Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Friday, April 20, 2012

Syukur 110


Semalam aku agak ada yg tak kena. Dah lama aku tak Excident. Tup! tup terlanggaq sebuah pick-up HILUX kat jln serindit Puchong. Tulah agaknya kenapa ada undang2 yg digubal agar tak pakai henset semasa memandu.  Aku tengah sms kawan aku masa kejadian tu berlaku. Tup! tup! tayar depan masuk lubang masa tengah korner. Apalagi straight van meluncur perlahan membaham pintu pick-up tu tepat dan aku sempat elak sikit. Sekali gesel daa.. Abis bumper van kompeni aku sebelah driver bersepai. Lampu masuk ke dalam n pintu belah driver takleh nak bukak. Dua hari aku kena turun naik van tu ikut pintu penumpang.. hahaha...

Tapi Alhamdulillah apa yg penting takde kejadian nyawa melayang. Cuma eksiden kecil sj. Timbul di kepala aku, mungkin berkat amalan aku selalu bersalawat, kejadian ni jadi kecil dan tak memudhoratkan. Alhamdulillah.. terima kasih kat kawan2 aku yang ada dalam van tu, dan kepada pemandu pick-up tu tak tumbuk aku. Sebab tu aku kata salawat tu memang manusia perlukan.  Allah dan rasul-Nya tak perlukan salawat kita. Kita salawat ka tak salawat ka... Nabi tu tetap di maqam beliau.

Macam solat jugak, kita solat atau pon tidak Allah tu tetaplah Tuhgan Yg Tertinggi Zat-Nya. Kita yang memerlukan solat kita sebenarnya. Untuk kesempurnaan diri dan kesempurnaan kehidupan. Bukankah dalam Al-Quran Allah SWT berfirman, setiap kebajikan yang dilakukan manusia itu adalah kembali pada mereka kembali. Aku bersyukur sangat-sangat kerana pelbagai perkara yang telah terjadi semalam. banyak hikmahnya sebenarnya.

Mungkin kita tak suka dengan sesuatu perkara, namun itulah yang terbaik untuk kita, dan mungkin kita gembira dengan sesuatu perkara namun ianya bisa menghancurkan kita. Kembali pada kebijaksanaan Tuhan. Dia-lah yang menciptakan manusia sudah pasti Dia mengetahui apa yang terbaik untuk para hamba-Nya.

Aku rasa cukup sampai di sini saja yang dapat aku coretkan buat harini. Mohon doa teman2 agar aku dan keluarga diperolehkan keselamatan seharian. Aku jg mendoakan kalian agar senantiasa dirahmati selalu. salam dan salawat buat rasul junjungan Al Mustofa saww serta ahlul bayt baginda yang terpilih.
Powered By Blogger