Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Tuesday, February 3, 2009

Abg 'Anu'


Semalamz Abgnua, petang dalam pukui 5, berborak dengan aku kat kedai makan 'kakak mercedez' dekat opiz kami. Dia kata dia pressure dengan tugas yg dia buat sekarang.Aku hanya senyum melihat mukanya yang relex dan penuh perasaan menceritakan masalahnya pada aku.


Abgnua ni memang aku dah bersahabat lama dgn dia. Dia dah kerja dalam bidang yg kami buat ni hampir mencecah 26 tahun. lama tak? Dia diantara cikgu2 aku yg paling best dan paling pening yg pernah aku berguru. Kalau pasai kerja memang 'A' rajin gila dan memang seorang yang amanah di dalam melakukan kerja. Aku memang raspek dengan cara dia disiplin di dalam kerja.


Kalau dulu dia kerja memang hari2 kerja kat luar. Jangan harap nak suroh dia dudok opiz. paling lama pon 4 jam dia boleh. Lepas tu mesti menggelisah nak keluar jugak. mesti ada macam2 kerja yang dia cari untuk membuatkan dia keluar jugak. Takut sungguh dia nak duduk kat opiz. hehe


Namun, hari berganti hari, bulan berganti bulan tahun berganti tahun, start bulan lepas Disember, dia ditugaskan mengawal operasi kerja sepenuhnya. Dia dah mula kelam kabut. Pagi-pagi dia nak kena take over daily meeting, lepas tu dia kena ngadap GM untuk laporkan setiap kerja2 penyelenggaraan dan kelancaran bahagian operasi, lepas tu dia nak kena bantu controller untuk buat oppointment and then kadang2 aku pulak bagi dia pening kepala bagi dia customer2 aku yang ada masalah suruh dia take over. Tapi kerja yang aku bagi mesti dia seronok, sebab dia dapat keluar. hehe


Hari-hari aku tengok dia sekarang dah makin dapat mengawal situasi sekeliling. Dia mula dapat menerima kenyataan yang dia memang ditugaskan untuk buat kerja tu selayak mana seorang pengurus operasi buat. Dan aku banyak dinasihati olehnya walaupon sebenarnya aku yang lebih banyak nasihatkan dia dan banyak cakap dari dia. hehe walaupon dalam masalah peribadi sekalipon. kadang2 aku memang suka kacau dia. haha
Pernah suatu hari bila dia kuar dari bilik boss dia muka masam, tak tengok kiri kanan , datang kat tempat dia kemas2 meja. Ntah apa2 ntah. Meja tu memang elok ja takdak selerak apapon. Aku tegur dia. Aku kata"abg kemaz apa?". Terus dia senyeh.. dan dia jawab balik. "jangan cakap banayak, jom p kedai kakak mercedez minum. Aku kena brainwash..." haha


Opss, aku dah lambat. Ada oppointment kat Sri Kembangan "opposite Jaya Jusco lepas petronas masuk kanan." Boss aku bagi penerangan tentang lokasi yang perlu aku pi harini. hehe moga bertemu di lain lembaran. salamz kemaafan yang terindah untuk semua yang pernah aku buat salah. Moga diampuni kesalahan aku oleh DIA dan oleh korang. Dan aku nak pesan, sebelom korang nak tido malam2 korang jgn lupa ambik wudzuk n sebelom pejam mata jangan lupa bismillah dan selawat ke ataz Muhammad dan keluarga Muhammad. Kerna aku pernah terbaca dalam satu kitab, Nabi saww bersabda. Janganlah kalian berselawat kepadaku dengan selawat 'Barta' iaitu salawatkikil @ kedekut. Kalian hanya bersalawat kepadaku dengan mengatakan "Allahummasolia'ala muhammad" dan kalian berhenti di situ dan tidak mendoakan keluargaku.. Doa dan salawat kalian tidak terangkat ke langit dan tidak sampai kepadaku dan aku tidak mendengar salawat dan doa kalian. BerSelawatlah kepadaku dengan mengatakan: "ALLAHUMMASOLLIA'LA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD". Salamz sejahtera ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad! salamz..bubye...


No comments:

Powered By Blogger