Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Sunday, February 15, 2009

Karipap Sardin


Petang yang agak dingin, oleh kerana redupnya awan yang mengiringi, Hidayat yang bertungkus lumus sejak dari pagi lagi bekerja sebagai technician di sebuah kilang elektronik di perai memandu keretanya perlahan kerana badan yang agak kelelahan. Di belakang kusyen keretanya bau karipap sardin amat menyelerakan .Dia terpaksa bekerja keras kini kerana dia dan isterinya dikurniakan Allah dengan cahaya mata kembar. Dua lelaki yang kini sudah berusia 1 tahun 6 bulan.

Kini Hidayat terpaksa memikirkan bagaimana untuk menyara keluarganya yang mulai bertambah perbelanjaan harian mereka. Belanjawannya tidak seperti mereka-mereka yang mempunyai 'beby-beby' kecil yang lain. Semuanya kena beli lebih. Kalau susu biasa 1 kg untuk 2 minggu, Hidayat kena beli 3 atau 4 kg untuk kedua-dua putera kesayangan beliau.

Jalan yang agak sesak petang tersebut dilalui dengan tenang disamping alunan lagu 'Menanti di Barzakh' yang diputarkan di Radio IKIM.FM menenangkan fikirannya. Teringat akan janji-janji Allah yang kematian pasti akan tiba untuk semua para hambaNya. Hidayat jadi terbuai seketika, namun matanya tetap memberi tumpuan penuh pada jalanan yang agak sebok tersebut.

Sebuah motosikal memotong laju di antara celah-celahan kereta yang beratur agak panjang. Hidayat memandang dari cermin sisi kanan dan nampak motosikal tersebut dari belakang. Dia menjadi resah.Lampu Trafik light di hadapan Merah. Hidayat teringat kembali bagaimana pada 2 tahun yang lepas, sebelom dia berkahwin dalam perjalanan pulang kerja di waktu begini, dia memandu motor dengan agak perlahan di celah deretan-deretan kereta di jalan bukit jambul menuju ke arah Sg. batu, Telok Kumbar. Dia tersangkut-sangkut di antara deretan kereta yang panjang. lalu Hidayat mengubah posisi motornya di sebelah bahu jalan. Beberapa buah motosikal yang juga mengikuti kiri jalan tersebut memotongnya. Tiba-tiba, Hidayat dengan sekelip mata sahaja merasakan badannya melayang ke jatuh dari motosikal yang dia pandu. Dia membuka mata, dilihat sebuah 'buldozer' berwarna kuning di sebelah kiri. Motosikalnya entah kemana. Rupanya dia tertidur dan melanggar bahagian belakang kenderaan jentolak tersebut.Dan dunia jadi gelap. hanya suara-suara orang yang datang menolongnya yang dia dengar.Entah apa yang terjadi selepas itu dia pon tidak tahu. Hidayat pengsan.

PoooooNNN! bunyi hon di belakang. Hidayat tergesa-gesa memasukkan gear kereta wira berwarna hitamnya. Rupanya dia mengelamun panjang di trafik light tadi. Dia mengangkat tangan pada pemandu belakang dan meneruskan perjalanan yang didapatinya kereta di hadapannya sudah 1 km bergerak. Hidayat tersenyum sendirian. Dia memasuki kawasan roundbout bukit tengah dan melakukan setengah pusingan dan terus menuju ke jalan Alma untuk pulang ke rumah. Selepas kemalangan melanggar 'buldozer' tersebut Hidayat terpaksa berehat selama 6 bulan di rumah kerana tulang betis kirinya patah. Motosikalnya remuk di bahagian depan.Dan selepas kejadian tersebut selama setahun lamanya Hidayat fobia untuk membawa motosikal kembali.

'Kawasan Perumahan Perda', papan tanda di simpang masuk ke jalan menuju rumahnya. Hidayat memberikan signal kiri dan membelok masuk ke kawasan tempat tinggal mereka yang jaraknya tak kurang dari 50 meter tersebut. Dia mengangkat tangan pada orang-orang yang dikenali sepanjang jalan tersebut. Hidayat masih ingat lagi, bagaimana dia terpaksa angkat nikah dan bersanding menggunakan tongkat kerana dia sudah bertunang pada masa itu. Dia tersenyeh-senyeh mengenangkan saat-saat manis dia dan isterinya Junaidah menikah. Semua urusan pon dilakukan oleh saudara-mara. Dia hanya perlu mengarahkan saja. "best jugak kalau macamtu selalu..". Hidayat tersenyeh-senyeh seorang diri.

Dia sudah masuk kawasan meletak kereta. Dia nampak ada satu tempat kosong dan memberikan lampu isyarat dan membelok ke dalam petak parking tersebut. Hidayat selalu bersyukur pada yang Maha Esa, hikmah disebalik kejadian tersebut, dia merasakan ramai orang-orang yang sayang pada dirinya. Terutama keluarganya yang bertungkus-lumus menjayakan kenduri kahwinnya. Dia juga bersyukur kerana dianugerahkan seorang isteri yang bersamanya susah dan senang. Dan berkat 'eksident' tersebut dia berjaya memberikan dua sekaligus untuk penyambung zuriat beliau. Dia amat bersyukur.

Suara anak-anaknya amsar dan amzar sudah dia dengar bergelak tawa. Mereka begitu bahagia dan tidak mempunyai apa-apa masalah sedikit pon. Hidayat melangkah perlahan tenang menjinjing karipap yang dibelinya di depan kilang. Dan dia memberi salamz. Anak-anaknya menyambut salam seorang ayah yang penat setelah pulang dari kerja. Mereka amat gembira.

No comments:

Powered By Blogger