Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Monday, November 10, 2008

Konsep Manusia di 3 Hari (Semalamz, Hari ini dan juga Esok)

Semalamz, Hari ahad dan suatu hari yang amat resah.. namun relex. Aku banyak membincangkan soal2 Ushuluddin sejak duamenjak nih. Ntahla, kenapa aku pon tak mengerti. Yang aku tau aku baru dapat balik buku Ushuluddin yang baru di kedai buku di mesjid Sri Petaling. Dulu aku dah ada buku ni, tapi dah bagi kat member.

Kitab Ushuluddin karya Prof. Muhsin qiraati keluaran cahaya ini mengisarkan masalah2 ketauhidan. Ianya banyak berkisarkan tentang pertanyaan2 yang selama ini terlintas dalam benak fikiran tentang makna ketuhanan, kenabian, keadilan, dan hari akhir.

Apabila kita pernah berbicara dengan fikiran kita, dalam hati, atau dalam percakapan dengan orang lain tentang persoalan ushuluddin, maka persoalan2 tentang 5 perkara asas inilah yang menjadi titik mula untuk seorang manusia beragama. Segala seluk beluk keagamaan di dalam bab akhidah perlu kita pelajari bagi setiap orang yg mengaku beragama. Ia peringkat tertinggi sebelom kita mempelajari syariat2 serta hakikat2 fiqh.

Ini dapat kita ketahui untuk apa kita beragama dan benarkah Allah itu yang menciptakan segala-galanya. Dan Apakah kepatuhan dan sembah kita pada Allah itu suatu kewajipan. Inilah Hakikatnya beragama.

Ketika di tengah malam buta, rumah anda tiba2 diketuk seseorang yang belum anda kenal betul dan tidak dapat terlihat secara jelas, tentu anda tidak akan segera membuka pintu.

Ketika tidak mengetahui bagaimana cuaca kota yang akan kita tuju, pasti kita tidak akan mengetahui jenis pakaian apa yang harus di bawa. Pabila kita tidak mengetahui apakah undangan yang ditujukan untuk kita berupa undangan dukacita atau pernikahan, jelas kita tidak akan bisa memutuskan pakaian macam manakah yang mesti kita kenakan.

Dengan demikian, agar tugas-tugas yang akan dilaksanakan menjadi jelas, kita terlebih dahulu harus memiliki pandangan serta pengenalan yang jelas terhadapnya. Kerana itu, akidah, bentuk pemikiran, serta pengenalan (yg keseluruhannya bisa diistilahkan dengan "pandangan dunia") yg ada pada diri kita akan berpengaruh terhadap seluruh perilaku serta pilihan2 kita.

Untuk menguatkan lagi ketauhidan kita, amalan sehari2 perlu d perkukuhkan dan sentiasa kita perbincangkan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Aku bagaikan seorang budak kecil yg begitu dahagakan secangkir ilmu sentiasa memburu untuk sesuatu. Dan dengan keimanan yang lemah kadang2 kita boleh terlalai dan melakukan sesuatu yg boleh mengsyirikkan Dia.

Perjalanan hari ini, semalamz dan hari2 yang berikutnya bagaikan satu kurniaan dan nikmat yang Allah berikan pada kita jika dihayati. Perjalanan ini begitu mengasyikkan dan jika kita lalai kita akan teruz terbuai oleh sesuatu yg sentiasa merasuki kita. Kerna itulah keinsafan dan muhasabah diri perlu ada bagi setiap yang bernafaz. rasakan sesuatu di mana asalnya penciptaan kita, untuk apa kita dilahirkan dan apakah kita berhak menjalani kehidupan ini dengan tiada bimbingan?

Aku perlu meneruzkan hidup ini. Hidup yang akan memberi peluang untukku menempuhi pelbagai perjalanan. Yang akan dihisab setiap perbuatanku. Dan untuk hidup yang lebih indah di sini dan di sana, aku perlu mencari sesuatu yang paling bermunafaat untuk berada di sisi-Nya.

Ya Ilahi...Bagaimana aku meminta kepada-Mu sedangkan aku adalah aku (bnyk kekurangan), dan bagaimana aku memutuskan harapanku kepada-Mu sedangkan engkau adalah Engkau (Allah yg baik), wahai Tuhanku, belum lagi aku minta pada-Mu Engkau telah berikan, siapakah yang aku minta (selain Allah) yang akan mengabulkanku. Wahai Tuhanku aku merengek kepada-Mu maka Engkau menyayangiku, siapakah jika aku merengek (selain Allah) yang akan menyayangiku. Wahai Tuhanku sebagaimana Engkau telah membelah laut untuk Musa as. dan Engkau selamatkan dia. Aku meminta kepada-Mu curahkanlah selawat atas Muhammad dan keluarganya agar kau menyelamatkan aku dari derita dan Kau bebaskan dari aku derita itu secepat-cepatnya tidak diperlambat dengan kurnia-Mu dan rahmat-Mu wahai penyayang di antara yang penyayang.

No comments:

Powered By Blogger