Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Wednesday, December 31, 2008

Sakinah


Tak sampai hati tapak kecil itu
Melangkah jasad-jasad yang mazlum
Matanya tak berkelip, merenung dada Ayah yang lebur

Setiap langkah tapak kecil itu
Diiringi airmata yang turutsama meluruh
Sakinah dalam kepenjaraan semakin derita
Bukan kerna sakitnya cuping telinga yang direntap
Tapi kerna terampasnya anting-anting istimewa dari Ayah

Di setiap penjuru hanya tergambar senyuman dan ciuman dari Ayah
Memandang ke arah Makcik Zainab
Tergambar kepiluan kerna darah Ayah dikerudungnya

Memaling ke arah Abangnya (Imam Sajjad)
Air matanya kian mencurah-curah
“Semasa Ayah hendak disembelih
Abang tidak sedarkan diri, tidak mampu berbuat apa selain disuruh berdiam diri
Pasti Abang lebih merindui
Kerna selepas sedar Abang, Ayah sudah tiada lagi”.

Sakinah hanyut dalam pelukan si Ayah
Tatkala memandang ke dunia luar
Matanya melekat pada seorang anak kecil yang dipimpin Ayahnya..,
Air matanya kian mencurah-curah
Rindunya pada dodoian Husein semakin menebal,
Sentuhan si Ayah masih dirasai seluruh anggota
Tangisannya tidak erti siang atau malam.

Rasanya baru sebentar tadi
Telapak kecil itu mengusap-usap dada Ayah suci
Baru sebentar matanya terlena terlena diulik mimpi
Baru semalam Sakinah mengelap peluh Ayah di dahi
Menghulur segelas minuman untuk meredakan Ayah yang letih
Leher yang disembelih itu! Leher yang disembelih itu…
Itulah tempat Sakinah sering berpaut
Apabila Ayah hendak mengkendong
Itulah yang pertamanya Ayah hulur
Kini sudah terpisah semua itu
Hilang sudah tempat puteri comel itu bergantung
Semasa di Madinah sebelah petangnya
Abang Ali Akbar pasti mengejar-ngejar Sakinah

Dan Sakinah sentiasa berlindung dalam dakapan si Ayah
Manakala sebelah malamnya
Saat si Ayah keluar bekerja
Sakinah didodoi oleh Abangnya

Oh, alangkah tenteramnya hidup puteri comel di sisi keluarganya.

------
p/s; Sakinah merupakan puteri kecintaan Sayidina Husein yg bersama2 mengikuti bapanya ketika peperangan di Karbala menentang musuh Islam.

Wednesday, December 24, 2008

Papa & Mama


Selamat bercuti d ucapkan. Menjelang musim percutian yg agak panjang ini pasti pelbagai aktiviti telah d rancang oleh ibu-bapa untuk anak2 yang maseh berbaki cuti sekolah mereka. Dengan kadar harga minyak telah turun ini pastilah kita tidak melepaskan peluang untuk merancang perjalanan jauh untuk keluarga. Dinasti yang bagaimanakah yang menjadi pilihan anda?


Mengikut pendapat aku, destinasi pulang menziarahi sanak saudaralah yang paling bermakna daripada smua destinasi. Ini dapat merapatkan hubungan persaudaraan serta menambahkan pengalaman anak-anak tinggal d desa yang penuh dengan kejadian alam yang sukar d dapati d kota2. Dan jika ada kenduri kenadara pastilah d situ akan terdapatnya perjumpaan2 saudara2 lama dan rakan2.


Dahulu aku pernah terdengar satu ungkapan dari seseorang yg mengatakan, ada tiga perkara yang jika kita tidak hadiri pasti perhubungan dengan keluarga akan menjadi jauh. Pertama, apabila ada kematian, kenduri dan juga hari raya. 3 kisah ini jika kita tidak dapat bersama pasti kita tak akan bertemu lagi perhimpunan keluarga. semaikan pada jiwa anak2 serta para remaja agar sensitif dengan 3 hal ini, pasti perhubungan saudara jauh dan dekat dapat d jalinkan.


Ibu dan Bapalah hamba Allah yang paling gembira jika dapat menghadirkan satu perasaan pada anak-anak untuk 3 perkara tadi. Kepatuhan anak-anak terhadap orangtua berasal dari pengetahuan yang benar dari Allah, sebab tidak ada amal kebajikan yang dapat membawa orang yang melaksanakannya lebih dekat kepada keridhaan Dia daripada kepatuhan untuk mempercayai apa yg d ajarkan oleh kedua orangtua demi Allah.


Berbahagialah mereka yang dengar dan patuh d atas segala perintah dan larangan Allah sekaligus menyemarakkan diri pada kepatuhan untuk ibu bapa.


Jika mereka keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan yang lain, sedangkan kamu tidak mempunyai pengetahuan apa-apa tentang itu, maka janganlah kamu turuti mereka itu. namun pergaulilah mereka dengan sebaik-baiknya selama hidup di dunia ini. Ikutilah jalan-jalan orang yang suka kembali tobat kepada-Ku. Kemudian kepada-Kulah kamu sekalian akan kembali pulang. (QS. Luqman [31]: 15)


Jadilah ibubapa yang baik yang mengajarkan anak2 tentang Dunia dan akhirat. Dan anak2 ini pasti suatu hari akan memilih untuk sebuah kebaikan yang mutlak. Salamz kemaafan buat semua.

Saturday, December 20, 2008

Riwayat Kehidupan


Perjalanan yang mengasyikkan boleh membuatkan kita terbuai untuk pelbagai pemandangan. Dalam hiruk pikuk kita mengejar kehidupan yang lebih selesa kadang-kadang kita lupa sebenarnya apa yang kita cari itu bukanlah pencarian kita yang sebenar. Karena apabila kita mendapat sesuatu yang kita impikan kita menjadi puas dan kita akan memasang satu impian lagi untuk dipenuhi. Dan kita akan membuat sesuatu itu berjaya dikecapi lagi sehinggalah perjalanan kita terhenti pada satu titik di bawah suatu huruf barulah impian itu terhenti.


Suasana yang nyaman, bersama alam sekeliling bagai memberikan satu impak yang agak menghairahkan nurani. Dalam erti kata lain itu bukanlah impian kita yang sebenar jika kita masih lagi mencari impian seteruznya jika kita berjaya memenuhi impian pada permulaan. Landasan kehidupan itulah yang membuatkan kita tidak menilai dengan mata hati apakah impian sebenar manusia. Dahulu pada awal penciptaan manusia manusia adalah d ciptakan d dalam suatu tingkatan kebaikan dan berada d bawah tingkatan 'al-Furqan' iaitu lebih kebaikan @ extra kebaikan dan tidakakan melakukan keburukan. Ini adalah asal m uasal penciptaan tanah kepada bentuk manusia yang telah d anugerahkan semua kondisi keilmuan agar menjadi yang terbaik. Dan pada akhirnya manusia ini semakin hilang pedoman dan akan terus lalai hingga menjadi tingkatan yang kronik dan menyesakkan.


Inilah yg dinamakan perhitungan diri. Jika tidak ada sesuatu pun yang dapat membuat seseorang berpaling pada perhitungan diri (muhasabah) selain rasa malu akan dibawa ke penghadapan Sang Ilahi dan aib karena selubung rahsia-rahsianya terbuka, manusia akan menerjunkan dirinya dari puncak-puncak gunung dan bukan mencari perlindungan di dalam sebuah bangunan, atau makan, atau tidur, kecuali jika ia memerlukannya untuk mempertahankan kehidupannya. Kemana manusia dapat lari? Di mana Manusia dapat tinggal? manusia hanya dapat berlari pulang kepangkuan Tuannya.

Friday, December 5, 2008

Suatu Kisah


Salamz sejahtera untuk yg d wajibkan menjawab salamz. Ungkapan dalam makna yg sangat baik untuk semangat dan berkat Sang Pencipta. Mendoakan seseorang dengan kalimat yg amat redzo. Bagai limpahan air yang mengalir masuk ke dalam sebuah takungan dan teruz melimpah ketakungan yang lain dan seteruznya. Airnya tenang dan biru, nyaman serta mengasyikkan untuk para pemberi selamat sejahtera pada para Hamba Allah.


Ketika Zulaikha berjumpa dengan Yusuff as putranya Ya`kub as d dalam gerigil besi, beliau terpegun lagi dengan ketampanan Utusan Allah tersebut. Kali ini Zulaikha datang dengan seribu penyesalan kerana perbuatan yang terlampau terhadap pemuda yang kacak ini d dalam qamar d raja. Dia memuji ketampanan Yusuf as dengan perasaan kagum dan terpegun dengan anugerah Allah pada Yusuf as. Dan ketika itu Yusuf as mengatakan ada seorang pemuda yang bernama Muhammad yang akan hadir yang wajahnya bagaikan bulan purnama d kelilingi cahaya rahmad dan nur2 Arasy mengelilingi beliau.


Zulaikha merasakan kebenaran kata2 Yusuf as, dan mengakui pernyataan Yusuf as. Dan Yusuf as bagaikan terhantuk bertanyakan bagaimana zulaikha boleh percaya akan kata2nya sedangkan dia tidak pernah melihat wajah Muhammad. Zulaikha mengatakan dari Nama Muhammad yg d ungkapkan itu hatinya sudah menjadi tenteram. dan ia mengakui kebenaran itu. Dengan ini Allah meredhoi akan zulaikha sehingga akhir hayat beliau.


Ungkapan2 syahdu pasti lahir dari hati2 yang menunggu sesuatu bicara. baik mahupon burok terpulang pada ilmu para hamba. Dengan demikian catatkan sedikit ungkapan baik untuk menjadi suatu munafaat pada dunia yang akan hadir demi untuk kebaikan orang lain.


sampaikan salamz buat AyahBonda. Dan Selamat AidilAdzha untuk pengorbanan sesuatu yang baik. Salawat!
Powered By Blogger