Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Saturday, November 8, 2008

Satu Hari

Pagi ini aku merasakan sesuatu keresahan yg melanda. Perasaan ini agak berbaur sejak semalamz namun goncangan jiwa ini lebih parah pada hari ini. Sesuatu yg agak sesak dan tidak mententeramkan bagai ketidakpuasan hati, resah, sensitif dan aku lebih banyak berbicara yang agak penting-penting sahaja. Suasana pagi d jalan-jalan d sekitar petaling jaya menuju ke shah alam ku rasakan cepat berlalu. Pantas tanpa menunggu sesiapa pon.

Begitu juga aku fikirkan tentang kehidupan yang semakin pendek dan cepat masa berlalu. Jika baru dua minggu lepaz saja aku balik kampung, tup tup, harini dah hari sabtu n esok ahad, 3 hari lepaz ni balik kg lagi. cepat aku rasakan masa yang tiba. Perjalanan dari satu waktu ke satu waktu solat, bangun pagi subuh, pergi kerja dalam beberapa ketika dah masuk zuhur kemudian asar,makan minum borak dah masuk meghrib dan Isya'. Rehat kejap Tidur besok mulakan lagi hidup.

Sebenarnya semua umat manusia menunggu datangnya ajal. semua orang pon tak tahu bila ajal mereka akan sampai. Kalau kita perhatikan setiap hari berpuloh atau beratus ribu kematian d seluruh dunia yang kita saksikan. Apakah kita sudah bersedia untuk pulang ke sebuah rumah yang sememangnya asalnya muasal kita?

Jiwa yang bersih, baik perlu untuk sebuah masa yang bermunafaat. Di dalam kitab cerminan Hidayah pesan seorang ayah kepada anaknya, ada satu kisah yang amat menarik perhatianku. Di mana seseorang yang telah Allah masukkan ke dalam syurga masih menangisi kedudukannya di syurga tersebut. Mengapa? sedangkan Allah telah memasukkan ke dalam tempat yang Allah janjikan. Rupanya masih ada lagi ruang2 masa yang masih kita sisakan dengan tidak mengingati Allah Sang Maha pencipta. Dan sesuai dengan ibadah dan amalan kita kita hanya layak berada di suatu temapt (syurga Allah) hanya pada peringkat biasa. Masih ada lagi syurga2 yang indah d maqam yang tertinggi sesuai dengan setiap tingkatan Al-Furqannya kita.

Sebenarnya syurga dan Neraka ini adalah pembalasan yang Allah telah janjikan pada semua para hambanya. Tidak kira baik atau buruk sebesar zahrah pon akan di nilai oleh-Nya. Yang paling utama ibadah kesyukuran para Nabi dan para solihin bukanlah syurga tersebut , namun di sisi Allah. Itu adalah sebaik tempat.

Jam menunjukkan lagi 15 minit pukul 2 petang. Keresahan pada jiwaku tidak reda. Aku perlu pergi menunaikan kewajipanku pada Dia. InsyaAllah pengisian jiwa dengan kalimat2 yang sempurna pasti merubat dan menyucikan erosinya manusia. selamilah sedikit demi sedikit Mukjizat Nabi saww ini. dan patuhilah syariat2 yg telah d tetapkan pasti terubat cinta anda yang inginkan sesuatu cinta yg kekal. Cintakan sang Maha pencinta.

Salam sejahtera untuk yg mengharunmgi secangkir ujian2 duniawi. Moga setiap munafaat itu menjadi kebaikan untuk kita semua dan jalani kehidupan denagn penuh kesyukuran.

Alhamdulillah... (///_^)
Powered By Blogger