Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Wednesday, December 24, 2008

Papa & Mama


Selamat bercuti d ucapkan. Menjelang musim percutian yg agak panjang ini pasti pelbagai aktiviti telah d rancang oleh ibu-bapa untuk anak2 yang maseh berbaki cuti sekolah mereka. Dengan kadar harga minyak telah turun ini pastilah kita tidak melepaskan peluang untuk merancang perjalanan jauh untuk keluarga. Dinasti yang bagaimanakah yang menjadi pilihan anda?


Mengikut pendapat aku, destinasi pulang menziarahi sanak saudaralah yang paling bermakna daripada smua destinasi. Ini dapat merapatkan hubungan persaudaraan serta menambahkan pengalaman anak-anak tinggal d desa yang penuh dengan kejadian alam yang sukar d dapati d kota2. Dan jika ada kenduri kenadara pastilah d situ akan terdapatnya perjumpaan2 saudara2 lama dan rakan2.


Dahulu aku pernah terdengar satu ungkapan dari seseorang yg mengatakan, ada tiga perkara yang jika kita tidak hadiri pasti perhubungan dengan keluarga akan menjadi jauh. Pertama, apabila ada kematian, kenduri dan juga hari raya. 3 kisah ini jika kita tidak dapat bersama pasti kita tak akan bertemu lagi perhimpunan keluarga. semaikan pada jiwa anak2 serta para remaja agar sensitif dengan 3 hal ini, pasti perhubungan saudara jauh dan dekat dapat d jalinkan.


Ibu dan Bapalah hamba Allah yang paling gembira jika dapat menghadirkan satu perasaan pada anak-anak untuk 3 perkara tadi. Kepatuhan anak-anak terhadap orangtua berasal dari pengetahuan yang benar dari Allah, sebab tidak ada amal kebajikan yang dapat membawa orang yang melaksanakannya lebih dekat kepada keridhaan Dia daripada kepatuhan untuk mempercayai apa yg d ajarkan oleh kedua orangtua demi Allah.


Berbahagialah mereka yang dengar dan patuh d atas segala perintah dan larangan Allah sekaligus menyemarakkan diri pada kepatuhan untuk ibu bapa.


Jika mereka keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan yang lain, sedangkan kamu tidak mempunyai pengetahuan apa-apa tentang itu, maka janganlah kamu turuti mereka itu. namun pergaulilah mereka dengan sebaik-baiknya selama hidup di dunia ini. Ikutilah jalan-jalan orang yang suka kembali tobat kepada-Ku. Kemudian kepada-Kulah kamu sekalian akan kembali pulang. (QS. Luqman [31]: 15)


Jadilah ibubapa yang baik yang mengajarkan anak2 tentang Dunia dan akhirat. Dan anak2 ini pasti suatu hari akan memilih untuk sebuah kebaikan yang mutlak. Salamz kemaafan buat semua.

Powered By Blogger