Powered By Blogger

Sudut Kreatif

Saturday, June 23, 2012

Ada apa dengan Kebenaran?











"KEBENARAN adalah PEDANG ALLAH di bumi dan di langit-Nya; ia menusuk segala sesuatu yang disentuhnya." - PENGHULU ORG2 BERIMAN

Bukankah Allah-lah yang menguasai Kerajaan Langit dan bumi? Sering tertanya2 di benak fikiran sy, jika dengan kewafatan Rasulullah SAWW 1400 tahun yg lalu (lebih kurang), di mana kerajaan Allah di muka bumi? Di mana KEBENARAN tentang agama Allah yg kita tahu telah menjadi pelbagai madzhab yg masing2 mempertahankan aliran mereka?

Rasulullah SAWW pernah bersabda, "73 Firqah umat Islam akan berpecah, dan hanya 1 di dalam KEBENARAN." Pernah terbaca satu syair yg mengatakan,

"Jika anjing Ashabul Kahfi yg menyintai serta mentaati tuannya telah dijanjikan surga oleh Allah, takkan mencintai serta mentaati Keluarga Rasulullah aku akan dihumbankan ke dalam Neraka?"

Ini syair2 atau kata2 para pengikut madzhab ahlul bayt as. Ada KEBENARAN juga dalam kata2 di atas sana. Rasulullah SAWW menunjukkan begitu kecintaannya pada ahlul bayt baginda yakni semasa hidupnya kepada Fathimah, Al Hassan dan Al Husain serta Imam Ali juga.

Dalam satu riwayat, ketika Rasulullah SAWW sedang berkhotbah di dalam mesjid, Fathimah lalu masuk, dan Rasulullah SAWW berhenti dari khotbah baginda dan pergi ke muka pintu menyambut kedatangan puteri kesayangannya. Dibawanya ke hadapan dan dicium ubun2 Fathimah. Sebegitu besar kecintaan Nabi kpd mereka yakni ahlul bayt (ahli rumah kenabian). Dalam riwayat yg lain, ketika Rasulullah SAWW sedang bersujud, datang al husain cucunda baginda lalu naik ke atas belakang baginda yang sedang bersolat. maka Rasul Allah itu berhenti sekejap walau ketika itu baginda sedang mengadap Allah 'Azzawajalla. Lihatlah, kecintaan yg telah ditunjukkan oleh Nabi SAWW sebelom menyeru umat baginda mencintai serta mentaati mereka.

"Katakanlah wahai Muhammad; Aku tidak meminta upah di atas segala Risalah yang aku berikan kecuali kecintaan kepada al Qurba (yakni keluargaku)." QS Asy Syura ayat 23. (Sila rujuk asbabun Nuzul ayat tersebut.

Di sini saya berpendapat bahawa kecintaan pada Muhammad dan keluarga Muhammad adalah suatu perintah di mana Allah dan Rasul juga menyintai mereka. Oleh yang demikian cintailah apa yang Allah cintai dan musuhilah apa yang Allah musuhi. Karena dari pada Ahlul bayt Nabi terlahirlah sebuah institusi keluarga yang dipilih oleh Allah sebagai para PEMIMPIN yang akan meneruskan Risalah kenabian dan membawa kesempurnaan serta kesucian Allah 'Azzawajaal serta kesucian agama islam ini. Di sinilah KEBENARAN-Nya.

Salawat ke atas Nabi dan Keluarga Nabi yang terpilih. 



Syukron... 
Powered By Blogger