Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Tuesday, February 24, 2009

Sampai kapan?


Dunia menyaksikan pendarahan para manusia kerna ilmu menzalimi. Kalau dulu jin dan qas qas menguasai dunia, namun DIA telah menciptakan manusia dengan suatu amanat yang dipilih untuk sesuatu hukum dan perintah. Dengan beberapa kalimat, manusia dijanjikan perkara-perkara yang pasti yang jika direnungi akan mengembalikan manusia pada situasi permulaan manusia itu sendiri, iaitu bersih dan suci.
Jika Qabil sanggop membunuh habil demi kaseh sayang dari Ayahnya, manusia juga sanggop melakukan apa sahaja untuk pelbagai tujuan yang bukannya tujuan utama. Melingkari wilayah-wilayah usang mewarnai titis keringat yang membasahi dahi-dahi manusia. Hanya satu penyangkal pada semua itu iaitu memegang pimpinan DIA untuk seumur hidup seterusnya bersama landasan-landasan Ilahi untuk menuju ke suatu arah yang akan mententeramkan jiwa-jiwa yang bersujud apabila mendengar nama DIA dihentakkan.
3 golongan manusia ini pasti merempuh hebat apa yang tersangat diperlukan, qeqal selamanya tidakkan terpadamkan. Makhluk-makhluk yang lain juga akan bersedih di atas segala kelalaian manusia itu sendiri. Dibangkitkan roh yang paling utama di sisi seorang diri dengan berkat rahmat. Yang terpisahkan akan meminta belas syafaat jika tersongsang dan setia menyintai yang al-Haq.
Salamz perkenalan untuk yang merenungi makna-makna muhkam dan mutasyabeh diri. Teruskan mencari sesuatu yang telah lama anda impikan, dan itu adalah sebaik-baik usaha untuk pengiktirafan DIA yang menciptakan kosong sekalipon. Salamz gerimis mengundang.

No comments:

Powered By Blogger