Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Wednesday, May 22, 2013

HURU-HARA HIDUP INI


Salam sejahtera,

Bismillah...

Dua tiga harini aku memang tengah gila nak  cari basikal. Pantang lalu depan rumah orang kalau ada basikal Racing atau Mountain Bike aku akan perhatikan. Dok bajet2 dapat gaji dua tiga hari lagi aku nak tangkap sebijik. Rasanya tak mampu aku nak tangkap yang mahai2, kalau bajet dalam rm300 tu bolehla kot aku rasa.

Sebenaqnya aku tengah dok pikiaq, aku ni nak basikal ka nak kayuh basikal? Yang aku nampak mula2 dua tiga minggu lepas aku ada buat perbincangan dengan seorang member budak ofis kami nak kayuh basikal. Tak kisahlah basikal apapon. Dalam perancangan pertama nak tangkap basikal FIXIE. Ala... yang kaler hijau, orange, merah, kuning yang terang2 tu.. Tetapi, selepas aku jumpa seorang member lama aku yang kini dia pon dah mula main basikal, hati aku mula dah berubah kepada Basikal Gunung yakni MOUNTAIN BIKE pulak. Katanya, "Umor kiter dah 30'an, mana larat nak follow budak2 main kat road. Stamina kenas tinggi." Aku mula dah jadi kompius. Betui jugak katanya. Lani memang kayuh sorang2 dulu. Aku tau perangai aku ni. kalau dapat sesuatu, aku mula nak cari geng. N bila ada geng nanti.. macam2 nak buat lagi.

Dan aku terbaca dalam satu blog budak basikal jugak. Depa bagi suggestion bagi yang mula2 nak belajar main basikal eloklah beli MB @ Mountain Bike, sebab tayar dia boleh tukar2 main OFF ROAD n ON ROAD. Kalau beli Basikal Racing, susah sikit...

Dan aku pon taktau lagi macamana. Tapi yang betuinya, dua tiga harini memang aku 'GILA BASIKAL'. hehe.. Ok jumpa lagi. Mungkin sikit hari lagi aku ada Blog Khusus untuk aktiviti basikal aku.. InsyaAllah tunggu....~~~~~

No comments:

Powered By Blogger