Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Tuesday, February 3, 2009

Populasi Enigma


"Walaupon begitu Malaysia akan menghadapi cabaran ekonomi yang besar, tahun hadapan". Kata2 Pak Lah pada belanjawan 2009 yang lalu. Apa yang anda fikirkan tentang kata-kata ini?. Adakah anda susah hati? atau anda takde rasa apa-apa pon? Atau mungkin anda rasa gembira dengan penyataan ini? Anda yang akan merasakan apa yang anda rasakan.


Setiap hari pelbagai persoalan yang kita tertanya-tanya tentang ekonomi, pentadbiran, serta kepelbagaian yang kadangkala kita letih nak dengar. Apakah ini adalah matlamat utama kehidupan?. Kenapa dasar pemerintahan ini amat penting untuk sesebuah negara?. pada pemikiran orang2 yang tidak tahu apa itu dasar undang2 dan apa itu kepimpinan mereka akan merasa jelek dengan semua ini.


Pimpinan yang berlandaskan ekonomi diri ini begitu berharga dan amat penting. Kita akan sanggup melakukan apa sahaja demi sebuah ekonomi untuk sebuah ketenangan diri. Itu adalah makrifat dibalik suatu hakikat yang tersembunyi. jalan2 yang telah digubalkan terdahulu membuatkan kita mudah untuk melakukan apa sahaja. Kita yang terkini mengikuti apa sahaja yang telah di rancangkan oleh orang yang terdahulu.


Ekonomi dunia merundum kerana beberapa krisis oleh negara2 pemegang saham utama ekonomi seperti Amerika syarikat dan sekutu2nya. Dan kita sebuah negara yang kecil pon merasai kejatuhan ini. Namun apakah kita benar-benar merasai kemurunduman ekonomi ini dengan betul2 'sakit'.? Adakah hari-hari yang kita kehabisan beras di rumah untuk kita suapkan sesuap nasi pada anak2 kecil di rumah? pernahkah?.


cabaran ini begitu dirasai mundur sedikit apabila harga minyak dunia jatuh. Tapi minyak pada harga yang dinaikkan pemerintah dulu pon kita maseh melakukan aktiviti2 seharian. Kita tetap berjumpa teman2 untuk membincangkan tentang bisnes2 serta hal ehwal sosial. sedikit sahaja diantara kita yang menukar kereka dari yang besr cc nya kepada yang kecil. namun kehidupan harian tetap berjalan. Orang2 yang memakai 'kot' tetap memakainya dan pulang pada pukul 6 petang seperti biasa. Orang2 yang kerja untuk sektor perindustrian tetap mengikuti shift2 yg telah ditetapkan oleh majikan mereka.


Apa itu ekonomi yang sebenar?. Ia bagaikan tidak meresahkan langsung apa-apa yang terjadi. Sebenarnya ia adalah suatu manupulasi yang dimainkan oleh tangan2 yang begitu mementingkan ekonomi di dalam kehidupan. Ekonomi menjadi penyebab pada orang2 yang berasak2 mengejar ekonomi. Ekonomi menjadi serius apabila kita lalai pada 'Pemberi Utama' kepada ekonomi tersebut. Itu adalah makrifatnya ekonomi.


Sejajar dengan penurunan ekonomi ini, Spekulasi yang boleh dirungkaikan adalah kembali kepad al-haq ekonomi tersebut. dan tinggalkan kebatilan2 ekonomi yang entah apa -apa. Itu bukan yang paling utama kalau kita renung2 kan. Yang paling utama dalam kehidupan ini adalah, 'lubang kubor'.. itu adalah ekonomi yang sebenar!


No comments:

Powered By Blogger