Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Thursday, February 12, 2009

Nasi goreng ayam kunyit


Harini aku masok ofis pukui 3 petang. banyak kerja-kerja aku yang telah terbengkalai oleh kerana kelalaian aku sendiri. Mula-mula aku masuk bilik sya account manager kami. Borak-borak ngan dia pastu ambil surat CIMB untuk bukak akaun kerna bulan ni semua staff kena selaraskan account. Baru nak upgrade account. ish ish.. slo betoi..huhu

Sambil melintasi bilik boss aku tengok pintu tutop. Fuhh dua2 boss sebok harini. Aku jew tak sebok. sapa boss? aku ker diorang? haha..

Balik ke meja aku, aku mula bukak balik fail-fail lama aku. cari customer-customer yang lama yang tak aku follow up. Buat call customer-customer yang dah lama dok tunggu aku koll. Lina controller kat depan aku jadi heran. Aku rajin semacam harini. hehe

tup! pintu terbukak. Muka abgnua terjengui kat depan pintu. Aku buat dek.. buat2 tak nampak dia. Dia bagi salamz. Tanpa tengok dia aku jawab salamz. Dan teruskan kerja mengisi list close sale bulan lepas dan bulan ni.. aku buat dekk jew kat dia. haha

15 minute berlalu.. aku buat kol lagi. Kali ni kol customer-customer yang aku boleh jumpa. Alhamdulillah.. sok ada 3 oppointment. Pagi pukul 10 satu kt sek. 11 shah alam jumpa puan manja, kui 3 petang aku nak pergi JM bariani jumpa che lat. Nak follow up quotation yang aku dah hantar and kui 5.30 ada satu lagi oppointment kat sri kembangan.

Jam menunjukkan pukui 4.30 petang. Aku bangun dan ajak abgnua p minum. Dia kata p dulu. satgi dia mai. Aku kuar opiz menuju ke kedai kakak mercedes. sempat aku capai metro dan kosmo kat atas meja meeting. Aku cari pot n oder teh o. Baca peper. member yang jaga kedai tu datang tumpang bacer paper. Abgnua sampai senyeh2..huhu

Azan asar berkumandang kat mesjid depan kedai tempat kami minum. Abgnua mintak izin p solat dulu. Aku cakap p dulu.. jap agi aku sampai..

1/2 jam berlalu.. aku nampak abgnua dah usai solat asar. Dia mai kat aku ngan member kedai tu balik. Sambung borak pasai kerja. Dia ajak aku p kedai buku. Jom... aku cargas ambik keter jalan..

Lebih kurang 1 jam kami habiskan masa p 3 kedai buku berhampiran, sempat beli buku doa akhir zaman. Aku balik opiz n hantar keter p cuci d kawasan perkarangan mesjid. Aku tukar kasut n p solat. Abgnua balik opiz ambik kereta. lebih kurang 20 minute aku kat mesjid abgnua sampai. Aku ajak dia p minum ag kat kedai tadi. Kami order nasik goreng ayam kunyit. Kering pulak nasik goreng dia. Abgnua order sup ekor..fuhhh sedap.

jam menunjukkan kui 7 petang. Aku ajak dia balik. Dan kami pon bersurai. Sok pagi aku kena kuar kui 9 pagi. Terus ke sek 11. InsyaAllah aku kena start disipinkan time aku. Kena tanamkan keazaman aku yang datang tiba2 semalam. nak start bisness sendiri. Tunggu, aku usaha.

No comments:

Powered By Blogger