Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Monday, March 2, 2009

'Love Baik'


Sebatang rokok Mild Seven ku kepilkan di tangan dan kuletakkan dibibir. Aku menyalakan lighter kecil cricket bewarna hitam dan di atsnya berwarna gold. Ku sedut asap dalam-dalam, memikirkan apa yang hendakku coretkan di blog yang semakin bertambah kunjungan penggemar-penggemar blogger ini. Sudah 2 hari aku tidak melakarkan sesuatu pada ruangan posting ini kerana aku pulang ke kampung untuk berbuat sesuatu yang penting.

Aku teringatkan kata-kata seorang teman ketika aku berada di penang. Dia mengutarakan permasaalahan tentang dirinya yang ditimpa kemalangan ketika menunggang motosikal sewaktu pulang dari kerja. Dia melanggar seekor anjing di satu selekoh yang sudah beberapa kali terjadinya eksiden. Kebanyakan kejadian kemalangan di tempat tersebut berakhir dengan kematian. Dia bersyukur kerana maseh berkesempatan untuk bernafaz dan muhasabah diri. Aku mendengar dengan teliti setiap apa yang diungkapkan oleh rakanku ini.

Tiba-tiba aku mengesan sesuatu yang pernah aku pelajari. aku mengatakan pada temanku ini, dia patut berterima kaseh kepada anjing yang juga makhluk Allah ini kerna memberikan kesempatan padanya untuk sebuah pengampunan. Ini yang aku dapat berikan pendapatku untuk kejadian yang menimpanya. Tulang rusuknya patah dan dia terpaksa berehat di rumah selama beberapa ketika. Aku mengatakan padanya setiap musibah yang menimpa orang Islam itu adalah suatu pengampunan. Alhamdulillah kataku. Dia tertawa mendengar komenku dan mula memikirkannya.

Dari imam hussain as pernah bersabda, setiap sakit kecil seperti batuk, demam, selsema dan sakit-sakit kecil yang lain adalah pengubat sakit-sakit besar di dalam badan. Kita kadangkala mengeluh kenapa kita sering saja batuk, demam dan sebagainya. Sebenarnya ini adalah pencegah sakit-sakit besar seperti serangan paru-paru, luekimia dan banyak lagi sakit-sakit yang kronik boleh dihindari apabila kita mengalami sakit-sakit kecil tadi. Bersyukurkan kalau kita sering selsema dan sebagainya. Bersin juga adalah penyembuh penyakit. So, jangan merungut atau mengeluh kalau kita dihinggapi musibah-musibah ini.

Dari Imam Musa al khazim mengatakan, tidak akan mati setiap orang mukmin selagi Allah tidak membersihkan kesemua dosa mereka. oh! member ku mula tertarik dengan apa yang aku ungkapkan. Aku memulakan dengan menceritakan kategori-kategori Mukmin,mukminat, muslim dan muslimat. Orang mukmin itu boleh dikatakan mukmin hanya jika berpegang teguh pada Amirul Mukminin. Kataku. Dan jika berpaling pada wilayah Amirul Mukminin ini, maka orang yang beragama islam ini hanya layak dikategorikan sebagai muslim dan muslimat saja. Dia mengangguk2 tanda setuju. Aku meneruskan penceritaanku tentang penghapusan dosa sebelom kematian.

Allah akan mensucikan dosa orang-orang mukmin ini dengan 3 cara. Islam ini agama yang suci, tidak akan menemui kematian setiap orang mukmin sehingga kita adalah bersih dari segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Inilah janji Allah, kerna setiap orang mukmin itu tempatnya hanya layak di syurga Allah. Mana mungkin orang mukmin itu boleh berdosa untuk bertemu Allah! tegasku.

Cara pertama Allah akan sucikan dosa kita, apabila kita kaya, banyak harta, Allah akan jadikan kita miskin, papa kedana dan kita akan susah sesusah susahnya. kataku pada temanku tadi. Aku cakap pada dia, standbai.. kalau kaya jangan lupa bersedeqah dan juga khumus. kerna satu sedeqah yang kita hulurkan akan terbuka satu pintu rahmad Allah untuk kita. Mintaklah apa sahaja, pasti Allah akan memaqbulkan segala permintaan kita. Mintak supaya Allah tak sucikan dosa kita dengan memiskinkan kita! hehe aku buat lawak kat dia.

Cara kedua, Allah akan menimpakan penyakit kepada kita, sakit yang amat dahsyat, atau sakit yang mengenai kaum keluarga kita. Kalau ini berlaku, tandanya kematian kita sudah semakin hampir. Bersedia kataku. Dan cara yang paling ngeri, adalah dengan Allah memberikan mimpi yang amat ngeri sehinggakan kita sentiasa berada di dalam ketakutan yang amat sangat. Kita tak boleh lagi nak buat apa-apa, yang kita tau hanya nak beribadah saja. Dan kita akan mati di dalam ketakutan yang amat melampau. sanggup? tanyaku. Dia tak bagi respon apa-apa. Mukanya pucat tersenyih-senyih.

Inilah kasih sayang Ilahi pada hambaNya yang menunaikan janjinya seperti yang diungkapkan dalam surah al-ahzab ayat 72. Suatu amanat yang akan dipertanggungjawabkan suatu hari kelak di mahsyar. Kita salah seorang yang masih berpegang pada amanat tersebut. Dan Allah menjanjikan syurga buat para hambanya yang mendengar dan patuh.

Aku ambik lagi sebatang rokok dan menyalakan lighter untuk rokok yang ke 12 batang untuk hari ini. kadang-kadang aku merasakan asap rokok ini memberikan inspirasi dan idea-idea yang agak kusut dan boleh terleraikan. Namun bagi yang dah hisap tu, kurang-kurangkanlah demi kesihatan dan yang mana belom menjadi penagih rokok tu jangan cuba-cuba nak try. haram.. kata fatwa yusuf qordhowi. hehe.. salamz sejahtera untuk semua yang kukenali tak kira di mana anda semua berada. Dan salamz takziah juga buat Muhammad bin Hassan kerana kesedihan ke atas kewafatan nenenda fathimah binti Muhammad. Moga dirimu tabah di dalam mengendalikan umat. Salamz sayang dari semua orang-orang mukmin dan percepatkanlah kezuhuranmu.


ALLAHUMMASOLLI'ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD WA 'AJJIL FARAJAHUM!





No comments:

Powered By Blogger