Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Friday, February 13, 2009

Doa untuk hatiku


Kalau wayar Astro masok power M, dan wayar power M masuk ke speaker, VCD tak boleh tengok. Member aku Pekan memberitahu tentang kedudukan wayar yang cuba kami sambung. Sebab sebulan yang lepas dia ada beli speaker woofer, tapi tak boleh join dengan TV atau vcd sebab woofer tu untuk PC @ Laptop punyer. Hehe

Dah dua jam kami sambung sana, cucok sini, cabut sana, ubah sini, namun usaha kami sia-sia jugak. tak berjaya. Aku fikir ini memang memerlukan kesabaran. Siapa-siapa yang sabar akan di tunjukkan jalan keluar dari permasaalahan. teringatku pada sepotong ayat al-Quran. Kami cuba lagi, Tiba-tiba, gambar pulak takda kat screen tv tersebut. fuhh..

Aku kemas balik wayar-wayar yang berserabai kat atas lantai di ruang tamu rumah pekan. Sebab aku tengok pekan mula dah susun balik kedudukan astro player, VCD dan power m control kat rak tersebut. Putus asa kami.

Teringat balik kata seorang hujjatul Islam dari Iran yang mengambil 2 PHD sekaligus. katanya,


"syariat is cannot change, because prophet Muhammad teach we how Allah want to be."


Aku mendengar dengan penuh minat kerana ini pertama kali aku mendengar dalil tentang syariat iaitu di dalam bab ibadah. Solat,puasa, haji dan lain-lain lagi. Aku angguk-anggukkan kepala aku tanda bersetuju tentang kata-katanya.


"but, about 'ushul' u must to find how to think about Allah, Many u think and many u get!."


Kata Hamed yang mendapat pengiktirafan Hujjatul Islam di university yang beliau pelajari. Dan aku mula berfikir bagaimana terjadi bermacam-macam ragam cara orang beribadah. Adakah Allah membenarkan kita mengubah bagaimana yang Allah mahukan kita bersolat?

Kembali pada persoalan tidak berjaya memasang wayar speaker sub woofer tadi, aku fikir hanya ahli-ahli yang pandai dalam bidang sound system yang akan mengetahui dengan tepat dan mereka juga ada skill mereka dan formula-formula yang mereka garapkan.

Dan Ahlinya bab ibadah tentang apa yang Allah syariatkan pada kita hanyalah PesuruhAllah sahaja yang mengajarkan ibadah seperti mana yang Allah mahukan. Sekali lagi pertanyaan tentang ijtihad para ulamak tentang syariat ini menimbulkan tanda tanya buatku.

Pagi hampir subuh. Aku perlu tidur sebab esok banyak tugasan-tugasan yang bukan tentang syariat atau wayar speaker yang aku akan tempuhi. Esok aku perlu teruskan disiplinkan diriku untuk tanggungjawab sebenar aku untuk diriku jua. Aku akan terus berdoa agar aku akan terus berusaha untuk diriku.

Ya Ilahi, buangkanlah sifat-sifat yang burok tentang diriku, sesungguhnya engkau Maha mengetahui setiap apa yang engkau hidayahkan buatku. Dengan pengantara kekasih-kekasihMu, permudahkanlah segala kerja-kerja akhirat dan duniaku. Sejahterakanlah Muhammad dan keluarga Muhammad yang suci. Ameen ya robbal 'alamin..

No comments:

Powered By Blogger