Pagi yang indah untuk sebutir embun yang turun
menyingkap suatu semangat yang luhur
bersama kedinginan yang beku akan tulang sum sum hitam
menyemarakkan semangat waja dalam meneruskan nafaz yang terhembus..
Bila mana sang sirna menampakkan sesuatu yang azali
berbisikkan suatu kenyataan yang amat terharu
membungkam maju terus pergi
walau di hadapan tercalit pelbagai kepayahan.. terus pergi tanpa berlengah.
anak-anak kecil berlari larian di antara lorong-lorong kehidupan
seribu keasyikan membuahkan tari menari untuk simpulan keluhuran
apakah hari semalamz adalah hari untuk pengetahuan?
singkapkan makna yang akan mempersembahkan hari-hari bahagia..
Lima jari berisi lembayung suboh yang segar
bergetar naluri menyembah pada DIA yang Haq
berteman panglima-panglima yang dijanjikan syurga
terus berlari pergi dan terus ke hadapan pergi... satukan jiwa..
No comments:
Post a Comment