Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Monday, February 2, 2009

Kad Pengenalan


"Dari Azali Zuriatmu, semua cintakanmu.." bunyi handphone aku memecah suasana.


Aku tengok pada skrin nama, 'Firdaus' tertera di situ. Huh! Kamal call.


"Helo assalammua'laikum.."


"Wa'alaikom salamz" jawab kamal.


Nama adik aku ni memang kamal,Mohamad Kamal Firdaus. Semua orang selesa panggil dia kamal. Tapi ada tempat2 yang tertentu kadang2 dia istihar nama dia firdaus. Dia pernah 'habaq' kat aku kadang2 customer ada panggil dia en. mohamad. hehe ni mesti customer cina.


Ada sesetengah orang nama panggilan @ gelaran ni lebih pada satu nama. Contohnya kat tempat kerja panggil Lan, kat kampung panggil Yan. Kalau cikgu atau pakcik2 yang veteran2 panggil dia mazlan. Kadang2 kat umah mak panggil paksu pulak.(dia anak bongsu, anak sedara panggil dia paksu, so automatik mak dia pon dah panggil paksu hehe).


"Apasal nama hang dalam ic lain, orang panggil lain ya mat usop?. Nama hang dalam ic Mohamad Noor Asyraf, tapi abang2 hang panggil Mohamad Yusuff? jaoh lari tu... "


"Kechik2 dulu aku rajin 'tereyak', nama aku tak sesuai, so abah aku tukaq nama aku, baru berenti menangis..hehe"


Nama memainkan peranan utama dalam perwatakan. Kalau kita pilih nama2 orang yang mulia contohnya Hussain, Zaenab, Sakeenah dan nama2 yang termatri dalam fakta lipatan sejarah, kita pasti berbangga pada mak dan ayah kita kerana memberi nama tersebut. Kita akan menjaga nama-nama mulia ini dan sekaligus membentuk peribadi kita menjadi seorang yg luhur dan ingin menjadi seperti mereka. Itu pon kalau kita tau siapa orang nama tu!.


'Manusia mati meninggalkan nama', betul, aku memang setuju dengan ungkapan tu. Mana tak tinggai nama, cuba lihat di batu2 nisan di tanah perkuburan. nama kita terus bersemadi untuk generasi seterusnya membelek2 nama kita pada batu tersebut, dan harapan kita agar mereka membacakan 7 kali surah al-Qadr dan melekapkan dua tapak tangan mereka di kuburan kita, serta pengharapan untuk sepotong surah al Fatihah agar dosa2 kita terampon. Tak berdayakan kita pada masa tu?


Terima kaseh untuk renungan insan2 yang bernama agar kalian terus berbicara dengan nama2 kalian seperti mana nama2 kalian itu berbangga dengan dirinya kerna dinobatkan pada diri kalian. Berbangga di dunia atau berbangga di akhirat? Ciptakanlah untuk kalian dan nama2 kalian.. Ia akan menjadi nama yang paling kalian takuti apabila diserukan di mahsyar nanti! salamz


No comments:

Powered By Blogger