Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Thursday, May 30, 2013

YOU ARE FIRED!

Hari ini aku dikejutkan oleh satu panggilan ke ofis yang disuruh oleh boss aku. Tapi sebenaqnya benda ni aku dah lama jangkakan dan cuma belom tiba masanya. Tajuknya aku diberhentikan kerja serta merta setelah 3 bulan aku berkhidmat di sana. Dan tanpa banyak soal aku ucapkan terima kasih kat boss aku kerana menjaga kebajikan aku selamani. Gaji memang tak pernah miss. siap awal lagi dah dimasukkan ke dalam akaun bank. Beliau memang seorang yang mengotakan janjinya. Cuma aku ada sedikit masalah dengan 'Madam' isterinya.

Tapi buat apa aku nak ceritakan tentang keburukan orang lain. Aku redza di atas sebuak ketetapan. Dan aku fikir positif ja. Mungkin Tuhan nak bagi aku ujian kerja yang lebih baik dari ini. Dan aku tetap selesaikan tugasan aku sampai akhir. InsyaAllah, aku berpegang pada satu kata2 para Imam Ahlul Bayt as yang mengatakan, "seorang mukmin itu apabila dia di suatu tempat, ketiadaannya dirindukan dan keberadaannya menggembirakan hati manusia di sekelilingnya." InsyaAllah..

Aku percaya rezeki, anugerah dfan sebagainya di tangan Tuhan. Dan aku mendoakan agar orang2 di sekelilingku dapat bersabar dan dianugerahkan ketenangan semasa terkena ujian ini. InsyaAllah..
Kita ada penolong dikalangan manusia yang Allah telah tetapkan sebagai WALI. Dan kepada siapa lagi kita ingin memohon pertolongan kalau bukan selain DIA?

SALAM SEJAHTERA KE ATASMU WAHAI IMAM PENYELAMAT SANG MANUSIA.

No comments:

Powered By Blogger