Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Thursday, May 30, 2013

YOU ARE FIRED!

Hari ini aku dikejutkan oleh satu panggilan ke ofis yang disuruh oleh boss aku. Tapi sebenaqnya benda ni aku dah lama jangkakan dan cuma belom tiba masanya. Tajuknya aku diberhentikan kerja serta merta setelah 3 bulan aku berkhidmat di sana. Dan tanpa banyak soal aku ucapkan terima kasih kat boss aku kerana menjaga kebajikan aku selamani. Gaji memang tak pernah miss. siap awal lagi dah dimasukkan ke dalam akaun bank. Beliau memang seorang yang mengotakan janjinya. Cuma aku ada sedikit masalah dengan 'Madam' isterinya.

Tapi buat apa aku nak ceritakan tentang keburukan orang lain. Aku redza di atas sebuak ketetapan. Dan aku fikir positif ja. Mungkin Tuhan nak bagi aku ujian kerja yang lebih baik dari ini. Dan aku tetap selesaikan tugasan aku sampai akhir. InsyaAllah, aku berpegang pada satu kata2 para Imam Ahlul Bayt as yang mengatakan, "seorang mukmin itu apabila dia di suatu tempat, ketiadaannya dirindukan dan keberadaannya menggembirakan hati manusia di sekelilingnya." InsyaAllah..

Aku percaya rezeki, anugerah dfan sebagainya di tangan Tuhan. Dan aku mendoakan agar orang2 di sekelilingku dapat bersabar dan dianugerahkan ketenangan semasa terkena ujian ini. InsyaAllah..
Kita ada penolong dikalangan manusia yang Allah telah tetapkan sebagai WALI. Dan kepada siapa lagi kita ingin memohon pertolongan kalau bukan selain DIA?

SALAM SEJAHTERA KE ATASMU WAHAI IMAM PENYELAMAT SANG MANUSIA.

Wednesday, May 22, 2013

HURU-HARA HIDUP INI


Salam sejahtera,

Bismillah...

Dua tiga harini aku memang tengah gila nak  cari basikal. Pantang lalu depan rumah orang kalau ada basikal Racing atau Mountain Bike aku akan perhatikan. Dok bajet2 dapat gaji dua tiga hari lagi aku nak tangkap sebijik. Rasanya tak mampu aku nak tangkap yang mahai2, kalau bajet dalam rm300 tu bolehla kot aku rasa.

Sebenaqnya aku tengah dok pikiaq, aku ni nak basikal ka nak kayuh basikal? Yang aku nampak mula2 dua tiga minggu lepas aku ada buat perbincangan dengan seorang member budak ofis kami nak kayuh basikal. Tak kisahlah basikal apapon. Dalam perancangan pertama nak tangkap basikal FIXIE. Ala... yang kaler hijau, orange, merah, kuning yang terang2 tu.. Tetapi, selepas aku jumpa seorang member lama aku yang kini dia pon dah mula main basikal, hati aku mula dah berubah kepada Basikal Gunung yakni MOUNTAIN BIKE pulak. Katanya, "Umor kiter dah 30'an, mana larat nak follow budak2 main kat road. Stamina kenas tinggi." Aku mula dah jadi kompius. Betui jugak katanya. Lani memang kayuh sorang2 dulu. Aku tau perangai aku ni. kalau dapat sesuatu, aku mula nak cari geng. N bila ada geng nanti.. macam2 nak buat lagi.

Dan aku terbaca dalam satu blog budak basikal jugak. Depa bagi suggestion bagi yang mula2 nak belajar main basikal eloklah beli MB @ Mountain Bike, sebab tayar dia boleh tukar2 main OFF ROAD n ON ROAD. Kalau beli Basikal Racing, susah sikit...

Dan aku pon taktau lagi macamana. Tapi yang betuinya, dua tiga harini memang aku 'GILA BASIKAL'. hehe.. Ok jumpa lagi. Mungkin sikit hari lagi aku ada Blog Khusus untuk aktiviti basikal aku.. InsyaAllah tunggu....~~~~~

Friday, May 17, 2013

ZONE TERAKHIR SEBELUM FAJAR

Assalammu'alaikum WBT.

Telah lama sy tak menulis di arena blog ni. Kesebokan yang teramat sangat. Tetapi Alhamdulillah, sebok yang diberikan oleh-Nya sebagai sebuah amanah dan ujian untuk sy telusuri. Ada yang berjaya ditewaskan dgn ujian2 ini dan ada juga yg sy tewas untuk menghadapinya. Biasalah, sy sebagai manusia biasa yg memilih untuk tidak menjadi manusia luar biasa seperti mana para manusia Ilahi di alam 'Azar dahulu. Dan sy masih berharap kepada DIA agar memindahkan sy suatu hari nanti dari dunia ini ke alam kekal yakni akhirat dengan sebuah keimanan yang tidak pudar. Ilahi ameen..

Benarlah sabda Rasulullah saww yg menyatakan bhw Islam ini bermula dengan terasing, dan akan berakhir dengan keterasingan. Dan berbahagialah para manusia yang beriman tersebut menjadi para jiwa yang dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya. Hakikat dari perjuangan kita semua di muka dunia ini adalah untuk beribadah dan menyembah Allah dengan sebenar2nya. Dan sejak dari dahulukala lagi, Allah telah contohkan banyak kisah2 tentang hanya sedikit sahaja manusia yg benar2 mengikuti DIA yakni Allah di dunia ini.

Sehingga hari ini, apabila seorang Hujjatullah datang menyeru manusia agar kembali menyembah DIA, sudah pasti tentangan demi tentangan akan di hadapi. Begitulah cabaran para utusan Tuhan tidak kira ianya berjawatan Nabi atau Rasul, Imam atau Khalifah, pasti akan mendapat ujian yang getir. Ini adalah SIKAP para manusia yg lupa akan di mana asal - usul mereka.

Namun harus diingat, Allah adalah yang menguasai segala sesuatu, dan DIA memberi kita akal fikiran umtuk menentukan arah mana yang akan kita tuju. Dan ilmu2 yang bermunafaat yang diajarkan oleh para manusia Ilahi sebagai pedoman untuk kitalah yang akan membawa kita ke jalan Tuhan yang lurus tanpa sedikitpon menyekutukan DIA Yg Maha Esa.

Salam ke atasmu Wahai Al Mahdi yang dijanjikan, kenalkanlah diriku akan diri-Nya dan sudah pasti aku bersedia untuk menghembuskan nafas yang terakhirku dengan kalimah syahid.


Powered By Blogger