Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Tuesday, September 18, 2012

Kisah Hari Ini

Bismillahhirrohmaanirroohim...

Aku menulis lagi buat sekian kalinya. Minggu ini pelbagai 'pressure' yang aku hadapi. Dan tidak ketinggalan juga peristiwa manis yang menghiasi hari2ku. Terjumpa satu kata2 yang amat bermakna di dlm perjalanan hidupku yg berbunyi, "Setiap hari adalah sama, jika ditimpa kesulitan, bersabarlah dan jika dianugerahkan kemudahan, bersyukurlah."

Kata2 itu membuatkan semangat aku lebih tinggi untuk menghadapi hidup ini. Tidak putus2 istiqomah di dlm menjalankan ibadahku seharian. Biar seberat mana ujian, InsyaAllah.. apa yang telah kita lakukan, haruslah diteruskan. Malahan tingkatkan banyak kebaikan di dalam diri di masa susah dan senang.

Terkadang terfikir, apa yang ada di sekeliling kita sebenarnya boleh menjadi 'tuhan' kita. Kita terlampau terikat akan apa yang kita harapkan atau dihidangkan. Contohnya, kita sanggup melengahkan solat karena alasan nak bagi anak susu dan sebagainya. Sepatutnya apabila kita dianugerahkan sesuatu, kita tidak terikat dengannya. Jalankan aktiviti kita seharian dengan penuh tabah. Malahan jika kesulitan datang menggila pun, makin tinggi tingkatan takwa dan kesabaran kita pada Sang Maha Penguasa alam. Kadang2 Allah menguji kita dengan kesebokan bekerja yang sudah tentunya mendatangkan hasil yakni anugerah wang ringgit dan harta dunia, kita mulai menurun tingkatan 'TAKUT KEPADA ALLAH'. Kita sebok dengan urusan2 tersebut hingga terikat pula dengannya.

Pada pandanganku, makna zuhud itu adalah tidak terlibat dengan segala macam yang dianugerahkan buat kita, hatta kesulitan dan kesenangan sekalipun. Sebab itu Firman Allah yang bermaksud,

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian kecuali..."

Bermakna masa atau pengurusan masa itu amat penting buat para manusia untuk hidup di dunia ini. Jika pengurusan masa kita 'fail' bermakna hidup kita juga akan tewas dengan dunia ini. Sebab itu kebanyakan orang yang berjaya menguruskan masa mereka dengan baik menjadi manusia yang berjaya di dunia ini apatah lagi jika kita juga pandai menguruskan masa untuk akhirat juga.

InsyaAllah, setiap hari kita akan dihidangkan pelbagai situasi, hanya dengan ilmu yang benar tentangt Tuhanloah kita akan berjaya mengatasi satu persatu ujian yang diberikan. Bukankah Allah menguji seseorang itu hanya di dalam kemampuan mereka sahaja? Tidak akan di luar kawalan mereka. Melainkan kita di bawah kesedaran dalam erti kata mabuk dan sebagainya. Boleh jadi macam2.

Setakat ini dahulu yang aku dapat coretkan buat hari ini. Mohon doa teman2 yang membaca agar mendoakan aku dan keluargaku menjadi pengikut agama Allah yang terbaik di belakang para manusia Ilahi Utusan Tuhan yakni para Nabi dan Rasul serta para Imam penunjuk jalan buat umat manusia. Bihaqqi Muhammad Wa Aali Muhammad , Salawat!

ALLAHUMMASOLLI'ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD WA 'AJJIL FARAJAHUM


No comments:

Powered By Blogger