Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Monday, February 2, 2009

MILD SEVEN!



Hari ini hujan lebat sangat. Aku berhentikan kereta depan sebuah kedai mamak dekat seksyen 13 Shah Alam. Bukak pintu kereta aku berlari dalam hujan masuk kedai tu. Fuuhh! perot berkeroncong, nampak lauk ikan tenggiri masak kari. sedapnyew.. John! Nasik putih satu! tanpa berlengah lagi.





Ramai gak orang yg terkandas kat kedai tu masa tu. Kat depan ada satu group 8 orang meja panjang. Kat sudut tepi ada dua kapel tengah borak2 n pelok2 bahu.(masing2 lawan masing2 ka? huhu) Dan satu group lagi berhampiran dapur sebelah tepi sedang asyik melayari HBO yg d tayangkan. Aku terus tunggu mamak tu bungkuskan teh tarik yg aku oder.





Semakin lama aku dok situ semakin letih plak rasernyew dok tercegat depan konter d tengah2 kedai tersebut. Seorang awek datang berdekatan dengan tempat aku lepak. Dia bayarkan untuk groupnya tadi. rambut perang brown tak pekat, baju puteh d kenakan dengan jeans levis sendat kaki kecik berkasut all star kaler hitam. Aku buat2 tengok HBO kat ataz paler aku.





Teh tarik aku siap. Aku bayar nasik RM6.50 dan teh tarik RM1.50 dan meminta sekotak MILD SEVEN original rokok baru kesukaanku selepas menanam dalam diriku untuk tidak membeli produk2 zionis demi rasa sayang aku pada umat Muhammad! Ya Ilahi redzokanlah apa yang aku 'create'kan utk diriku ini. Semuanya kerna-Mu.





Di suatu petang yang basah turunnya hujan rahmat,


penasaran dalam kelaparan aku menguatkan kakiku untuk mencari rezeki yang Engkau telah janjikan buat semua hamba-Mu,


Terima kasehku ucapkan dan kesyukuran itu bersemi dalam jiwaku,


Aku tahu Kau menguji kami d atas segala janji yang telah kami patrikan dengan-Mu Ya Ilahi..


pasrahkanlah jiwa kami dengan Hujjah-Mu yang menghubungkan kami dengan-Mu,


Kerna keberadaan 'dia' ibarat jantung buat kami,


yang mengalirkan darah-darah kami untuk penerusan hidup kami sehari-hari.


Pada-Mu Ilahi.. kembalikanlah kami pada asalnya muasal kami,


iaitu dengan sifat lahiriah dan bathiniah kami,


puteh berseh, suci untuk kami bertemu dengan-Mu.


Sampaikan salamz sejahtera kami buat Muhammad dan Keluarga Muhammad.




DUNIA DI BELAKANG KAMI










No comments:

Powered By Blogger