Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Tuesday, August 19, 2008

BUMI D DEPAN PASTI BINASA

Mencari sesuatu yang munafaatnya adalah secangkir kebaikan yg mutlak..

Apakah pencarian dalam hal2 yg menguntungkan sahaja d perlukan pada pemikiran dunia alaf ini? Aku maseh terpinga2 dalam keadaan yg sedar bahawasanya kesedaran yg seriuz perlu pada sebuah pemikiran. Walau d datangi ujian2 serta pembalasan2 sebagai pengampunan dari yg Esa tapi.. jika jiwa itu d dalamnya adalah suatu kekotoron pasti.. kebaikan itu d terima bagi si pembuat kebaikan.. dan jika tiada kebaikan d dalam jiwa2 yg tidak mencari sebuah kebaikan itu maka.. segala kejahatan dan perilaku burok si pembuat baik berpindah pada si pembuat burok yg tiada kebaikan tadi.. kata2 ini aku petik dari kata2 seorang imam yg d dalam dirinya sememangnya adalah sesuatu yg baik..

Ungkapan permasaalahan ini bermula apabila pegangan sesuatu keputusan yg paling Agung itu d perlakukan sebebaz-bebaznya tanpa menerima apa2 balasan dari Si Pemilik Kalam.. dan jgn sangka pembalasan tersebut Allah hindari sesungguhnya Dia akan membalaz setiap perbuatan para HambaNya.. tanpa sedikit pon terbuangan..tak kira ia baik ataupon burok.. itu JanjiNya.. dan bagi org2 dan para hamba yg maseh d dalam suatu nafaz yg keluar masuk setiap hari d dalam rongga badan bagaikan tidak percaya bahawa setiap milik kita adalah suatu penciptaanNya.. dan Dia tidakm untung sedikit pon dan rugi sedikit pon d ataz segala perlakuan HambaNYa...

Sehari dua nie aku rasa amat sakit, payah, tertekan dan kadang2 aku tidak menghiraukan keadaan sekeliling.. aku teruz membaca, mendengar dan kepelbagaian info aku masukkan ke dalam benakku.. tak kira sukan Olimpik kew, Radio 24 Saluran berita dan pandangan ker, Astro Box office ker.. astro ceria ker.. zombie kg pisang ker,, Radio Sinar ker semua aku masuk... d samping buku2 kegemaran ku sekarang... 500 AYAT UNTUK ALI BIN ABi THOLIB, FIQIH IMAM JAA`FAR ASY SHODIQ, KERANA IMAM HUSSIEN AKU SYIAH dan semestinya NAHJUL BALAGHAH. Dan aku teruz membaca KARYA NAN INDAH UNTUK SEMUA Faisal Tehrani... aku tak peduli apa nak jadi... aku gila membaca now... dan aku mengidamkan... TUNGGU TEDUH DULU dan TUHAN MANUSIA karya Faisal juga... InsyaAllah.. cukop bulan! dan TUNGGU TEDUH DULU dah aku pastikan kedai nya.. dekat opiz aku... sebelah Restoren Rina Cafe.. (sebenarnya aku yg oder kart mamak tew, siap bagi laman web www.ameenbooks.com kart diorg)... ader lagi la dua tiga kedai yg aku promote si Faisal ni.. hehe sapa yg cargaz aku ambik dulu... huhu

Dan belahan jiwaku maseh berjauhan denganku.. sebenarnya aku rindu dgn mereka dan dalam kesempatan mereka tiada ini aku cuba memperbaiki diriku dan memperlahankan serta muhasabah jiwa aku. Kadang2 aku fikir aku begitu pantaz mengeksploitasikan bermacam2 ilmu untuk jiwa-jiwaku ini.. dan aku fikir mereka cuba2 mengikut rentak serta tarian kehidupan sepertiku... aku pasrah, moga hidayah2 kebaikan berlumuran membajai erosi2 jiwa yg d ajarkan sesuatu dan fikiran2 mereka adalah suatu anugerah Allah.. aku cuba menyelami hakikat sebenar.. manusia itu.

Ini adalah coretan aku yg keberapa aku tak ingat tapi aku sememangnya tak edit apa2 kalau dah aku tulizkan' juz' mengikut apa yg aku ada dalam fikiran dan hatiku.. ikut rasa binasa ikut hati mati... betul ker? aku ada terfikir pepatah melayu ni. Tapi kalau kita ikut rasa dgn ilmu InsyaAllah dan ikut hati dgn iman pon aku rasa takde masalah kot... 'up to you' lu orang fikir la sendiri...... salam....


SELAMAT D LAHIRKAN NAJWA BALQISH!

Monday, August 11, 2008

Umpama Realiti dan Fantasi....

Hidup umpama Roda yg berpusing.. kadangkala kita d ataz dan kadang kala kita d bawah... inilah falsafah hidup aku pada suatu ketika dulu... ia adalah suatu peringatan untuk manusia agar dapart menerima segala ketentuan yg menduga dan cabaran2 yg perlu ada utk seseorang dan lama kelamaan falsafah ini hilang begitu sja dari kehidupanku atau mgkin sudah sebati dgn jiwaku.. aku pon tark mengerti... kerna setiap masalah2 atau problema2 yg menimpa aku tidark merasakan terlalu berat untuk d harungi.. dan aku menjadi tabah!
Seumpama Roda yg berputar.. ada rakanku yg menambahkan..mungkin untuk berlawak.. katanya ibarat roda d ataz dan d bawah ini kadangkala kita terpercik taik ayamk, aduyaiii.. busuk tark? hehe saper2 yg biasa terkena najiz pekart dan hijau..ini pasti mengetahui betapa busuknya.. taik ayam nih.. kadang2 raser cam nark sembelih pulark ayam yg telah melepazkan najiznya itu.. eeiiii.. hehe So, apa pendapart korang ttg pasang surutnya kehidupan ini? Aku teringartkan suatu Hadis.. dalam kitab bukhari dari isteri Nabi.. A`asyah beliau mendengar Nabi S.A.W.W bersabda Setiap muslimin dan muslimat atau org Islam yg d timpa malapetaka atau kecelakaan itu adalah sebuah pengampunan untuk dirinya..walaupon terkena duri.. mmm so apa yg kita nak khuatirkan kalau kita selalu mendapat susah, sakit, bencana , bala atau ujian2 dari Yg Esa? kerna jangan kamu sangkakan kamu seorg yg beriman sebelum kamu d datangi ujian2... mmm.. beskan kalau selalu2 demam baturk n sakit2 yg lain.. dosa terampon... alhmdulillah.. so bersyukur setiap apa yg d berikan Allah unturk para hambaNya kerna ia amart pemurah lagi Maha mengasihani.. ameeen..
Ish ish! Hari2 Topirk yg samer jew yg dapart aku uraikan..untuk luahan akuh nih.. naper yerk... tension gark kenaper aku tark boleh kuar dari kepompong diri ini. adakah pusat pemikiran serta jiwa aku kini mmg tengah kosentrete dgn benda2 nih semua... atau mmg akuh taktau pasai2 isu lain? ish ish.. tension tension... nark layan lagu japs lah!
"Sudah menjadi biasa.... hidupku sepi.... sejak kehilangan... dan semenjak itu.. tertutop hatiku....usah kau bertanya..bertanyakan ttg ... siapa d hatiku.. menjadi penghibur..kala ku sendiri....." ceewah!
Lagu ni da lamer betui ni.. lagu zaman2 kebangkitan Rock kapark 15 tawun dulu nih.. hehe lagu punca kumpulan Dayana. maser tew aku ingart makan rock tido rock p skolah rock n macam2 rock... rambut tark kisah panjang pendek.. tapi abju mesti hitam.. Rock.. maser tew aku kart peneng kott... sempart jugark la.. tempah suar bob cut.. kechik ataih besaq bawah.. untuk akuh p fun fair.. layan konsert May kart butterworth (bagan) atau Search n Ella kart Seberang jaya ekspo n WingS kart Pesta sg. Nibong.. fuuHH! line panaz maser tew beb! mater mesti kuyu.. kepala mesti rongga huhu.. ahakS!
Alhmdulillah.. kerna begitu banyak akuh d expose ngan bnyk golongan , mgkin pengalaman2 tersebut membuatkan aku ramai member.. tark kire maner golongan.. muder,tuer, kanak2 laki pompuan, geng rock,geng brozs, mat black, mat hippies, kaki stim, pak lebai, ustadz sampailah golongan businessman, pelajar2 or aper sajew friends yg datang akuh boleh masuk.. alhmdulillah.. bukan senang nark dapart semua tew.. kena layan beb! smpai maser akuh kechik2 dulu klo mak akuh sruh p kedai or panggil aku akuh boley pk dulu sekali dua.. tapi klo member aku panggil tark sempart abiz namer akuh diorg jerit akuh dah smpai... betapa besarnya kawan2 buat akuh! huhu... sampai merungurt mak aku.. maafkan "ceq" mak...
uih! da smpai mana akuh nih... hehe.. akuh raser skang nih akuh dah tau camner nark atasi masalah2 akuh kalau akuh berhadapan dengan masalah.. yg aku tau manusia d ciptakan unturk beribadah d samping tugaz2 yg lain.. kalau bab beribadah kita boleh kontrol yg lain2 InsyaAllah.. Letarkkan dunia ini d belakang kita.. ia akan teruz mengejar kita.. dan tiba waktu2 beibadah ia akan berdiri menunggu Tuannya dan ia akan sentiasa menjadi penolong yg baik kepada Tuannya.. dan jika kita meletarkkan dunia itu d hadapan.. pasti kita tidark akan dapart mengejar Reality Dunia itu yg sebenar.. kita pasti kelesuan sehinggalah kita d kuburkan d dalam perut dunia tersebut! pastikan dunia d belakang!
Moga bertemu d lain kalimah .ceewah..kalimah plark..hehe akuh sebenarnya bnyk kejew nih.. tapi arini raser cam nark menuliz lark.. so akuh pon layanlah.. hehe oo..pagi tadi akuh dengar berita dan bicara kart Radio favourite akuh radio 24 93.9 d samping IKIM.fm 91.5 yg mengatakan sorg pemuda.. d korea yg bermain permainan game depan komputer d cyber cafe selama 50 jam tanpa henti mati! uhuk! nih sindrom yg baguz nih untuk teknologi2 masakini ni.. selain dari dadah.. komputer pon dah boleh bagi org mati... hehe.. sebenarnya ini adalah penyebab kepada kematian.. kerna setiap kematian tew pasti bersebab.. aku pernah dengar suatu riwayat yg mengatakan malaikat maut yg tugaznya mencabut nyawa manusia menemui Allah Sang pencipta, dan ia meminta agar manusia tidark akan mencercanya kerna sememamngnya tugaznya yg sebgitu.. maka Allah telah berjanji pada izrael bahwa.. setiap kematian itu pasti ada penyebabnya dan secara tark langsung keluarga kepada si mati tidark akan menyalahkan Malaikat pencabut nyawa... ahaks! kelakarkan.. manusia2 yg tark dapart menerima yg kita suatu hari nanti akan mati dan d bangkitkan kembali selepaz kematian... Wallahualam wa ahkam!
REALITY DAN FANTASY - crossfire
Kita sering d batasi...
reality dan fantasy
saat cinta bersemi..
bersama berilusi...
d situlah kita.....
mengenal ertinya budi...
kaseh sayang insani
dan.. peribadi....
co/
pada detik yg ngeri...
yg tark pernah termimpi...
ku dibaluti sepi...
kenangan membara lagi..meracuni hati yang...
keterlanjuran...
baru kini ku akui..
kau masih milikku lagi
dan teruz bersemadi... hingga akhir nanti....
piZZ!!

Friday, August 8, 2008

Jiwa Yang tenang dalam ungkapan

Biar dunia menyaksikan sesuatu yg burok ttg penghuni2nya.. namun ader manusia2 yg berbangga ttg apa yg mereka ada utk sebuah dunia ini.. pancaran erosi dalam hakikat sebuah makrifat amatlah sukar utk sebuah perjalanan .. kerna jiwa2 sudah terbiasa.. dan menjadi biasa.. dan dgn ilmu yg terpaut pada erosi itulah yg menyebabkan jiwa2 menjadi lalai,lupa dan kelazatan dunia itu dirasakan maniz dan rugi kalau d tinggalkan.. apakah kejadian2 d sekeling para hamba Allah ini setiap hari berlaku tidak meninggalkan apa2 bekaz pada jiwa manusia itu sendiri?

Kehidupan bagaikan kekal lama.. tak kisah apa yg bakal berlaku esok.. dan merasakan diri telah cukup utk d hantarkan menemui sang pencipta.. itu bagi yg sudah biasa melakukan amal baik.. merasakan aku adalah golongan yg selamat dan Allah akan mengasihi diriku kerna Allah itu Maha pengasih lagi Maha Penyayang.. cukupkah dengan sedikit kebaikan dan mengharapkan sebuah tempat tinggal yg mewah d sana nanti? Kita merasakan kita telah membuat suatu kebaikan.. dan merasakan apa yg kita telah buat itu bakal menyelamatkan kita dari janjiNya.. yerker? kerna Suatu Kebaikan itu bukanlah kebaikan jika d depan yg menunggu ia adalah sebuah jalan menuju ke Neraka. Dan, Bukanlah suatu kesulitan dan kepayahan jika d depan kita adalah syurga... itu adalah sebuah kenikmatan.. inilah baru d namakan kebaikan utk sebuah kebaikan..

Mengharapkan sebuah kenikmatan dari Allah. Apakah tafsiran kenikmatan itu.. kerna nikmat itu adalah yg terbaik d antara yg terbaik yg Allah berikan pada kita.. Jika prasarana atau tempat2 kediaman, kereta, rumah , anak2 ,gaji yg besar serta lain2 lagi kita anggapkan ia sebuah nikmat, apakah d mahsyar nanti allah akan bertanyakan ttg segala apa2 yg pernah d berikan ini kembali? Apakah ini semua amat bernilai d sisi Allah?.. segala-galanya adalah sesuatu yg tidak kekal dan hanya menjadi suatu kemestian utk hamba2 yg inginkan sesuatu dari Allah hanya utk dunia ini..

Segala sesuatu yg kita dapat dan d berikan di dunia ini melibatkan kesenangan dan.. kemudahan adalah anugerah.. ia bukanlah nikmat.. dan anak2 d ibaratkan kebun2 d sisi llah kerna apa yg kita usahakan utk anak2 itu akan mendapat hasilnya pada suatu ketika nanti..apapon pasti.. kerna apabila kita meninggalkan dunia ini..menuju suatu cahaya yg dari kegelapan.. kiata hanya bisa meninggalkan segala munafaat2 sedekah, ilmu2 kebaikan serta anak2 yg soleh dan solehah. Ini adalah sebaik2 anugerah.. dari Allah S.W.T.

Pada suatu kenangan yg terlingkupkan keaiban itu pasti ada penawar dan tidak selama-lama ia memalingkan dari anda.. ia adalah sebuah bekaz2 untuk jiwa-jiwa yg menilai dengan ilmu2 kebaikan.. kalau d dapati ia adalah sesuatu yg berlibur pasti rongga2 keasyikan d temui utk anugerah itu...

Biar dunia dan jiwa2nya mengekori diri utk sebuah ketaatan dan bukan diri2 ini menjadi taat pada dunia dan jiwa2nya kerna ia pasti menghancurkan.. sekian wassalamz.

Tuesday, August 5, 2008

Semalamz hari ini dan menjelang fajar esok

Kehidupan bertemakan apa yg telah d tetapkan oleh suasana pembesaran.. hanya anugerah Ilahi yg tark terhingga yg bisa menambahkan ilmu2 yg bermunafaat utk seorg hamba yg setia dan tark jemu ingin mengenali hakikat dan makrifat Tuhan itu sendiri....

berat tark tajuk nih... macam ilmu Tauhid gark nih... hehe.. biaser arr dalam mengenali agama Ushuluddin adalah pokok tertinggi yg perlu d fahami oleh setiap insan.. apakah Tuhan itu ada? tiada? sifat2 Tuhan.. dan kepelbagaian persoalan utk satu akal yg setiap harinya mencerna pelbagai pemikiran...

dan kemelut yg terjadi lantaran mencari zat Allah ini pasti Allah menambahi sesiapa pon yg mencari diriNya... kerna dalam al kuran telah d turunkan ayat oleh Allah melalui kalamNya dan lidah Nabi suci... sesungguhnya Allah takan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yg akan menemui suatu kebaikan d dalam diri masing2 jika mereka mencari sebuah kebaikan...

biar manapon sesuatu ungkapan d ciptakan.. namun setiap perbuatan tersebut pasti Allah akan membalaznya... dan dengan anugerah Ilahi kepada manusia iaitu akal.. maka kita boleh memilih d antara kebaikan dan keburukan, dosa dan pahala, syurga dan neraka... dan dgn ilmuNya lah kita akan memilih d samping hati dan nafsu yg akan membuat keputusan... apakah keburukan itu juga datangnya dari Allah? jika ia datang dariNya maka berlawanan lah dengan sifat kebaikan Allah.. maka ia adalah mustahil.. kerna Allah adalah maha pengasih dan Maha penyayang...

Sebuah perjalanan menuju ke daerah yg pasti dan setiap Mukmin itu haruz percaya benda2 yg ghaib.. seperti dosa, pahala ,syurga ,neraka,hari kiamat,barzakh.. dan kepelbagaian benda2 ghaib. Dan Jika ada riwayat2 yg ghaib seperti Allah menciptakan Nur Muhammad al Musytofa kekasihNya, Penghulu segala nabi, rahmat sekelian alam dan Yg paling sempurna maqamnya 5000 tahun sebelum penciptaannya bumi langit matahari bulan bintang dan pelbagai lagi d arasy dan Nur Muhammad ini beredar dari suatu sulbi ke suatu Sulbi nabi Allah yg lain seperti Adam, Idriz, nuh.. dan sehinggalah isa a.s dan Al ameen adalah Nabi yg terakhir... d utuzkan utk semua umat manusia... Apakah ader org2 Islam yg tidak berapa kisah ttg kisah dan anggap ia adalah sebuah rekaan dalam penciptaan ini? Sesungguhnya setiap mukmin itu percaya benda2 yg ghaib... percayakah anda?

kisah2 para Nabi adalah suatu yg menakjubkan bagi sesiapa yg mengambil penting dalam Haq Allah ini... dan pada manusia itu sendiri pon mempunyai haq Allah... iaitu 7 anggota sujud . dan jika dalam islam itu sendiri.. ada pemotongan tangan untuk suatu hukuman... apakah kita tidark mengambil haqNya? kerna kerunsingan manusia mentadbir alam ini tanpa berlandazkan as sunnah yg sebenar maka.. kepelbagaian penganiayaan berlaku... dan manusia teruz meneruz berada d dalam ketidakketahuan.. kerna ada segelintir golongan yg menganggap Islam ini masih ada ruang2 yg belom sempurna yg memerlukan pelbagai ijtihad dan qias dari golongan alim ulamak... bagaimana hadis2 ttg imamah? pengganti Rasul selepaz wafat? Adakah ini suatu rekayasa atau sekadar suatu sambilan untuk kepentingan sesuatu golongan? atau sekadar hadis2 palsu yg tidak tahu dari mana asal muasalnya... jika benar hadis2 ini bagaimana?

ish! bnyk pula aku membebel arini... hehe.. sori yerk.. kadang2 persoalan2 yg sama muncul setiap hari.. dan aku takmau korang ikut aku punya kefahaman.. sama macam ikot kata ustadz.. ustadz kata tew haram, harammm..... semua kata haram.. tapi haram pasaipa taktau...
so apa jadi dengan ilmu? kan dah sempit.... mmm...

aku rasa dah "cemuih" sekarg.. nark berenti menuliz... so kalau ader benda2 yg salah harap d maafkan itu adalah dari fikiran akuh yg cetek nih... tewla dulu abah aku antaq sekolah aku p blajaq benda bukan2 so ilmu bukan2 jugark la aku dapart... tapikan alhmdulillah.. aku bersyukur kerna Allah memberikan sedikit kenikmatan padaku.. iaitu sebuah kenikmatan ttg wilayah.. yg dulunya manusia berjanji akan memegang amanat ini... dan nikmat inilah yg akan d tanya d mahsyar nanti.. InsyaAllah.. aku rasa akuh dah kenai siapa imam yg akan bersamaku d mahsyar nanti... wa a~jjil farajahum!

Suatu kali, Rasulullah saww bersabda kepada sahabatnya, "Wahai sekalian manusia, kalian harus berkhidmat kepada manusia yang dipilih Allah dan dijadikan oleh-Nya sebagai manusia paling utama setelah Muhammad, (yiaitu) Ali bin Abi Thalib, pemimpin penghuni bumi dan langit. kalian harus mencintainya dan (mencintai) orang-orang yang memperwalikannya serta memusuhi musuh-musuhnya. Demi Allah, tidak ada yang dapat melewati jembatan akhirat, kecuali orang yang memperwalikannya, dan tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Allah, kecuali orang yang memusuhinya.- 500 AYAT UNTUK ALI BIN ABI THALIB

Monday, August 4, 2008

Mencari Kedamaian Hati

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.. Salawat serta salamz buat Rasul Junjungan serta keluarganya..

Alhamdulillah... tercapai jugark hasrat serta keinginan untuk suatu luahan rasa d arena tanpa suara ini.. kerna apa yg d singkapkan dan d coretkan adalah dari hati dan erosi yg kadang2 d dalam situasi yg berpelbagaian....

kadang2 aku suka melihat sesuatu yg berbicara tanpa mengerti apa yg d bicarakan dan kadang2 manusia berbicara dengan isyarat2 yg telah d perlengkapkan oleh org2 yg terdahulu... apakah bahasa2 serta luahan yg sememangnya dari keputusan hati ini... d ciptakan idea2nya dari sang akal?

ish susah jugark yer nark menuliz nih... nark tuliz apa yerk.... mmm... orang kata kalau banyak membaca membuatkan otark kita berkembang.. betul ker? aku pon baca la macam2 buku.. sampai pening kepala org2 d sekeliling aku nark melayan karenah aku hari2.. ada yg "cemuih" tunggu aku kalau aku masurk kedai buku... dan pantang... kalau akuh pi kedai buku koman2 RM 2 rat "centang".. membazirkah aku?

Hidup adalah sebuah perjalanan dan akhirat adalah sebuah rumah... dan ambillah apa2 yg bermunafaat d jalan2 tersebut untuk sebuah rumah, mmm ungkapan yg sangat menyentark naluriku.. ini kata2 yg terdapart d dalam my favourite book.. iaitu Nahjul Balaghah iaitu ucapan2 serta surat2 Imam ali bin abi tholib semasa menjadi khalifah yg keempat d zaman pemerintahan khulafak ar rasyidin... suatu zaman yg agak menyedihkan dan bermula... dari sinilah perang2 saudara berlaku antara umat2 Nabi yg suatu ketika dulu d sinari cahaya Nur Muhammad... aku nak tahu banyak lagi tentang asal muasal nya.. Islam ni!

Dan pada umur aku yg d zaman pertengahan nih.. ada idea2 yg bernaz dari member2 aku... yg mengatakan aku perlu membina suatu karier aku untuk masa depan kuarga... ish.. aku raser macam sambilan jew.. kejew sekarang nie.. taktau pasaipa... yang aku rasa lagi penting adalah.. menyelami jiwa aku bukann luaran aku.. kerna semua ketentuan aku pikir adalah d tangan sang Ilahi... betul kew? tapi kebaikan jew tau.. dari Allah... yg burok2 dan yg jahat2 semuanya datang dari akal2nya manusia itu sendiri... fuh nih bab Tauhid nih.. mengenal Allah ..bab pokok!

Uish! besh jugark yerk.. tulih2 nih yerk... raser bebaz lah... patutla.. sahabat yg tark kenal akuh ni iaitu Si Faisal tehrani tew ske tulis2.. aku raser ader suatu kepuasan.. walaupon bahser akuh berterabur.... hehe.. layan jewla... aku pon rasa ini adalah suatu jalan untuk memberitahu diri aku..dan untuk renungan serta kebebasan unturk bermain2 antara akal dan hati aku sendiri... tapi kalau sesaper yg bacer nih jgn gelak kart akuh yerkk... haha...

panjang tark lagirk ntah ayat2 aku nih... kan apew.. nak kasi penuh page nih... bagi nampark cun sikit... n kalau esok akuh baca balirk kalau tark syok.. aku simpan la kart draft.. buat kenangan... hehe...

aku ader lagi satu blog tapi yg tu blog copy n paste nyew... tew pon besh gark.. tapi ingat plan2 yg tew... aku ader misi aku tersendiri.. misi akhirat beb! misi nak berteman dgn rasulullah d syurga... ader selawat dia... kalau korang nark tau banyak2 pasai selawat.. korang p fajar ilmu jalan masjid india cari satu buku nama dia Allah dan Malaikat-Nya pon berselawat ke ataz Nabi... fuhh!! banyark tui rahsia2 nya... korang bayangkan.. Allah dan Malaikart pon berselawat ke ataz nabi... junjungan kita serta keluarganya... inikan kita manusia bila dengar ayat kuran "Innallah hawamala ikatahu yusollu na a`lannabi... Ya ayyuhallazi na aamanu sollu a`lai hi wasallimu tasliima" Allahhummasollia`la Muhammad! wa aali Muhammad! buat derkk jew... akuh nengork tok khatib bacer ayat ni kuat2 siap pakai mic lagirk kart mesjid time jumaat. tapi lepaz abih jew ayat tew d baca org2 kart sebelah depan belakang semua macam takde aper2 raser pon... ish.. diorg berselawat dalam hati kort! jgn burok sangka kart org...hehe tapikan aku ingart2 la... ramai org taktau kort....kenaper boleh taktau? patut2 kena tau... sebab kewajipan menuntut ilmu adalah wajib...(tengork pulark ilmu apa kita blajaq nohh..) hehe main ikorttt jew.... mandi wajib ikot... wudzuk ikot, sembahyang ponnn ikot... semuanya ikort..... yg aku tau haram seseorg Muslim tew buat apapon dalam bab ibadah... taktau apa yg dia buat... mesti tau dalil2. ramai org sembahyang.. ramai org puasa...dan ramai juga org Islam d zaman ini.. tapi.. ramai tark org mukmin? aku dengar Islam dan mukmin tew dua perkara yg berbedza.. dan pecahan dari Org2 Islam itu lagi.. adalah org Munafik.. dan org2 fasik! ish kiter nark jadirk golongan maner ni? mesti nark jadi mukmin kan... yerla tew... so apakah tanda2 kemukminan kita?
Aku ingart aku nark p carik makner semua golongan2 ygakuh cakap tadila.... ish ish! go! go!

Alhmdulillah... aku pon maleh nark tulih dah... lenkali kalau aku ada apa2 dan kalau rajin aku langgar lagi... haha...moga bertemu apa yg kita hajati... dan.. sebenarnya manusia berada d dalam sebuah kegelapan... dan.. apabila nafaz berada d kerongkong inilah.. baru sedikit cahaya yg sbenar akan menjelma.... ingartlah.. ambillah apa2 yg bermunafaat untuk sebuah rumah yg kekal... bye!

Opss! hepi bezday untuk NURIN BISHARAH 31/7/08 Moga menjadi seorg wanita yg mukminat! Salawat!



"Sesungguhnya sabar itu bagus, kecuali berkenaan dengan Anda. Resah itu buruk, kecuali berkenaan dengan Anda. Menderita itu berat kalau berkenaan dengan Anda, sementara semua penderitaan yang lain, sebelum atau sesudah ini, tak seberapa.

Jangan bergaul dengan orang bodoh, karena dia akan membuat perilaku dirinya nampak menyenangkan di mata Anda, sehingga setelah waktu tertentu Anda pun jadi seperti dia."- NAHJUL BALAGHAH


Powered By Blogger