Sudut Kreatif

Sunday, September 23, 2012

5 Jarimu wahai anak



Salam, Aku nak cerita sedikit tentang pengalaman aku berubah bidang dari bekerja dengan majikan berubah kepada kerja sendiri. Pada permulaannya aku merasa begitu bersemangat. Tak tau pasaipa. Mungkin dalam bidang ni takda unsur2 curi masa, curi barang dan pelbagai kegiatan yang tidak memberkatkan wang yang aku dapat.

Walaupon dapat sedikit saja hasil dari aku meniaga dan kadang2 tak dapat modal balik pon, aku tetap bersemangat bangun pagi pergi hantar anak ke sekolah, pergi pasar dan pergi minum kat kedai kopi sambil baca paper. Aku rasa banyak masa pula sekarangni. Mungkin kerana sudah lama aku mencari-cari semua ini.

Dulu pon aku meniaga juga, tapi sekejap saja. tak tahan dengan tekanan2 org2 tersayang di sekeliling aku karena kekurangan perbelanjaan harian rumah dan pembayaran2 bil. Aku berhenti dan kerja balik dulu.

Tapi kali ni aku dah bertekad, walau apapon yg terjadi InsyaAllah dengan izin Tuhan aku akan meneruskan kerjani sampai aku berjaya. Antara hujjah2 yang aku bagitau org sekeliling aku, aku kata, dah lebih 15 tahun aku bekerja makan gaji. dan takde pon peningkatan dari segi perbelanjaan dalam rumah aku. Bahkan ianya menjadi mudhorat pada diri aku dan org lain. Dan dalam pandangan serta kajian aku, hidup di dunia ini atau lebih tepat lagi di KL ni, orang yang buat bisness sendiri yang lebih berjaya dalam hidup mereka. Ini pendapat peribadi aku. Mungkin pendapat orang lain berbeza.

Cuma perlukan sokongan moral, semangat serta melihat yang mana yang halal dan haram. Itu yang aku pentingkan sekarangni. Di samping bijak menguruskan masa untuk beribadah khusus seperti solat dan sebagainya. Aku gerenti, kita akan tenang menghadapi apa jua pon yang mendatang. Itu tanda syukur kita di atas ujian dan anugerah Allah buat kita.

Aku amat berterima kasih buat manusia2 yang banyak memberi tunjuk ajar buat aku jadikan pengalaman hidup ini. Baik dari segi negatif atau positif. Aku terima dengan hikmah yakni berfikir dan cuba memahami segala situasi dan muhasabah diri.

Ops, dah jadi macam diari la pulak tulisan aku kali ini. Aku ada cerita dengan seorang kawan, yang aku ada 12 blog penulisan yang akan aku wasiatkan buat anak2ku tercinta. Aku kata kat dia, suatu hari nanti, depa yakni anak aku tu boleh check, apa ayah depa buat masa zaman muda2 dulu depan komputer. Inilah kerja aku. Meninggalkan sesuatu yg bermunafaat buat pemikiran mereka suatu hari nanti. InsyaAllah... Ilahi ameen...

Dengan haq Muhammad dan Keluarga Muhammad yang terpilih untuk menjadi Wali para manusia semuanya, aku bertawassul melalui mereka agar menjaga keturunan aku dan menjadikan mereka manusia yang penuh sabar dan takut kepada Allah serta anugerahilah mereka akal dan pemahaman yang luas tenang diri-Mu  Wahai Sesembahanku... Aku menyerahkan mereka semua dalam renungan dan rahmat-Mu. Inilah pengorbananku yang kecil ini di dunia yang sementara ciptaan-Mu Ya Ilahi.

Allahummasolli'ala Muhammad wa Aali Muhammad Wa 'Ajjil farajahum..