Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Wednesday, April 2, 2014

BAGAIMANA UNTUK BERBICARA



Aku tengok satu video yang diklaimkan sebagai Jin Islam yg masuk dalam badan manusia. Dan dia mengkritik umat manusia yg islam tentang syahadah yang kita laungkan. Dia bertanya tentang BAIAT yakni menurut pemahaman aku, janji setia.. yakni syahadah kita kepada Allah yakni Tuhan semesta alam dan Utusan-Nya Muhammad saww hanya sekadar dibibir. Bukan dalam erti kata baiat yang sebenar. Tiada makna... dan hanya islam keturunan.

Aku amat bersetuju dengan pendapat jin tersebut. Kebayakan dari kita hanya islam keturunan. Lahir-lahir sudah bermadzhab dan harus kita patuhi. Ini bukan salah mak dan ayah kita... Bagi aku, kedua-ibu bapa kita sudah berikan apa yang terbaik untuk 'guide' kita. Mereka sudah menjalankan tanggungjawab mereka. Dan pada pendapat aku lagi, pada akhirnya kita perlu bekerja keras untuk mencari jalan kebenaran yang sebenarnya.

Doktrin 'brainwash' yang dikenakan terhadap kita semasa kecil aku rasa bagus jika kita praktiskan sistem ini dengan mengubah pemikiran anak-anak kita menjadi OPEN. Tidak tertutup dan jumud di dalam sesuatu perkara yang diketengahkan oleh sesiapa sahaja. Dan ajar mereka menjadi seorang pendengar, dan berfikir kemudian baru mereka menyatakan apa pendapat mereka sendiri. Atau mereka menjadi seorang yang pandai berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tak kira apa fahaman dan pegangan orang lain. Mungkin mereka akan diam dan hanya mengangguk, jika mereka mendengar sesuatu yang mereka sendiri tidak setuju. Ini adalah suatu kaedah TOLERANSI yang baik yang harus kita praktiskan semasa kita masih lagi bernafas dan masih lagi ada manusia lain di sisi.


No comments:

Powered By Blogger