Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Tuesday, October 28, 2008

'LAW OF LONDON'

Pemandangan yg agak aneh bila ku lihat ada manusia2 yg langsung tidak mengendahkan syariat Tuhan. Apa mungkin mereka tidak mahu tahu atau mereka tidak tahu? Bila kita fikirkan setiap perbuatan kita apakah sudah d tentukan atau kita yang berfikir untuk sesuatu perkara tersebut.

Baru-baru ini aku bertanyakan seorg teman tentang manusia dan kehidupan. Pertanyaan ini muncul apabila ketika kami sedang minum d sebuah restoren dekat dengan pejabat kami lalu seorang pemuda yang amat kemas serta agak tampan. Pemuda tersebut nampak macam orang normal tetapi ada seorang dua rakan-rakanku yang pernah melihat dia bercakap seorang diri. Kami membincangkan hal pemuda ini, kenapa dia boleh jadi begini dan apakah sebab utamanya? Rakanku yg seorang ini menyatakan mungkin pemuda tersebut mengalami tekanan jiwa d ataz terputuznya hubungan dengan teman perempuannya. Boleh jadi itulah penyebab utama sehingga pemuda tersebut menjadi begitu. Dan aku dan seorang temanku yg lagi seorang mengiyakan pendapatnya. Mungkin kerana usia pemuda tersebut terlalu muda untuk bercakap seorg diri maka kami pon bersetuju dengan idea tersebut kerana muda-mudi zaman sekarang macam-macam kejadian di luar jangkaan kita yang boleh mereka lakukan. Dan aku menambah mungkin pemuda tersebut menciptakan dirinya seperti itu di luar jangkaannya. Kunun-kunun macam cerita 'Mohabbatein' la.. Datuk Shah Rukh Khan erk! dapat ker Shah Rukh Khan tu datuk? hehe yang boleh bercakap ngan 'aweknyew' dalam alam bayangan. haha (pengaruh TV).

Temanku yang tadi mulai berbicara tentang otak manusia yang telah dia baca dalam satu buku. Katanya manusia mempunyai dua otak. satu otak adalah untuk memberikan idea-idea untuk satu kotak otak lagi yg lebih kecil tetapi otak inilah yang akan membuat kepututusan jika terjadi sesuatu perkara. Tugaz otak kecil ini amat penting katanya. Jika otak yang pertama tadi memberikan maklumat-maklumat yang tidak jelas, maka otak yang utama ini akan berfikir sejenak untuk menimbang semula idea-idea dari otak yang pertama tadi.

Katanya lagi, kadangkala otak yang utama ini akan membuat keputusan yang tiba-tiba. Contohnya jika kita sedang menonton televisyen di rumah katanya, tiba-tiba anak kita berdiri d hadapan TV. Untuk pertama kalinya otak yang pertama tadi akan memberikan idea supaya menyuruh anak kita tadi pergi tepi sikit. Dan anak kita masih lagi tidak beranjak dari depan TV tersebut, kita masih lagi menyuruhnya untuk beredar kerana kita mahu menonton. Tetapi untuk ketiga kalinya otak yang utama tadi akan terus membuat keputusan dengan cepat tanpa mempertimbangkan idea-idea dari otak pertama tadi dan mengambil rotan atau apa sahaja yang sempat dan akan cuba menghalang anak kita tadi dari terus berdiri di depan TV. Dan setelah beberapa minit berlalu selepas kita merotan anak kita contohnya, kita akan mula merasa menyesal dan mula mempertimbangkan apa yang telah kita lakukan. Katanya lagi untuk mengatasi masalah otak kedua berfikir secara tidak normal kita bolehlah mengira satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan hingga sepuluh jika terjadi situasi otak pertama lambat berfikir untuk proses memperlahankan otak kedua membuat keputusan yang melulu. Ia makan mengalami proses untuk bertindak. Dan idea ini juga perlu selalu di praktikkan jika terjadi perkara seperti ini tambahnya lagi. Aku berfikir sejenak, "boleh pakai jugak idea nih..hehe".

Ini juga sering terjadi apabila kita sedang memandu kenderaan. Dengan tak semena-mena sebiji kenderaan dengan tergesa-gesa memotong dengan bahaya di hadapan kita. Tiba-tiba perasaan kita akan terus marah dan tidak puas hati. Ini juga di sebabkan otak kita yang utama itu yang telah membuat keputusan yang tergesa-gesa tanpa memikirkannya terlebih dahulu.Dan kalau lebih teruk lagi kita akan cuba mengejar kenderaan yang memotong kita tadi dan terjadilah 'KL Drift' versi live kat jalan raya. silap-silap kita yg 'drift' jatuh longkang. haha baru padan muker..

Kembali pada awal perbicaraan ini tadi, manusia akan menciptakan dunianya yang tersendiri. Jika dia berminat tentang dunia perniagaan contohnya, dia akan menciptakan apa sahaja yang akan meningkatkan perniagaannya. Contohnya mereka akan mengambil kursus-kursus tentang perniagaan, tentang kereta apa yang ahli perniagaan pakai serta tak kurang juga dengan media masa, mereka akan cari apa-apa sahaja radio atau televisyen yang bersangkutan dengan bidang yang mereka 'create' kan tersebut. Malahan golongan 'businessman' ini akan lakukan 'apa sahaja' demi kejayaan dalam bidang yang mereka masuki ini. Bagi yang menceburi bidang nyanyian ataupon lebih tepat lagi hiburan, dunia mereka akan berubah 100% dari segi gaya penampilan, lifestyle serta apa sahaja berkenaan dengan hiburan, mereka akan mendapatkan segala maklumat. Ada yang boleh membuat announcement kat media2 yang mengtakan mereka tak biasa bangun pagi, ada juga yang terlibat dengan gejala dadah dan tidak segan silu memberitahu dunia inilah kehidupan seorang artis yang terpaksa mereka hadapi demi mencari sesuap nasi. alhamdulillah katanya kalau ada menang anugerah apa-apa di pertandingan-pertandingan yang di anjurkan. Perkataan Alhamdulillah tu bagus dah, tapi tak kena tempat kot.. "Bang Mawi, Kenduri jgn gempak sangat, nanti verai pon gempak gak.." aduss.. nilah kehidupan yang telah di cetuskan untuk golongan ini. adush...

Tidak kurang juga para ahli agama, ada yang ingin menjadi tahfidz, ada yang ingin menjadi ulamak serta pelbagai perkara lain lagi yang bersangkutan dengan apa yang mereka ciptakan untuk diri mereka sendiri. Tapi untuk idea menjadi ahli agama ini baguz sebenarnya. Kerna ada hadis yang pernah mengatakan 'tuntutlah ilmu sampai ke negeri China'. Dan ada hadis yang lain mengatakan ' Tuntulah ilmu sejak dari buaian sampailah ke liang lahad!'. Apakah Nabi menyuruh kita menuntut ilmu-ilmu 'LAW OF LONDON?'

Persoalannya sekarang ini, jeniz kehidupan yang bagaimanakah yang sebenar2nya yang ingin kita tetapkan untuk diri kita? Apakah dengan pelajaran dan juga ilmu-ilmu yang kita tuntut itu mendapat tempat di sisi Sang Pencipta?

Inilah sebenar-benar kehidupan. Inginkan sesuatu di sisi Allah. Jika kita belajar di London contohnya 'LAW OF LONDON'. Law of London lagi, (hehe) kemudian bila kita selesai belajar dan dapat menjadi peguam lima enam tahun kemudian kita dijemput oleh-Nya pulang ke Rahmatullah. bagaimana ya? Apakah tidak rugi atas apa yang telah kita pelajari itu?. Mungkin kita dapat mempertingkat ekonomi keluarga kita dengan menjadi peguam contohnya. Ya, ini baik. Keluarga kita dapat hidup senang dan tidak akan meminta-minta terhadap orang lain. Bagus, tetapi apakah dengan ilmu nya 'London' ini kita dapat meninggalkan 3 perkara yang telah d sabdakan oleh Nabi? pertama, Anak-anak yang soleh, kedua, sedekah jariah dan yang ketiga ilmu yang di munafaatkan. Kerna jika ini sabda Nabi saww, ia adalah yang terpenting dan tidak ada perkara lain lagi yang sepenting ini untuk para umat Baginda. Jika boleh, Alhamdulillah dan syabas saya ucapkan. Anda beroleh ketenangan di dunia dan akhirat. Inilah sebaik2 ketenangan.

Manusia tetap akan menciptakan sesuatu untuk dirinya. Jika hal yang di ciptakan yang pertama tidak berlaku, kita akan terus menciptakan apa sahaja untuk kepuasan naluri kita. Dan dengan ilmu-ilmu yang bermunafaatlah kita dapat menciptakan dunia kita dengan penuh kebaikan di samping bersedekah dan berdoa kerna bersedekah dan berdoa pasti akan merubah takdir hidup kita. Inilah kata kunci yang amat besar dan dalam maknanya untuk seorang yang telah di ciptakan oleh Tuannya untuk para hamba.

Menyingkap denai-denai dalam unggun yang berbaur terik,
Berjalan d antara pondok ke pondok renyai,
Apakah tersingkap akan makna dan hakikat lembayung angin yang berhembuz,
tanpa perlu di singkap?

Larian anak-anak yang menuju ke suatu busur yang terarah,
meluaskan secebis kain puteh untuk d loretkan warna-warna pada,
suatu Troly yang bergeser d antara hijau dan jingga..
Manakah janji - janji sblom angin itu d hembuzkan pada suatu kalimat?

Berlarilah mengejarnya kembali untuk sekuntum bunga yang bercahaya,
Bunga yg telah melahirkan keselamatan untuk anak-anak dunia berleretan menuju
ke arah suatu padang yang amat indah jika d singkap makna2 duniawi...

(BUNGA NARGIS)

Saturday, October 25, 2008

Faisal Tehrani

Apa sudah jadi? Blog faisal Tehrani telah d remove oleh pihak Blogger. Blog beliau adalah antara yang terpopular kerana ramai pengikut setia Blog ini. Camner yerk.. Hasil kerja sejak dari 2005 Faisal terbuang sia-sia. Pemenang anugerah sasterawan negara 2006 ni akan 'come back' dont' worry be happy."Buat web lain plak, pakai wordpress plak brader". Mesti ada sebab kenapa pihak Blogger 'meremove' kan blog beliau. kita nak tau sebabkan. Manalah tahu ada tata susila yang tidak tertib telah d langgar oleh pihak FT (Faisal Tehrani).Kadangkala dalam keasyikan berkarya kita tidak sedar akan menyinggung sesetengah pihak. Tapi apakah kesinggungan itu begitu penting dari luahan2 rasa anak2 malaysia yang begitu berbakat dan geniuz ini?. dari siapakah setiap kebaikan itu?

Cobaan dan dugaan ini amat berat bagi FT. Moga beliau tabah dalam setiap ujian-ujian yg telah d uji pada beliau. berpeganglah pada satu hadis Nabi saww." Jangan sangkakan kamu seorg yang beriman sebelum d datangi ujian-ujian." Kerna dada-dada yang telah d uji keimanannya sahajalah yang dapat menerima rahmad serta jalan-jalan yang telah d janjikan oleh-Nya. Urusan Allah ini amat sulit dan d persulitkan oleh Allah untuk para hamba merenung dan berfikir setiap anugerah dan kurniaan utk suatu nikmat yang kekal. Sebenar-benar nikmat.

Harapan kami dari sahabat-sahabatmu FT, jangan berputuz asa dan teruzkan perjuangan d dalam menyampaikan apa yang d ilhamkan oleh Allah untuk suatu kebaikan. Perjalanan menuju suatu makrifat ini adalah sesuatu yang bisa d pamerkan dgn ilmu2 yang berguna. Bukankah Rasul pernah bersabda," manusia mati meninggalkan 3 perkara, anak-anak yang soleh, sedeqah jariah dan juga ilmu yang bermunafaat." Yah! tinggalkan semua ini tiada yang lain sebaik ini untuk renungan semua umat Baginda saww. Dan sesungguhnya setiap perkara tidak kira baik atau burok itu pasti akan d balaz. Sesungguhnya janji Allah untuk semua para hamba. salamz sejahtera untuk semua.



Friday, October 24, 2008

Merekakah itu?


Kenangan Dalam Suara Kerikil

Mengalunkan Dedaun Lembut Menderu

Melagukan Sesuatu Ungkapan Dalam Sirna Rahsia

Apa mungkin bersujud menyembah bumi tidak terpandangkan sesuatu?

Bibit tali-tali d antara langit dan bumi terus di saksi,

hanya dada-dada yang memeluhkan keringat yang pasti akan jalan-jalan ini.

Untuk setiap posisi memberi hujah-hujah berdiri

Saksikanlah dan renungkanlah

Ini adalah janji-janji yang pasti terpatri...

Bersaksilah... jika ada atau tiada.

kerna kesaksian ini adalah saksi yang paling utama utk suatu rukuk dn sujud..

Thursday, October 23, 2008

Suara Keinsafan Dalam Hidayah Allah

Hakikat tudung

sebuah kisah...

"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.
Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!
Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati
Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??
Isteri jiranku: Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?
Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..
Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...
Annisa: apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..
Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka...
belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..
Subhanallah ...
Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah
saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

Tuesday, October 21, 2008

Kata Akar

"Adapon hak ayahmu adalah engkau haruz tahu bahwa dia adalah asal-muasalmu. Bila bukan kerananya, engkau tidak akan ada. Maka, apapon yang engkau lihat dalam dirimu, jgn membuatmu kagum. Ketahuilah bahwa ayahmu adalah penyebab engkau mendapat kenikmatan." - Ali Zainal Abidin

Titik Hitam Dalam Jiwa


Dunia dan roda basikal, terkadang kita d ataz dan terkadang kita d bawah. Itulah pusingan kehidupan. hehe apa aku nk cerita ntah. Dua tiga arini aku agak sebok meng 'upgradekan' Blog ni. Nak bagi nampak tersusun sikit. Itu ari cam malaz jew nak layan. Tapi dua tiga arini asyik-asyik aku masuk kluar jew dalam page ni. ntah naper ntah. Habis member YM, Friendster n member2 jiran2 aku aku invite masuk blog nih. excited gila. macam la ni blog aku yg pertama. Sedangkan blog nih yg ke empat aku wart. haha gila..

Ada sedikit keresahan dalam hati aku pasal org Islam zaman millennium ni. Aku dah terserempak dua tiga kali abg2 kakak2 yg mmg aku tao mmg org Islam dari cara pakai, muka melayu n cakap mereka mkn kat kedai bukan org Islam. betul, itulah hakikatnya. Dulu maser aku buat servis pest control kat Sebuah Restoren Seafood d ss13 PJ, Ada satu couple suami isteri dgn bosz mat salleh mkn kart restoren tu. kalo korg nak tau mmg restoran tew restoran seafood, makanan laut, tetapi d balik tabir restoren tew, mmm susah nk cakap.. aku sebagai seorg pembunuh upahan (bunuh lipaz n serangga perosak la..) haha aku lebih arif ttg keadaan dan situasi serta selok belok d bahagian dapur tempat masak diorg. mmm.. ish ish payah nk cakap.. ader kuali2 n itik2 gantung serta binatg2 yg tak pernah ku lihat d mana2 kecuali d restoren2 chinese dan d dalam kebun tok siak berhampiran ngan rumah aku maser aku skolah rendah dulu. Cuba teka makhluk Allah yg manakah itu? huhu.. (najiz mugholazoh..) haha.

Aku kesian tengok pasangan tew. Nak kata tak tak pandai, tengok dari gaya macam golongan yg terpelajar. Ada gaya2 golongan pertengahan. datg naik Alphard lak tew. mmm susah nak cakap. tu yg aku hairan, Nabi kata tuntutlah ilmu sejak dari buaian hinggalah ke liang lahad. Ilmu apa? Law of London kah? ish ish.. lu pk la sendiri la kan.. susah gak.. nak komen. Ikut ilmu mak bapak masing2 kan nk suruh anak dia mengaji ilmu apakan.Aku rasa la.. Nabi suh tuntut ilmu2 akhirat kerna kalau kita ikutkan dunia ni hanya sementara. Dan apakah ilmu2 dunia ni memberikan kita munafaat d ataz secebiz nafaz yg d pinjamkan ini? mmm.. Ajarkanlah anak2mu memanah, ada satu lagi hadis Nabi. Tengok mak abah kita nak sasarkan busur panahan kita ke mana. Kalo busur panah tersebut d sasarkan ke akhirat, InsyaAllah.. senanglah kita hendak meniti titian sirath kan.. mmm renung-renungkanlah .

Pagi tadi aku nampak lagi kat petaling Garden berhampiran kawasan umah aku, ada satu kedai mamak. Dulu aku mmg ingat kedai ni kedai mamak sbb muker2 org2 yg bekerja kat kedai tew cam sahabat2 kita dari India yg slalu mamak2 import untuk bekerja d kedai diorg. Dulu aku ada gak beli roti canai n kadang2 beli rokok suria batg2 skali skala. Tapi selepaz dua bulan yg lalu, mereka telah merenovationkan kedai mkn tersebut. Nah! baru nampak kenakmuntahan aku masa tew. Rupa2nya kedai india. Sbb ada tokong sikit punya besaq deppa letak kat sudut tepi konter depan2 lak tew. uwerrkk... ish ish uwerrkk.. perut buncit siap ada bunger lagi kat tengkuk. Agak2 paraz dada aku ada la.. tinggi tokong tew.. dok dalam bekaz. Bawah dia ada air terjun. ish ish. Tapi yg tu bukanlah topiknya. Masalahnya masih ada lagi kakak2 yg pakai tudung n brader2 yg muker melayu dok layan mkn kat situ pagi2 n malam2. Bila lalu situ aku mesti usha punya. aduss... dengan lahapnya depa mkn berlatar belakangkan ketui batu tadi. ish ish.. Apa nk jadi yerk?

Yang tulah yg aku nk coretkan buat teman2 yg boring2 yg dok baca tulisan aku nih. Sbb makan2 nilah aku rasa mcm2 hal terjadi pada kita sekarang ni. Tak pilih tempat, 'selesa' katanya. boleh lepak2 smbil tengok2 org lalu-lalang. owh.. D mana kesensitivity kita dalam bab-bab macam ni? Semua org pon ngaku org Islam, n aku nak tanya dari sumber yg benarkah Islam kita ini? Dengan kejadian2 serta masalah2 yg terlampau bnyk zaman ini serta bnyk bencana2 yg berlaku, tidakkah kita terfikir untuk meng'upgrade'kan Iman serta ilmu kita? Adakah cukop apa yg kita ada skang untuk bertemu sang Pencipta? "Allah Tidak Akan mengubah Nasib Sesuatu Kaum Melainkan Kaum itu Sendiri Yg Merubahnya"- fiman Allah.

Aku rasa cukop smpai d sini dulu utk harini. Moga segala yg kita pelajari menjadi suatu munafaat, berkat serta redzo d sisi Allah. Salawart!






Sunday, October 19, 2008

Setia Selamanya


MInum Milo Anda Jadi Sehart Dan Kuat!.

Buat teman2 yg sudi meluahkan sesuatu yg bisa bergema ruang otak dalam secangkir perlayaran aku amat berterima kaseh kerna kalian tahu yg kalian hadirkan itu akan membawa suatu munafaat walopon sekecil sikenit. Dan untuk sahabat2 terdekat aku mahu berpesan jgn kauorg suka2 sgt d dalam setiap kebaikan yg kauorg terima dan jgn bersedih sangat d ataz apa yg d datangkan ujian untuk kauorg-kauorg.. jgn lupa truzkan spray hati korg dengan ilmiyyah-ilmiyyah yg teruz menggugah erosi kalian..

Salamz kenal utk jiwa2 yg d ciptakan kerna suatu golongan.

- bEReL

Wednesday, October 15, 2008

Madzhab Cinta

"Melakar cinta yg satu" inilah suatu ungkapan yang ku baca d suatu blog kepunyaan teman baru. Ia menggambarkan suatu rasa dan anugerah Ilahi ttg cinta itu. Cinta adalah kurniaan Allah yg d semaikan dalam jiwa setiap insan yg berperasaan yg unik ini. Cinta d tafsirkan oleh pelbagaian sudut dan bicara. Apakah Definasi cinta yg tepat?

Muhammad Al Musytofa adalah Seorg Rasul yg d utuz untuk rahmat sekelian alam. Baginda adalah Kekasih Allah, Al-ameen, Penghulu segala Nabi dan d ciptakan dari Cahaya Allah. Apakah ada makhluk lain lagi yg layak d beri maqam seperti ini d sisi Sang Maha pengaseh dan Maha pemurah ini? ini adalah Rahsia Allah yg paling agung dalam penciptaan Rahsia. Dalam suatu Riwayat mengatakan Nur Muhammad d ciptakan sebelom adanya penciptaan cahaya dan masa.

Kecintaan pada diri membolehkan sampainya sesuatu tujuan pada percintaan yg sebenar dalam erti kata mengenal suatu makrifat. Dalam pasca keluhuran ini akan tersingkap dari mana asalnya kewujudan cinta pada jiwa dan erosi yang akan kembali pada bentuk kesempurnaan haq penciptaan. Selapot- selapot penciptaan manusia itu sebenarnya adalah kesempurnaan. Ini boleh d lihat dalam kewujudan penciptaam Adam a.s. Kesempurnaan yg tiada bandingan melebihi penciptaan makhluk2 lain. Apakah sebenarnya tujuan penciptaan manusia ini? kerna setiap yg d jadikan oleh Allah ada sebab dan musabab. Apakah sebenar hakikatnya penciptaan ini?

Cinta yg suci akan D hadirkan dalam setiap nafaz yg terhembuz untuk sesuatu yg suci juga. Contoh cinta yg paling agung adalah kecintaan pada Allah dan RasulNya. Apakah hati2 yg jiwanya tidak tenteram akan mendapat tempat untuk cintakan sesuatu yg amat Agung? Kita hanya mendapat secebiz cinta-cinta yg berlandazkan nafsu dan cintakan al haq iaitu cintakan ibu dan ayah kerna hanya cinta 'biasa ini' yg bisa Allah kurniakan setimpal apa yg hati kita amalkan.

Umpama buaian ngeri manusia akan bersemi dengan kecintaan setimpal dengan keluhuran dan tingkatan dan tidak lebih dari itu. Hanya dada yang d bersihkan dengan zikrullah akan teruz menembusi suatu maqam d sisiNya. Secangkir cinta bisa d rasakan jika pencarian cinta yg sebenar itu bisa d rombak untuk kecintaan yg sebenar-benar cinta.


Selamat melayari erti cinta sebenar dalam tangisan 'Madzhab Cinta'

Balada Meruntun

Hari ini hari yang ke-14 Syawal d rayakan oleh semua umat Islam. Ada yg selesai mengerjakan ibadah sunat dan ada yg masih mencari-cari suatu hakikat yg bisa berombak lesu. Pelbagai keraian d sambut d bulan yg penuh kegembiraan ini tanda kemenangan untuk suatu kemenangan. Kadang2 aku terfikirkan apakah semua yg d raikan mendapat keredhoan Allah untuk suatu keputusan yg berlandazkan sikap2 para HambaNya yg begitu bijak dalam memilih kehidupan?.

Ya.. pelbagai ragam manusia yang dapat kita lihat hari ini. Kepelbagaian itu mencerminkan kuasa Dia yg telah memberikan pelbagai anugerah untuk d renungkan. Ada yg memilih jalan untuk membuat kezaliman, ada yg berbaur sombong, baik, bijak, angkuh, jujur, menolong, dan berbagai tindakan lagi yg bisa d ertikan sehari-hari. Dalam kepayahan mengiramakan kurniaan Allah ini.. kadangkala kita merasakan sesuatu yg d luar jangkauan. Apakah kita d ciptakan untuk melayari semua ini? Bersuka ria, sebok dengan urusan dan tanggungjawab serta kadangkala mersakan jika kita tidak berusaha pasti kita tidak akan berjaya. Apakah benar?

Doa dan bersedekah boleh merubah takdir? bagai d rasuk sesuatu yang murni, aku senang menerima hadis2 sebegini. Aku ingin merubah takdir hidupku agar menjadi lebih baik dari apa yg aku impikan kerna manusia hanya menggunakan senjata berdoa sebagai yg terakhir dan kalimah Basmalah adalah yg paling menakjubkan. "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.." itulah ungkapan yg terbaik, yang telah d anugerahkan oleh allah untuk Sang kekasih. Tiada makhluk lain yg menyamai al mustofa rahmat sekelian alam kecuali Sulaiman a.s kerna basmalah ini. Moga ucapan bismillahirrohmaanirrohimku tumbuh kecintaan ku pada Muhammad dan ahlul baytnya yg suci.. Ya Ilahi.. ameen...

Ketakutan pada sesuatu benda selain dosa-dosa yg kita lakukan adalah bukan suatu ketakutan yang baik. perumpamaan ketakutan pada suatu hakikat yg tidak sebenarnya perlu kita takuti. metafora diri kadang2 menyemaikan ketakutan itu untuk sebuah pencarian yg entah apa2 yg kadang2 boleh melemahkan suatu kepercayaan pada al Haq!. dan ia adalah suatu ketakutan yg ngeri. Apakah kita mampu utk tunduk dan takut selain itu? Belajarlah berjalan untuk suatu ilmu yg bermunafaat supaya mata hati yg d anugerahkan akan tersingkap dan ketika itu dunia ini bagaikan suatu yg amat indah jika kita mengambil apa2 yg berbakti untuk suatu nafaz d sana.

Salamz kemaafan untuk suatu renungan buat teman yg bisa mengerti apa itu lafaz. Aku berterima kaseh untuk insan yang sudi menghamburkan masa dan keringat untuk sebuah kebaikan yang kadang2 aku pon tidak dapat mengerti apa itu kebaikan. Kerna suatu perasaan itulah yg akan membuat suatu keputusan yang bakal d uluzkan oleh jiwa2 yg inginkan suatu pengharapan. Dan tidak semua pengharapan itu bisa beroleh kemenangan. Kerna ia d ciptakan untuk sesuatu yg mulia d sisiNya bersama illusi- illusi terindah.

Tekadkan Jiwa Untuk sebuah Keinsafan.

Tuesday, October 14, 2008

EPISOD LUKA

AMARAHKAN UNGKAPAN YG TAK BERBAUR
PADA SEBUAH PENGHARAPAN YANG MUNGKIN TERABUR
D ANTARA SUATU RASA DAN JIWA
APOKALIPS SEPI M`ALUNKAN SESUATU

BERMULA SERUNGKAI KATA
BERAKHIR SUATU RASA
IA AMAT MEMBERI SUATU KURNIA YG TAK TERHINGGA
JALANAN YANG MEMUNGKIN SUATU PENGHARAPAN

EPISOD-EPISOD SILAMZ BERGANTI TANDA JANJI TERPATRI ANTARA DUA
KELUHURAN MENCERMINKAN SUATU AMANAH YG SESUATU DALAM RENUNGAN EROSI
BERUNGKAI HIKMAH DAN SILANGKA ..

AMARAHKAN JIWA AMARAHKAN AMARAH
BERBINGKAI KECIL DALAM SEIRAZ RASA YG TERPAUT BERGUNTAI SEPI
SILAP ANTARA PERHITUNGAN DAN PERJUANGAN BERENTAK AMARAHKAN DUNIA

LAYARILAH SUATU KENIKMATAN YANG PERLU D UNGKAPKAN...

Thursday, October 9, 2008

(E)- Sebuah Perjalanan Ramadzon

salamz sejahtera buat teman2 , sahabat2 serta untuk yang d pinjamkan nafaz oleh Sang pencipta. Sudah agak lama aku tidak mencoretkan sesuatu d dalam blogger ini. Mungkin kerana saat dan ketika ini banyak masa aku ditumpukan untuk pekerjaan dan aku tidak punya banyak masa untuk meluahkan sesuatu.

Dalam Kehidupan yang agak melemazkan ini, sumber2 sesuatu yg mana kita teruz menghadapinya dari hari ke hari amat luas pengertiannya. Suatu ketika manusia tidak boleh berbuat apa-apa setelah berusaha bersungguh2 pada sesuatu perkara yang d lakukan. Dan pada peringkat ini, hanya pada sesuatu yang paling menentukanlah kita akan bertawakkal. Kadang-kadang fikiran2 yang agak kurang bernaz menjadi faktor pada ssuatu perkara untuk kita membuat keputusan. Dan dengan ilmulah kita tahu menilai sesuatu itu baik atau burok.

mmm.. bagaikan suatu ketenangan yang tak tergambar terhias d wajahku dan dapat d rasakan oleh orang2 yang berdekatan dgnku. mereka merasakan aku agak ceria kebelakangan ini. mungkin faktor2 sekeliling telah merubah segala pemikiranku kini. Aku tidak lagi melayan segala yg aku ketahui dan meluahkan pendapat serta kefahaman ku pada orang lain. Aku banyak tumpukan konsentrasi pada sesuatu persoalan itu perlahan demi perlahan. Alhamdulillah.. dengan cara ini aku dapat berfikir dengan lebih tenang dan merenung.

Suatu ketenangan itu dapat d tafsirkan melalui kekuatan dalaman diri yg mendesak fikiran untuk suatu keputusan hati yg bukannya dari nafsu, tetapi dari ilmu. Patutlah ku lihat org2 yg berpendidikan tinggi agak lain dan formal pemikiran mereka. Mereka tidak cepat melatah jika sesuatu masalah itu menimpa. Cuma sesekali berkaitan dengan jiwa mereka agak gugup untuk sebuah keputusan. namun kembali pada hakikat ketenangan itu sendiri ia adalah suatu kebaikan. dan dengan kebaikan ini akan mencipta lebih banyak kebaikan untuk sesuatu kebaikan.

Renung renungkan lah pada suatu titik pada penghayatan kehidupan manusia ini. Pelayaran d pukul ombak, angin melintang, panahan terik Sang mentari dan berbagai dugaan mesti d tempuhi. Namun perlayaran haruz d teruzkan untuk suatu perlabuhan. Mesti akan berakhir juga. Kalau seekor helang terbang dengan bebasnya d langit, tidak kira apapon keadaannya, untuk apa sebuah pencarian itu? apakah suatu perlakuan itu suatu yang sia2? renugkan makrifat sesuatu pergerakan, pasti ada sebab dan musabab pada suatu cerita.

Oh! bertemu dan berpisah adalah kejadian2 yg pastinya ada yg gembira dan ada yg menyakitkan. Selagi opera kehidupan teruz d hayati dunia ini akan teruz bergelombangkan sesuatu yg sukar dan payah d tafsirkan. Jika d bukakan pintu2 yg tersirat ini maka suatu cahaya akan teruz memancar dan tak akan padam dan ini adalah sebenar benar cahaya. Cahaya yg dapat memingsankan Musa a.s d tursina, dan cahaya2 yg telah mengajarkan Jibrail siapa Tuhannya dan siapa dirinya. Ini adalah suatu Rahsia yg perlu d singkapkan bagi dada2 yg telah d rombak menjadi suatu yg istimewa.

Bisikan, belaian, ungkapan dan perasaan dapat menghiburkan dan mencetuzkan suatu idea untuk manusia menilai kebaikan dan keburukan. Namun dengan nafsu yg meronta semua tadi menjadi suatu keresahan yg amat berpanjangan. Dan hanya landasan2 serta jalan2 yang benar yg dapat mengubat pada erosi dan jiwa2 yg maseh bernafaz.

Salamz aidilfitri bagi yg merayakan syariat dan hakikat.

Dan salamz ketenangan untuk Si pemberi ketenangan dan untuk penghiaz ketenangan jua. Alhmdulillah...

TERIMA KASEH!
Powered By Blogger