Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Friday, November 7, 2008

Bermula Keadilan

Kerna terpaksa aku melangkah pergi. Itulah ungkapan yang kadang-kadang mengisyaratkan suatu ceritera manusia pada sesuatu kisah atau epiloq yang berbaur pasrah. Dalam menghadapi dunia yang makin mengelirukan, kadang2 manusia akan membuat keputusan yang drastik tanpa memandang risiko2 yang bakal terjadi. Untuk berapa lama ia akan terjadi adalah sukar ditafsirkan oleh para hamba yang dilahirkan.

Kebaikan itu datangnya dari Tuhan, dan jika kebaikan yang selalu kita impikan dan keburukan juga kita ingin hindari pasti Dia akan mengutuzkan sesuatu ilham untuk kita mencari kebaikan tersebut.

Aku terbaca d dalam satu buku yangmana tahap kebaikan manusia itu ada pasang surutnya. Tapi apabila kita inginkan sesuatu yang berlaku setiap hari adalah kebaikan dan bila terjadinya benda-benda yang agak tidak elok, kita pon bersedih. Dan d dalam alkuran kita sering dengar perkataan alfurqan. D dalam buku tersebut jika darjat kebaikan kita d angkat kita akan sampai ke tahap ini (alfurqan). Iaitu Tuhan akan menghindari kita dari melakukan kejahatan, dan sentiasa akan memelihara kita. Inilah darjatnya yg tinggi. Darjatnya para Nabi dan para solihin. Takmaukah wahai teman2?

Ungkapan kerna terpaksa aku melangkah juga boleh d sabitkan dengan kematian. terpaksakah kita? Apakah kita tidak rindukan sebuah pertemuan dengan Sang Pencipta? Apakah kita sudah lupa perjanjian d antara manusia dan Tuhan d Luh Mahfuz? Siti Fathimah az Zahro, belahan jiwa Rasulullah begitu merindukan Allah dan RasulNya. Setelah wafatnya Ayahanda beliau, 6 Bulan selepaz itu beliau juga telah d jemput oleh Allah untuk berada d samping Kekasih Allah ini Nabi junjungan kita. Walaupon sedih pilu untuk meninggalkan pemuka pemuda syurga Al Hassan dan Al Hussayn ketika itu yang masih kecil, namun beliau redzo. Inilah kejadian alam yang amat menyayat hati. Bukan terpaksa tetapi redzo kerna tempat manusia itu pasti d sana. Kita sedang berada d ataz sebuah jalan yg menuju ke rumah kita yang sebenarnya. Inilah Hakikatnya.

Kerna terpaksa aku melangkah juga memberikan gambaran yang begitu optimiz dengan perjalanan rutin manusia membuat suatu keputusan yang sukar. Tapi itu adalah suatu kebaikan jika kita renung2kan sebenarnya. Metafora spiritual ini menjadi suatu keputusan dengan secangkir fikiran atau ungkapan terburu-buru kerna suatu permasaalahan. Jika tiada ini manusia tidak akan berbuat demikian. Malahan kita akan terus merasakan sesuatu yang sedang d alami ini membahagiakan atau menyedihkan. Namun setelah melangkah menuju ke suatu arah kita akan dapat melihat situasi ini dari pelbagai sudut dan menjadikan ianya suatu pengalaman.

Salamz kemaafan untuk semua.

No comments:

Powered By Blogger