Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Friday, February 27, 2009

PDR 546 Rosak


"Harini kakak puasa", suatu ungkapan keramat yang Shahrul dengar dari mulut anak kesayangan beliau. Selepas minum petang bersama bekas teman sepejabat, Shahrul teringat untuk singgah di asrama anaknya tidak jaoh dari tempat perjumpaan dia dan rakannya tersebut.

Rasa sayu dihati, dan amat sedih melihatkan anak kecil yang baru berumur 9 tahun itu tak dapat digambarkan di dalam hati Shahrul. Dengan muka yang cengkung serta mata yang layu, Shahrul hanya dapat menahan sebak di dadanya ketika berbual dengan anaknya di pintu pagar luar asrama. Ada suatu sinar pengharapan pada mata anak kecil tersebut. Jadual mereka amat ketat, pada pagi dinihari mereka bangun untuk melakukan solat sunat tahajud dan selepas itu mereka akan bersedia di syaf sejadah untuk mengerjakan solat suboh secara berjemaah. Shahrul merenung dalam-dalam ke dalam diri puterinya tersebut. Dia nampak yang anaknya itu mengalami penderitaan dalaman yang hebat.

Shahrul banyak bercerita tentang kehebatan Yang Maha Kuasa pada puterinya itu. Dia mengungkapkan Allah itu sentiasa berada di mana-mana walaupon apapon yang akan terjadi. Dia berharap suatu hari nanti segala kesukaran yang dialami oleh Sang puteri akan memberikan sesuatu yang istimewa untuk batrisyia nama puterinya.

Angin yang berhembus lembut, mengasyikkan terus menyemarakkan kerinduan pertemuan ayah dan sang anak. Shahrul mendengar apa yang diceritakan oleh anaknya. Sekali sekala dia memberikan pendapat-pendapat dan cadangan-cadangan yang baik untuk menaikkan terus semangat berjuang ke dalam jiwa puterinya. Kerinduan terubat dan terbayangkan suatu sinar dalam bola mata anak dan sang ayah. Mereka akur dengan kehendak Ilahi. mereka rela untuk sebuah pengorbanan yang akan pastinya berhasilkan kebaikan di sana nanti. Mereka tidak hiraukan lagi duniawi yang akan terjadi. mereka terus akan berusaha meningkatkan kebaikan dalam diri mereka. mereka bersalaman sambil bercium pipi.

Pertemuan 15 minit ini begitu bermakna buat mereka. Mereka seperti berikrar akan menjalankan tugas-tugasan mereka. Mereka mempunyai misi kehidupan masing-masing. kesedihan Shahrul terubat dengan kelembutan wajah dan tingkahlaku puterinya tersebut.

selepas berbalas berkiriman salamz mereka melambaikan tangan dan merenung antara satu sama lain. "Assalamu'alaikum papa, kirim salamz kat mama tao..". Shahrul tersenyum dan akan terus tersenyum di dunia dan akhirat. Ya Ilahi ameen...

No comments:

Powered By Blogger