Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Wednesday, March 28, 2012

it's about Time

Salam sejahtera buat teman-teman yang sudi membaca beberapa nukilan yang mungkin banyak kekurangannya. Rasanya sudah lama saya tidak menulis di ruangan ini. Inilah tempat yang kadang-kadang saya berhenti dan menyelesaikan 50 peratus apa-apa masalah yang saya hadapi. Ini semua idea dan sebuah pemikiran dan saya rasakan ada kebenarannya di dalam sebuah buku yang berjudul "Diari Mat Despatch". Yang mengatakan bahawa orang yang menulis di helaian kertas ataupon di mana sahaja sudah menyelasaikan masalah mereka 50%. Best jugak buku tu, menceritakan bagaimana perjalanan seorang graduate yang tidak memilih pekerjaan, dan mencari-cari jawapan dia seorang lelaki yang bagaimana. Bukunya agak bersantai tapi penuh ilmiyyah bagi yang mahu memikirkan.

Semenjak dua menjak ni saya sedang bertungkus lumus belajar menjadi 'nizam' atau pon undang-undang. Bagaimana saya belajar mendisiplinkan diri, dan belajar fokus di atas setiap apa yang saya lakukan. Dan hampir sebulan saya jalani ujian-ujian dan cabaran-cabaran ini. Dari kesimpulan apa yang sedang berlaku ini, saya rasa hampir 40% saya sudah pon memulakannya. Cuma perlu lebih banyak kosentrasi untuk menggapai sebuah kesempurnaan karena saya terfikir yang orang yang berjaya di dunia dan akhirat itu adalah orang yang berjaya menguasai diri mereka sendiri dari sudut nafsu dan pemikiran. Inilah sebuah kesempurnaan yang berasal dari Tuhan.

Dari segala hal dan ruangan, contohnya, Solat, tidur awal, datang kerja awal, dan pelbagai urusan yang perlu semuanya kita uruskan. Lihat pada masa kecil dahulu, di rumah ayah dan ibu menyediakan jadual kegiatan kita. Contohnya Waktu senja mesti ada kat rumah. Malam solat meghrib dan mengaji quran. Makan berjemaah dengan keluarga. Tidur pukul 10 malam. Pagi bangun pukul 6.30 pagi. Dan apabila kita sampai ke sekolah, setiap jam di kelas kita sudah ada jadual kelas kita sendiri yang disediakan oleh guru kelas. Begitulah sebenarnya manusia. Setiap masa itu amatlah berharga.

Ok saya kena stop dulu. karena sekarang waktu untuk zohor. Doakan keselamatan saya dan keluarga.

Allahummasolli'ala Muhammad wa Aali Muhammad Wa 'Ajjil farajahum.

No comments:

Powered By Blogger