Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Saturday, February 7, 2009

Dia,rasul dan pemimpin


Allah itu mengaturkan segala-galanya. Itulah ungkapan yang terilhamkan oleh-Nya yang terbaru buatku. Ketika aku hendak bersolat zuhur dan asar, tiba2 terlintas di fikiranku bagaimana agama Allah ini dipimpin olehNya sejak dari adam as hinggalah hari kiamat. sungguh!

Ketika kita hendak pergi mengembara ke laut, kita perlukan fikirkan apakah barangan yang paling utama yg kita akan bawa. Dan kita bertanyakan pendapat orang-orang yang pernah berlayar. Dan mereka akan memberikan idea-idea barangan yang manakah yg perlu kita bawa banyak, dan barangan yang manakah kita perlu bawa sikit. Barangan yang manakah yg paling penting, dan barangan yang manakah tidak perlu. Ini adalah pendapat-pendapat mereka. Tetapi sebenarnya kesemua barang tersebut kita perlu bawa. Ini bermakna kita tak sure barang yang mana dan perlu bawa semua.

Begitu juga perjalan menuju kepada Allah. manusia melalui sebuah perjalanan yang panjang. Di perjalanan tersebut kita mempelajari kepelbagaian ilmu. Dengan orang yang faham akan agama ini. tetapi mereka juga adalah manusia biasa seperti kita yang keimanannya ada pasang surutnya. melainkan seorang rasul yg Allah telah pelihara mereka dari sebarang perkara yang keji besar mahupon kecil. rasul dipilih oleh Allah untuk menyempurnakan spiritual diri manusia itu. Kerna ada hadis yang berbunyi.. bayi itu dilahirkan puteh, bersih suci.. bermakna..kita tiada dosa apa-apa pada masa dilahirkan.

Dengan pengutusan kita sebagai para hambaNya, Allah membekalkan kita perasaan, akal, serta para nabi untuk mengajarkan kita tentang kalamullah, apa yang Allah inginkan kepatuhan dari para hambaNya. Tetapi, ini berlaku pada 1430 tahun yang lalu di masa kewujudan Nabi saww itu. Jarak diantara kita dengan baginda saww amatlah jaoh. Siapakah yang akan mengajarkan tentang Islam dan sebuah Agama Allah ini dengan tepat sperti yang Allah kehendaki?.

Inilah keberadaan seorang pemimpin yang dipilih oleh Allah itu perlu ada setiap zaman manusia silih berganti. Hikmah pimpinan Ilahi itu terus memegang tangan-tangan manusia sehinggalah hari yang dijanjikan Allah itu tiba. Inilah dalil aqli keberadaan imam tersebut. Imam yang dipilih oleh Allah. Berada di atas landasan pimpinan Ilahi bersama para nabi dan para rasul. Taatlah kepada Allah, Rasul dan Ulul amri dikalangan kalian.-firman Allah

keberadaan seorang imam yang dipilih oleh allah ini diibaratkan seperti jantung kepada manusia. Dengan pengantara jantung inilah manusia dapat hidup. jantung menjadi pengantara nyawa manusia dengan Allah. Jantung akan mengalirkan darah ke sisi organ-organ yang lain. Dan organ-organ ini akan menghantar kembali darah yang dilepaskan kepada jantung semula. Dan jika organ-organ ini tidak memulangkan darah tadi ke jantung maka apa akan terjadi?. Manusia akan mati.

Begitu juga dengan keberadaan imam yang menjaga manusia ini, jika umat Muhammad saww tidak berpegang pada imam yang dilantik oleh Allah dan rasulNya.. maka manusia akan mati akal dan fikirannya serta hatinya tidak akan nampak makna-makna yang tersirat dibalik kalam-kalam Allah iaitu Al-QurannurQarim. Jadi berpegang pada pemimpin yang dipilih oleh Allah ini adalah satu sudut keimanan..dan setiap orang islam perlu beriman kepada pimpinan Ilahi ini seperti mana kita beriman kepada para Rasul.

Sedikit pencerahan yang aku dapat ini menandakan aku melangkah untuk membaiki diri aku untuk seterusnya. Aku berjanji dengan diriku bahawa aku akan patuh dengan syarat-syarat yang Allah tunjukkan buatku. Dan aku akan terus mengkaji di dalam Al-quran nan indah itu agar aku bisa menyempurnakan kembali makrifat asal muasal kejadianku iaitu bersih, puteh dan suci itu. InsyaAllah.

Ya imamullah.. bantulah aku, memimpin aku menuju Dia yang Maha Besar. Sungguh aku adalah dikalangan orang yang beruntung kerna dibukakan minda dan mata hati untuk melihat mukjizat-mukjizat Al-Quran itu. Sesungguhnya aku amat kerdil dihadapanmu wahai imam, apatah lagi dihadapan Tuhanmu. Ampunilah segala dosaku sejak aku melakukannya hinggalah aku menghembuzkan nafas yang terakhir nanti. Ya Ilahi ameen.. dengan pengantara para kekasih-kekasihMu.. kau dengarkanlah segala rintihan ini, kau permudahkanlah segala kerja2 duniaku, sesungguhnya aku menganggap dunia ini di belakangku. Kau berhentikanlah dunia ini sementara aku inginkan diriMu Ya ilahi. Sejahteralah ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad.


No comments:

Powered By Blogger