Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Friday, February 27, 2009

'Ilmu Kebaikan'


Selamat menyambut hari yg ke 27 di dalam bulan februari tahun 2009. Sudah hampir 60 hari kita berada di tahun baru. Apakah azam anda yang anda garapkan sudah anda mulakan? Beginilah kehidupan sebelom kita dicabut nyawa dan seterusnya terus hidup di alam qeqal. Kita pasti ada impian untuk kita dapatkan. Dan ada impian yang terlaksana dan ada juga yang kecundang. Namun yang pasti umur kita membuak satu tahun lagi.

Nabi saww pernah bersabda, Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hinggalah ke liang lahad. Inilah ilmu yang dikatakan berguna untuk kita menilai sesuatu dalam apa jua pekerjaan kitapon, baik dari sudut keputusan untuk kegiatan seharian malahan menentukan apa pon.

Dengan ilmu kita dapat memberi suatu gambaran yang tepat untuk apa yang kita impikan. Dan dengan ilmu juga kita dapat mentadbir kehidupan kita menjadi bernafas dan berhenti. Ilmu yang bagaimanakah yang kita dituntut untuk pelajari?

Seorang suami memarahi isteri kerana tidak menyediakan makan malam untuk keluarga. Ilmu yang bagaimanakah yang telah dipelajari oleh sang suami tersebut? Seorang kekasih(lelaki) memarahi serta berdendam dengan bekas teman lelaki kekasihnya sebab terbaca sms tentang pertanyaan khabar untuk dirinya dan untuk mak ayahnya. Kenapa kekasih ini nak mengamuk? Ilmu apakah yang ada dalam diri lelaki tersebut?

Sebenarnya ilmu-ilmu agamalah yang boleh membuat kita berfikir dengan tenang setiap apa yang kita putuskan dan menerima masalah-masalah kehidupan. Jika hendak berbisnes contohnya, dengan sokongan-sokongan ilmu-ilmu kebaikan dan kita akan merasakan ada sesuatu yang kuat untuk kita meneruskan perniagaan kita dengan adanya sesuatu yang menyokong untuk sebuah pengharapan kita. Begitu juga di dalam pembentukan akhlak-akhlak untuk anak-anak kecil, ilmu-ilmu kebaikanlah yang akan membimbing mereka pabila mereka besar nanti kerna asas ilmu kebaikan yang tersemai dalam diri mereka sekaligus akan menyemarakkan kembali sifat fitriah kebaikan dalam ilmu-ilmu kebaikan ke dalam erosinya manusia kembali.

Ilmu-ilmu kebaikan ini juga akan membuatkan kita tenang memilih pasangan hidup yang bagaimanakah yang meliputi apa yang kita pelajari. Ilmu banyak membantu kita untuk menilai sesuatu yang kita boleh amati dengan pelbagai spekulasi yang pastinya kita akan menentukan apakah ini baik atau ini burok. Dengan kalam ilmu kebaikan juga kita memilih tempat tinggal kita yang qeqal di sana nanti. Apakah kita memilih tempat yang baik atau tempat yang seburok-burok tempat.

jangan berputus harapan, teruskan menganalisis tentang ilmu-ilmu kebaikan ini, kerna ilmu-ilmu ini pasti setiap hari akan terus mengalir dalam pembuluh darah manusia untuk membawa kembali kita pada asalnya manusia iaitu bersih dan suci. selamat mencuba. Ya Ilahi ameen.

No comments:

Powered By Blogger