Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Saturday, January 10, 2009

Imamah yang d Tinggalkan


Talqin di Semenanjung Gaza

Tatkala qalam ini mula bertinta,
Teringat pesan orang-orang tua,
Amarah jangan dilipat dalam rasa,
Kesumat jangan dipagar dalam hati,
Kelak jiwa kelam gelita,Hati jadi mati.
Tapi Yahudi Israel tidak pernah berpesan-pesan,
Apatah lagi untuk bertuhan,
Kuasa jadi puaka,
Menggelegak di kepala,
Api jadi sembarangan
Nyawa murah melayang-layang
Laknat Tuhan dipeduli jangan,
Beraja di mata, bertakhta di hati,
Di Semenanjung Gaza,
Ada Talqin untuk Palestin,
Perit derita tidak terperi
Bangunlah umat islam atas nama jihad
Kerana Allah itu amat mengasihi
Kerana Sifat 20 puluh itu pasti
Kerana Qur’an Al-Karim itu sakti
Kerana wirid dan zikir itu abadi
Doa kami untuk kesejahteraan mu, Palestin.

*Maafkan ku Gaza, sipenakut ini memohon ampun*

No comments:

Powered By Blogger