Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Saturday, February 14, 2009

Nisa' Batrisyia


"papa, call nisa'", Sms pendek dari nisa' untuk ayahnya. Sudah hampir sebulan setengah anak gadis yang berusia sembilan tahun ini tinggal di asrama sekolah Ma'ahad Tahfidz TTDI Jaya Selangor.

Anak gadis yang tidak mengetahui apa-apa tentang pengalaman hidup ini terus menyusuri jalan-jalan yang ditetapkan oleh keluarganya. Bersama perasaan rindu akan adik-adik, dan keluarga dia mengharungi perjalanan yang semakin sukar ini untuk sebuah masa depan yang semakin kelabu menuju akhir zaman.

Di 'sekolah' yang baru ini mengajar beliau erti sebuah persahabatan. hanya kakak-kakak dan teman-teman seumur menjadi tempat mengadu dan bermain. Tiada lagi tangis dan tawa nurin, tiada lagi 'muker selamba najwa dan tiada lagi kedengaran bebelan mama yang semakin hari semakin keras kerana tanggungjawab yang semakin berat. Tersemat dilubok hatinya ingin sangat pulang ke rumah dan melalui hari-hari yang mendatang bersama keluarga kembali.

Dengan jadual tugasan pelajaran yang padat, nisa' belajar segala-galanya. menghafal, menulis, mengira, membaca dan menjalankan tugasan-tugasan di asrama menjadi kebiasaan untuk anak gadis bakal mengharungi kehidupan di luar sana suatu hari nanti. Ayahnya berpesan pada dirinya, "papa nak semai ayat-ayat quran dalam diri kakak, kerna ayat-ayat inilah yang bakal menyelamatkan kakak di dunia dan akhirat." ungkap ayahnya.

Nisa' hanya mampu mendengar dan kurang memahami kata-kata ayahnya tersebut. Dia hanya tahu yang dia ingin duduk asrama. Dan belajar apa yang diarahkan oleh ustazah. nisa akan teruskan cita-cita akhirat papa ini. InsyaAllah. Untuk Opah, Atuk, Tok Ayah dan nenek, nisa' ucapkan terima kaseh kerana melahirkan seorang ayah dan ibu yang amat prihatin tentang masa depan nisa'. Terima kaseh semua.
Powered By Blogger