Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Sunday, February 15, 2009

Simpulan Bahasa Fikir


Perjalanan adalah suatu makna yang amat sukar kita fahami. Jika semalamz kita sudah melaluinya, namun esok kita hanya mampu merancang dan berusaha untuk apa yang kita rancangkan. Dan terus bertawakkal untuk apa yang kita doakan.
Berdoa adalah senjata kita. Dengan sebuah pengharapan, kita mengharapkan sesuatu untuk suatu spiritual manusia. Sememangnya kita diciptakan oleh TUAN, dan akan terus mengikuti landasan-landasan yang TUAN tetapkan.
Namun manusia itu perlukan bimbingan PIMPINAN ILAHI, seperti mana para NABI dan para RASUL yang TUAN utuskan untuk membimbing HAMBA. Kerna pada permulaannya penciptaan HAMBA kita berasal dari sulbi yang suci. Dan apabila menemui keindahan-keindahan zaher dunia manusia itu perlukan bimbingan-bimbingan UTUSAN-UTUSAN Ilahi kembali. Inilah dinamakan KEADILAN TUAN yang terus memberikan pengharapan pada para HAMBA.
Di sini dapat disimpulkan bahawa, PIMPINAN Ilahi ini sememangnya wujud sampai bila-bila. Inilah pengharapan yang timbul dalam erosi dan spiritual manusia. Maseh mengharapkan pertolongan-pertolongan TUAN kepada para HAMBA. Ibarat TUAN yang memberikan AKAL, PERASAAN dan KITAB, namun tidak memberikan SIAPA yang akan mengajarkan tentang makna TUAN dan para HAMBA akan menilai dengan pendapat-pendapat yang berlainan dari apa yang TUAN kehendaki. Dan akhirnya para HAMBA tidak dapat bertemu dengan TUANnya kembali kerana mengikuti JALAN lain.
Renung-renungkanlah, wahai para HAMBA
.

No comments:

Powered By Blogger