Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Tuesday, July 6, 2010

Dunia Nak Terbalik


Dalam perjalanan menuju malakut, gusar, rintihan dan persada mimpi penuh fatamorgana dilalui. Langkahan demi langkahan disusun agar jalan yang akan ditempuh akan membuahkan pelbagai kemanisan di suatu hari yang panjang nanti. Bilamana rasa tak terhijab dunia menyaksikan ujian demi ujian dan terkadang iri dengan apa yang dianugerahkan sebenarnya.

Apa yang membuatkan pemandangan sebuah kesempurnaan itu tidak ternampakkan? Diri perlu dipertanggungjawabkan karena nasib seseorang akan berubah pabila langkahan pertamanya kecundang. Namun sebenarnya ia telah bermula. Persaksian ini boleh dilihat di dalam kompasnya manusia iaitu kalamullah yang menceritakan segalanya.

'Tiada kami alpakan sesuatu pun di dalam al-kitab.'

Bagaimana dan bilakah ianya akan dilakukan? Segalanya terletak ditangan insan yang dirintangi pelbagai ujian sebenarnya. Manusia kembali sedar apabila dihantuk kematian, musibah penyakit dan juga kemiskinan. Bila ini semua dijalani, tinggal iman yang teguh sahaja akan memulakan sesuatu yang akan mewarnai corak pemikiran dan tindakan para hamba.

Bersyukur adalah perkara yang paling penting karena segala kebaikan akan bermula dari sana. Perasaan syukur yang dianugerahkan tersebut adalah suatu kenyataan bahawa sebenarnya Keadilan Ilahi itu memberikan sesiapa sahaja yang telah pun tercipta. Merenunglah wahai diri, akan terciptalah sebuah kebaikan hasil dari pemikiran yang lurus kepada Sang Pemberi Hidayah.

'Jika para hamba Kami bersyukur, akan Kami tambahkan kebaikan dalam diri mereka.'

Selepas mengenal makna diri, manusia akan dipersembahkan dengan pelbagai ujian dan larangan di atas keakuan mereka sebagai seorang 'manusia'. Apabila tingkatan kebaikan dan penyempurnaan belum digapai, maka tahap jiwa manusia itu sendiri akan merudum dan makna-makna cahaya kehidupan yang sebenar itu tidak ternampakkan. Inilah tujuannya Kitab diutuskan untuk menceritakan kepelbagaian ragam dan jenis-jenis jin dan manusia. Karena golongan inilah yang akan menjadi 'manusia' sebenar iaitu suci dan bersih atau menjadi syaitan yang bertopengkan manusia.

'Maka berbondong-bondonglah jin dan manusia beratur menuju ke neraka.'

Ini adalah kebenarannya. Mereka menciptakan ruang-ruang fatamorgana yang dilihat oleh pemandangan sendiri. Mereka memutuskan sesuatu keputusan berdasarkan pemikiran dan perjalanan pengalaman yang telah dilalui. Sebenarnya Dia telah menuntun manusia tanpa sesaat pun berlepas dari para makhluk ciptaan-Nya. Inilah bentuk bantuan yang tidak pernah menzalimi manusia itu sendiri. Apakah mereka sedar atau sekadar melayari hidup tanpa memerhatikan sesuatu yang bermunafaat?

'Sesungguhnya wali(penolong) kalian hanyalah Allah, Rasul serta orang-orang yang beriman.'

Bersyukurlah pada jiwa-jiwa yang telah terciptakan. Karena ketaatan berarti bersyukur telah diberi peluang untuk diuji. Karena perjalanan kehidupan ini yang dipenuhi pelbagai situasi yang akan meningkatkan spiritualnya dalaman jiwa agar terus berusaha, berusaha dan terus beriman. Inilah tingkatannya para pelajar maktab Allah. Pabila nyawa ditenggorokan, maka segala pembelajaran tersebut akan dihitung pada suatu kertas yang akan digantungkan dileher setiap yang bernafaz.

Salam sejahtera dan salawat diutuskan buat Rasul junjungan serta para Imamah Allah dan juga para Ahlul Bayt Nabi SAWW.

ALLAHUMMASOLLI'ALA MUHAMMED VA AALY MUHAMMED VA 'AJJIL FARAJAHUM!

Saturday, March 13, 2010

CINTA


Kehidupan yg amat memerlukan jika direnungi..~ askar2 berkejaran ke sana kemari dan perjalanan suka dan duka.. merentasi.. bermula dengan pembunuhan pertama.. penganiayaan Qabil terhadap Habil. Dan terdapat beberapa rentetan2 penting sepanjang perjalanan manusia menuju CINTA. tenggelamnya bumi oleh lautan pada keselamatan bahteranya Nuh as, penzaliman manusia2 jahat terhadap untanya nabi soleh as, dan perjalanan2 ini diteruskan dengan pelbagai pahit dan getir.. mimpi zulaikha menjadi kenyataan dengan bersalawatnya yusuf as di gerigil.. ibrahim as diangkat sebagai khalilullah.. dan penyembelihan ismail as digantikan kerna CINTAnya mereka kpd tuannya.. isa as pula diangkat ke alam damai yang akan bangkit kembali suatu hari yg tak pasti.. tanda kewujudannya yg penuh kontreversi.. inilah catatan CINTA pada si pencari CINTA.~ dan tiba masanya Saidul wujud, sebab2 kewujudan alam ini.. sang mentari tersenyum.. bulan bercahaya penuh.. dan api majusi yg tidak pernah padam 1000 tahun telah tunduk pd Muhammad kekasih Allah. bermulalah era hujungnya dan saat akhirnya bumi yg telah berlangsung sekian lama.. ~ perjalanan demi perjalanan.. membawa kembali manusia pada CINTA bersama dirinya.. yg penuh kontreversi.. dan mendpat ujian yg begitu dahsyat sehingga diangkat menjadi Penghulu segala Nabi dan Rasul . makhluk sempurna ini.. menjadi biasan.. di hadapan bersama keluarganya yg telah di catatkan di dalam kitab2 CINTA yg lama. Dan.. segalanya telah ditetapkan CINTA.. setiap hari manusia satu persatu rebah ke bumi kerana CINTA tidak menular dalam diri.. hanya org baik2 yg masuk terus dalam zat CINTA bersama pecinta2 sejati spt Keluarga Muhammad yg perjalanan mereka sama juga spt manusia2 suci terdahulu.. terus menyelamatkan manusia satu persatu.. sehingga bumi kembali akan menutupkan tirai pada hari terakhernya... selami ini semua .. inilah kisah dan kehidupan sang pecinta.. dari hari pertama alam ini dibuka hingga saat yg terakher nafaz robek ditenggorokan. inilah kisah pecinta yg memburu Sang Maha CINTA.
Powered By Blogger