Salam sejahtera untuk semua.
Dah lama aku tidak berbicara di blog aku ni. Dah bertahun rasanya. Bukan sebok sangat pon, tapi aku rasa macam susah sangat nak log in masuk kat blogger ni. masuk IG dengan fb lagi mudah dan banyak maklumat yang boleh dapat dari sana. Ini trend terkini terkini. Orang sekarang dah malas nak tulis panjang2, dan suka tengok video dari membaca. Kalau nak tulis pon yang pendek2 macam status kat fb. "What on your mind." hahahaha
Bukan nak cakap pasal orang tujuan aku menulis ni. Namun sekadar bercakap pasal diri sendiri. Itu lebih bermunafaat aku rasa bagi diri aku. Aku sekarang macam tak suka nak berkawan dengan orang lain. Juz habiskan masa kat rumah dan main game coc berjam2, buang masa. Bini pon dah bising, tapi nak buat macamana, itu yang buat aku happy. Layankan sudahlah.
Game coc nih pon satu penyakit jugak. Memang hebat Group yang cipta game nih. Life orang boleh sangkut terus dengan permainan ni. Mana taknya, dia macam hidup, macam kehidupan kita kat luaq ni. Dari Town Hall 1, usaha cari loot dengan "merompak", istilah budak2 coc, village kita semakin hari semakin besar. perlukan kesabaran yang tinggi main game ni. Depa pon bisnes jugak, mendatangkan duit, mana taknya kalau yang tak sabaq, abisla kad debit dan kad kredit ditekannya beli GEM. hahahaha gilaaa...
Kita tinggalkan pasai game coc ni. Biaqla apa pon nak jadi, janji jiwa kita hepi. Aritu aku pergi minum kat sri manja jumpa kawan lama, brader man kami panggil. Dah lama tak jumpa, dia pon dapat ujian jugak dalam hidup. Susah jugak aku tengok macam aku. Tapi bukan nak salahkan dia dari rokok dunhill dia hisap dah bertukaq rokok Luffman. hahaha, rokok mmg mahai gila lani.. dan sampai harini jugaklah start aritu aku start isap rokok skrip balik sebab jumpa dia. Rasa macam cepat pulak dari rokok daun dan pipe yang aku hisap ni. murah ja pon rm3 sekotak. boleh didapati di kedai2 acheh yg berdekatan dengan anda. hahahaha
Berbalik cerita abg man tadi, banyak isu2 yg kami sembang. mmg dari dulu lagi kalau jumpa yang jadi topik perbincangan kami kebanyakan isu "agama". campoq sikit ttg isu kehidupan.. Aku ada cakap dengan dia, aku sekarang nak cari Tuhan sepertimana hati aku nak. Tuhan yang aku cuba gambarkan kat dia adalah seperti Tuhan yang bila aku berpaut pada-Nya, aku jadi tenang dan relax. Tak serabut otak dia tak katapa dia senyum saja. Dia tau aku ni jenis macam mana.
Dan lagi satu aku cuba splitkan kisah kehidupan kat dia ttg cerita kat wassap yang aku baca. Tentang seorang pemuda yang disuruh memilih di antara ayah, ibu, anak dan isteri untuk dibuang ketika mereka terperangkap di tengah lautan bilamana bot mereka naiki hanya boleh memuatkan 2 orang shj. oleh profesor di universiti beliau. Kisah ni agak menarik buat aku dan aku kongsikan dgn abgman. Abgman agak berubah muka apabila last kisah tersebut pemuda tersebut memilih isteri beliau sebagai yang terakhir untuk hidup bersamanya. Tolak ayah, anak dan mak dia.
Dalilnya pemuda tersebut kata, Ibu, ayah, anak tu semua anugerah tuhan dan bukan kita yang pilih. Tuhan bagi kat kita dan kita terima. Tetapi, kalau pasangan kita, kita yang pilih dan sudah tentu isteri atau suami kita akan menjadi teman seumur hidup sampai dia mati dulu atau kita mati dulu. Dia yang akan jaga anak2 kita, sakit pening kita dan pelbagai pengalaman bersama kita sampai bila2.
Abgman senyum lagi. Dia tak cakap apa2, aku kata tapi kalau nak dalil dari agama, memang takda dalil kena selamatkan bini dari mak. Memang nabi suruh jaga mak kita dulu. Hahahaha.. setel.
Lama jugakla kami nyembang, hampir sorang 3 gelas ayaq order kat kedai mamak tu. hampa bayangkanla kalau segelas setengah jam minum sambil borak, kali la 3. Hahahaha
Ok lah aku taktau nak tulis apa dah. Nanti free aku tulih lagi apa yang aku rasa nak tulis. Sekurang2nya rasa ringan sikit kepala otak bila dapat meluahkan cenggini. hahahaha ok out!
Ini adalah tulisan tentang self-help yang panjang berjela dan paling
melalut yang anda pernah baca
-
Manusia duduk setempat bercucuk tanam dan memelihara haiwan ternakan
bermula sekitar 10 ribu tahun dahulu saja. Sebelum itu dalam jangka masa
yang amat lam...
1 week ago