Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Friday, February 13, 2009

Basikal 40




Suara mengerikan mengelilingi cuping telinga,

Ihsan diri bagai terhenti sebentar,


Sebentar sahaja,


kerna.. penyelamatku di tepi2 di depan2 di atas2 akan keyakinanku.





Sebok menyanyi, mendalami, menghayati makna2 puitis,


bergoncang keluhan demi kepuasan,


silap langkah kembali menghentakkan kaki ke pedal usang,


agar kesilapan itu menggiring membawa ke maksud.





Senyuman di bibir seakan bermakna dua kalimat,


berbunga menghantar keazaman berbasikal bersama-sama,


panas yang terik tidakkan terasa bila suatu hari,


Turun meninggalkan kenangan dan mencipta impian.





Langit bergelora, awan berliuk menuntun,


pusingan alam menyaksikan basikal itu terus dikayuh,


melalui denai-denai yang indah,


di tengah hari yang terik.





Dunia seakan berjalan mengikuti basikal tersebut,


rantai2 kerikil berdenting berbunyi nyaring,


Tiba di suatu tempat yang teduh..


maka gelap malam akan disirami cahaya dunia dan di sana.

No comments:

Powered By Blogger