah pencegah sakit-sakit besar seperti serangan paru-paru, luekimia dan banyak lagi sakit-sakit yang kronik boleh dihindari apabila kita mengalami sakit-sakit kecil tadi. Bersyukurkan kalau kita sering selsema dan sebagainya. Bersin juga adalah penyembuh penyakit. So, jangan merungut atau mengeluh kalau kita dihinggapi musibah-musibah ini.

Dari Imam Musa al khazim mengatakan, tidak akan mati setiap orang mukmin selagi Allah tidak membersihkan kesemua dosa mereka. oh! member ku mula tertarik dengan apa yang aku ungkapkan. Aku memulakan dengan menceritakan kategori-kategori Mukmin,mukminat, muslim dan muslimat. Orang mukmin itu boleh dikatakan mukmin hanya jika berpegang teguh pada Amirul Mukminin. Kataku. Dan jika berpaling pada wilayah Amirul Mukminin ini, maka orang yang beragama islam ini hanya layak dikategorikan sebagai muslim dan muslimat saja. Dia mengangguk2 tanda setuju. Aku meneruskan penceritaanku tentang penghapusan dosa sebelom kematian.

Allah akan mensucikan dosa orang-orang mukmin ini dengan 3 cara. Islam ini agama yang suci, tidak akan menemui kematian setiap orang mukmin sehingga kita adalah bersih dari segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Inilah janji Allah, kerna setiap orang mukmin itu tempatnya hanya layak di syurga Allah. Mana mungkin orang mukmin itu boleh berdosa untuk bertemu Allah! tegasku.

Cara pertama Allah akan sucikan dosa kita, apabila kita kaya, banyak harta, Allah akan jadikan kita miskin, papa kedana dan kita akan susah sesusah susahnya. kataku pada temanku tadi. Aku cakap pada dia, standbai.. kalau kaya jangan lupa bersedeqah dan juga khumus. kerna satu sedeqah yang kita hulurkan akan terbuka satu pintu rahmad Allah untuk kita. Mintaklah apa sahaja, pasti Allah akan memaqbulkan segala permintaan kita. Mintak supaya Allah tak sucikan dosa kita dengan memiskinkan kita! hehe aku buat lawak kat dia.

Cara kedua, Allah akan menimpakan penyakit kepada kita, sakit yang amat dahsyat, atau sakit yang mengenai kaum keluarga kita. Kalau ini berlaku, tandanya kematian kita sudah semakin hampir. Bersedia kataku. Dan cara yang paling ngeri, adalah dengan Allah memberikan mimpi yang amat ngeri sehinggakan kita sentiasa berada di dalam ketakutan yang amat sangat. Kita tak boleh lagi nak buat apa-apa, yang kita tau hanya nak beribadah saja. Dan kita akan mati di dalam ketakutan yang amat melampau. sanggup? tanyaku. Dia tak bagi respon apa-apa. Mukanya pucat tersenyih-senyih.

Inilah kasih sayang Ilahi pada hambaNya yang menunaikan janjinya seperti yang diungkapkan dalam surah al-ahzab ayat 72. Suatu amanat yang akan dipertanggungjawabkan suatu hari kelak di mahsyar. Kita salah seorang yang masih berpegang pada amanat tersebut. Dan Allah menjanjikan syurga buat para hambanya yang mendengar dan patuh.

Aku ambik lagi sebatang rokok dan menyalakan lighter untuk rokok yang ke 12 batang untuk hari ini. kadang-kadang aku merasakan asap rokok ini memberikan inspirasi dan idea-idea yang agak kusut dan boleh terleraikan. Namun bagi yang dah hisap tu, kurang-kurangkanlah demi kesihatan dan yang mana belom menjadi penagih rokok tu jangan cuba-cuba nak try. haram.. kata fatwa yusuf qordhowi. hehe.. salamz sejahtera untuk semua yang kukenali tak kira di mana anda semua berada. Dan salamz takziah juga buat Muhammad bin Hassan kerana kesedihan ke atas kewafatan nenenda fathimah binti Muhammad. Moga dirimu tabah di dalam mengendalikan umat. Salamz sayang dari semua orang-orang mukmin dan percepatkanlah kezuhuranmu.


ALLAHUMMASOLLI'ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD WA 'AJJIL FARAJAHUM!





Powered By Blogger