Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Saturday, April 7, 2012

GIGI

Kenapa kita sakit gigi? Menurut seorang Hujjatul Islam yang memegang sarjana Doktor yang bernama Dr. Ghiffari, permulaan segala penyakit itu bermula dari makanan yang kita makan. Sebab itu Rasulullah saww pernah bersabda, " Kalau tidak akan memberati umatku, maka akan aku perwajibkan bersiwak lima kali sehari sebelum solat." Ini bermakna kebersihan mulut dan gigi itu amatlah penting buat para manusia. Karena setiap yang kita makan itu akan melekat di gigi dan seterusnya akan menjadi 'ulat' gigi.

Teringat masa kecik2 dulu, ada sepasukan petugas dari bahagian pergigian datang ke sekolah untuk mengajar murid2 di sekolah dengan membawa satu sample gigi yang besar dan aku masih ingat lagi depa ajaq kami cara2 berus gigi dengan betui.. dan berpesan satu hari sekurang2nya 2 kali kita kena gosok gigi. Menurut pemahaman aku ketika tu (umuq aku dalam 11 tahun) waktu pagi nak p sekolah dan malam waktu nak tidoq. Effect dia amat menakjubkan aku kalau gosok gigi satu hari dua kali ja.. semua gigi geraham yang ditampal abis berlobang dan ada yang serpih keluaq dia punya simen dan ketika aku berumur 20 tahun memang dah parah. Hari2 setiap kali lepas makan memang seksa nak korek gigi guna pengorek.

Untuk pengetahuan korang jua, aku memang fobia pergi klinik gigi. Sampai ke harini aku tak pernah jengah ke sana. Faktor2 utama yang menyebabkan aku takut adalah karena 'org2 gigi' (kementerian pergigian sekolah pada tahun 1980'an) jugak. Sebab apa hampa nak tau? Depa punya belasah korek gigi budak2 dalam lori depa yg mai sekolah sampai terangkat juboq2 kawan2 aku dan termasuk aku jugak. Adoila... sampai la ni aku phobia nak jumpa doktor gigi. Sebab tu aku lani rajin nasihatkan anak2 aku jaga kebersihan gigi depa supaya jgn jadi gigi macam aku. Siksa wooo... Bukankah Allah sukakan kebersihan.. so rajin2lah gosok gigi setiap kali nak solat. Bayangkan satu hari 5 kali kita gosok gigi. Putih dak gigi kita? bersih dak gigi kita? macam org mandi 5 kali sehari..

Buat pengetahuan korang aku tengah sakit gigi lani. Gigi depan belah bawah, dah goyang. Ini hasil dari aku gigit kambing yg dimasakkan sup. Memang berdenyut. Ingat lagi setahun dua, kompom arwah! Aku dah dapat bayangkan macam mana rupa aku yang berusia 36 tahun takde gigi bawah sebatang. Mesti best. Tu bermakna Tuhan dah tarik nikmat makan benda2 yang keras kat aku. Bukan Tuhan tu zalim, tapi aku yang menzalimi diri aku sendiri dik karena kemalasan aku menjaga kebersihan gigi aku dulu.

Muga jadi iktibar untuk semua. InsyaAllah. Kalian doakan aku dan keluarga aku agar kami sentiasa beroleh keberkatan Tuhan di samping aku juga mendoakan keselamatan kalian di dunia dan akhirat InsyaAllah. Harap kita semua terus bersabar disamping menjalankan tugas2 yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada kita sebagai seorang Khalifah keluarga atau syarikat atau apa jua bidang yang kita ceburi. salawat serta Salam buat Nabi dan keluarga Nabi yang disucikan oleh Allah SWT untuk menunjukkan bahwa Dialah yang paling Sempurna di atas segala kesempurnaan yang dapat dibayangkan ataupon tidak. Salawat!
Powered By Blogger