Sudut Kreatif

Thursday, February 5, 2009

doktor Cilik-Sayyed Mohd Hussein Tabataba'i

Kuasa Allah yang memberikan ilmu2 Rasulullah dan para imam ahlul bayt as. Saksikanlah wahai teman2 apakah kita tidak mampu untuk mendapat cahaya mata sebegini? Kita boleh, namun kita pasti terpaksa mengorbankan duniawi untuk ilmu2 yang bermunafaat sebegini.. Subhanallah.. pertingkatkan diri anda untuk sebuah kematian yang pasti!! itu yang dijanjikan... ALLAHUMMASOLLI'ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD...WA 'AJJIL FARAJAHUM!

Kawan2 dari jakim




Salamz kemaafan buat insan2 yang terluka akibat perbuatan mulutku atau perbuatan tingkahlakuku. Suatu hari yang agak kepelbagaian perasaan hari ini aku rasakan. hari ni aku lepak kat blog jakim dan berborak-borak dengan teman2 baru di situ.


Pelbagai pemandangan dan ragam cara perbualan manusia aku dapat tangkap melalui chat box yang disediakan di situ. Tapi yang paling aku kagumi adalah pemilik pada blog tersebut yang kool dan steady, iaitu ustadz zamihan.


Permulaan aku masuk ada dua tiga nick yang aku penah nampak 2-3 hari lepas. Setelah membaca apa yg mereka coretkan aku memberi salamz dan berbual dengan mereka. Ada dialog yang macam ustadz2 yang balik dari luar negara. Ada yang hanya mengganggu dengan soalan2 yang aku sendiri tak paham apa yg diorg bualkan. Dan ada yang bersikap memberi info2 di dalam chat box tersebut.


Selepas memberi salamz aku menegur member2 yang pernah nicknya aku lihat 2-3 hari lepas di mana masa tu aku membincangkan tentang ushuluddin yg aku copy kan di al-shia .com untuk aku tengok respon diorg tentang artikel2 mengenai akhidah ini. nampaknya semua macam kena kezutan, seorang pon tak chating masa aku pastekan akhidah berkenaan dengan 'wajibul wujud' itu. Setelah selesai hari tu takde respon apa-apa dari diorang dan aku bosan..terus bagi salamz aku kuit dengan gulungan ucapan penutupku.. 'SOLLU'ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD!!'. hari tu...


tengah rancak2 aku bersual kenal dengan ad satu kakak yg namanya 'aryna' (aku tengok blogspot dia mmg pangkat kakak2 pon..) ada seorang yang diorg panggil Tuan.. dgn memakai nick mahmud bertanyakan seseorang dekat situ bab takhiyyah. Dan maseh ada yang belom menjawab. Abg mahmud tadi bertanyakan sekali lagi.. kerna pada masa tu ada satu nick yg aku tak ingat namanya tengah memberi info2 tentang apa ntah.. dengan segera aku membuka kitabku. al-shia.com dan aku klik pada tajuk takhiyyah.


Dan aku copykan ayat 106 surah an-Nahl serta ayat 28 surah ali-Imran bagi Tuan mahmod tadi tengok. Dan masa tu takde sapa pon perasan. Aku taip lagi nama surah dan ayat, serta menyebut nama mahmud. Dia kata dia takde tafsir masa tu. Dan aku suruh dia tengok nanti.


Perbualan semakin rancak aku rasa sebab aku dah mula masukkan, bab2 pimpinan Ilahi. Aku cakap dari adam as sampai nabi kita muhammad saww Allah pimpinkan umat manusia,bagaimana dengan keberadaan umat Muhammad selepas itu sampai hari kiamat?. Di mana keadilan Ilahi dan hikmah pimpinan Ilahi itu? dan aku masukkan surah al-Baqarah ayat 124. tentang ibrahim as yg dilantik menjadi nabi, kemudian rasul seterusnya dalam ayat tu Allah melantik beliau as sebagai imam.


keadaan mula sepi.. macam bagi laluan ja kat aku. apa lagi.. aku mengatakan ini adalah kategori2 pimpinan Ilahi.. ibrahim as dilantik oleh Allah untuk dijadikan imam kepada semua umat manusia. Aku tanya depa. Kita bukan manusia ka? takda orang jawab jugak. Yang kita tau Nabi saww adalah dari keturunan Ibrahim.. dan apakah rasulullah tidak mempunyai keturunan? Ada orang mencelah.. bEReL nak cerita apa ni. tak fahamla.. aryna. Aku habaq, pimpinan Ilahi.. dia senyap ag.. dan aku teruskan memberi ayat ulul amri yang Allah sebariskan dengan perkataan Allah dan Rasul, maknanya ini adalah sebaris pimpinan Ilahi.. Dan aku bagi lagi dalil surah al-Maidah ayat 55 sesungguhnya wali kalian adalah allah, rasul dan orang2 yang beriman yang memberi zakat di dalam rukuk. Dan aku kata lagi..ini adalah pimpinan Ilahi..


Tiba2 ada seorang mencelah, dan dia membidas aku, dia kata aku cuba menyalurkan pendapat2 syiah.haha Aku gelak, dan tanya dia balik, ana bukan nak suruh antum jadi syiah. Ana nak bagi suruh antum semua tengok. Semuanya ayat2 yang ana bagi dari tadi tu semua dalam al Quran yg antum baca. Apa salah renung2 sikit. kan dalam al quran Allah banyak ayat2 Allah yg suruh kita fikir, renung, dan macam2 lagi yang Allah suruh kita pakai. Aku membebel lagi kerana akal nilah Allah ciptakan syurga, neraka, dosa pahala. so takut apa?


Lepas tu perbincangan jadi sengit. macam2 topik diorang soal siasat aku. aku jadi kelam kabut gak. Ada macam2 pendapat diorang bagi pakai akal. Aku relex dan tengok diorang nak tanya apa lagi. Tapi soklan2 yang diorang tanya aku memang dah hari2 aku baca. hehe. Macam2 ayat aku copy kat al-Shia. ayat orang2 yang pandai2 ijtihad la.. ayat ... ayat apa lagi tah.. tinggai ayat-ayat cinta ja aku tak bagi.. ayat-ayat cinta? ayat mana? hehe... ada... surah asy-Syura ayat 23? ada paa... kecintaan yg diwajibkan oleh allah pada al-Qurba..


Last2 alhamdulillah.. sepatah dua soklan diorang tanya tu dengan berkat pertolongan Imam zaman as(selawat ke atas beliau dan ahli keluarga beliau) aku boleh patahkan. ada saja idea yang boleh aku jawab. Sampai salah sorang dari diorang aku tengok dah lain macam. Macam dah nak ngamok. Aku slow kan dia dengan setuju pendapat dia. dan aku mintak maaf kalau2 kehadiran aku kat situ tak menyenangkan. Tapi aku kata, aku tengah belajar dan aku tak kira kat mana aku lepak kalau ada kawan2 yang sudi layan.. aku tanya. Dan sebelom berundur diri petang tu aku bagi salamz kat member2 yang diskusi tu. Diorang pesan kalau senang2 datang la lagi. hehe.. So, takde pergaduhan apa2 petang tadi. Aku hepi.


Tula aku nak pesan kat korang, kalau korang pi mana pon, masuk kandang rimau korang jangan dekat2 dengan rimau tu.. dok jaoh sikit, boleh masuk gak. tapi taleh tido la.. hehe.. kena pandai2 bawak diri. dan yang palingpenting, jaga akhlak dan jangan segan2 nak mintak maaf kat orang. walaupon kita takda salah apa2. itu ja aku boleh pesan kat korang. sekian makaseh.. maaf dipinta. =)